Wednesday, September 28, 2011

bunga telor

Kalau di kampong kampong dulu dulu, bunga telor sudah menjadi satu kewajipan sebagai hadiah kepada setiap tetamu yg hadir... bilangan bunga telur yg akan di bawa pulang oleh tetamu bergantung kepada berapa banyak RM dia hadiah kepada tuan rumah.. betul kalau di kampong2 tu "mangkeh" atau wang yg di beri kepada tuan rumah akan di catit... macam bayar yuran la kaedah nya..

masa tu "mangkeh" mana ada letak dalam sampul dan di beri kepada tuan rumah masa salam kaut... dulu RM tu di beri secara terang dan nyata... tuan rumah akan bagi RM tu kepada petugas yg akan mencatat nama yg memberi dan tuan rumah akan decide berapa bunga telur yg bakal di beri kepada tetamu tersebut.. kalau banyak dia bawa telur tu maka banyak le RM yg dia ulur.. hehe

sejajar dengan peredaran zaman, hadiah utk tetamu yg datang ni pun ikut berubah... sekarang ni macam2 bentuk kreativiti yg di hasilkan utk menyediakan hadiah ni.. telur masih ada yg menyediakan nya tapi kadang kala di tambah dengan item lain seperti coklat, gula2 ,kek, bahulu dan sebagainya... bekas utk menyimpan hadiah tu pun pelbagai...dan cantik cantik..

mungkin juga hadiah2 ni sebagai satu lambang kekuatan ekonomi tuan rumah.. kadang kala kita boleh nilai berapa yg telah di belanja utk menyediakan semua tu.. itu terpulang kepada kemampuan masing masing... dan tak perlu di pertikaikan.. cuma ada kalanya hadiah yg di berikan lain dari yg lain.. sehingga sekarang ni telah menjadi satu sumber pendapatan kepada yg rajin mengusahakan bahan2 hadiah ni...

gambar gambar di atas adalah hadiah yg kami dapat dari satu majlis kahwin baru baru ni.. kelainan yg zino nampak ialah menghadiahkan buku sebagai buah tangan kepada setiap tetamu yg datang... rasanya ini kali kedua.. yg pertama dulu senaskah surat yasin.. dan yg menarik nya kalau ada kanak2 yg ikut sama ada buku utk mereka juga...

kepada yg bercadang nak mengadakan majlis kenduri kawin tu boleh le jadikan satu idea utk menyediakan hadiah utk tetamu datang nanti... hehe... atau ada hadiah yg lebih menarik pernah di teima di mana2 majlis... kongsi la...

Sunday, September 25, 2011

wedding yg sangat meriah.....

Siang tadi zino berkesempatan menghadiri satu wedding yang sangat meriah berlangsung di Dorset Hotel, subang Jaya... kami sampai lebih kurang jam 1.15... dan masa tu tetamu telah pun ramai... selepas bersalaman dengan bapa pengantin... kami masuk ke dalam dewan yg di hias indah... terpegun dengan keindahan singgahsana kedua mempelai... terus merakam menggunakan HP.. sayang nya kamera lupa nak bawa..

melihat kepada suasana di majlis tu tadi , zino rasa ia pasti menjadi tumpuan media atau majallah, tak terkejut kalau majlis ini nanti di rakam di mana mana media elektronik atau cetak..bilangan kamera dan video yg merakam juga banyak...

tetamu di raikan kan dengan pelbagai persembahan oleh penari penari cilik yg di jemput khas... masa kami sampai anak anak ni sedang mempersembahkan tarian di tengah dewan... dan meja kami duduk betul betul bersebelahan , sempat la zino merakam beberapa slot tarian tu..

gambar di ambil dari tengah dewan... kereka yg mempunya kemera yg lebih canggih pasti telah dapat merakam gambar yang lebih cantik dan menawan... namun persekitaran keseluruhan dewan tadi sangat menyejukkan mata memandang...

majlis bertambah meriah bila ada juruacara yg petah bercakap dan menyelitkan maklumat dan joke spontan mencuit hati para tetamu, kenal ke siapa tu.. ? tapi gaya dia mengacarakan majlis pasti seorang yg profesional dalam bidang nya..

ni saja gambar pengantin yg dapat zino rakam.. segan pulak nak ke depan menggunakan HP saja utk merakam hehe... kedua pengantin di panggil ke ketengah dewan utk menyaksikan satu persembahan video klip persembahan adik beradik dan saudara mara dan rakan2 pengantin.. sangat menarik dan menghiburkan..

tayangan video yg di persembahkan dari beberapa screen besar di dalam dewan.. kalau tak salah ada lima screen besar di dalam dewan.. kemungkinan ada lagi di luar dewan.. sebab ada juga tempat makan di letakkan di luar..

pengantin di kejutkan .. oleh tarian yg di persembahkan oleh adik beradik sedara mara dan rakan2 pengantin di depan mata sama seperti yg di persembahkan dalam video klip sebelum nya... satu kejutan kepada ke dua mempelai..

bob pun ada..

persembahan istimewa dan pertama kali zino melihatnya di depan mata ialah tarian tadi penari yg di terbangkan khas dari Mesir.. lupa pulak nama tarian ni.. tapi penari tu boleh berpusing ligat macam gasing.... langsung tak pening.... selepas dia menari ada juga di jemput orag ramai mencuba tarian tu... ramai yg pening lalat dan ada juga yg tergolek kerana tak dapat mengimbang kan badan hehe.. kalau zino yg buat terus pitam agaknya hehe

lagi aksi penari profesional ni.. agaknya berapa la kos membawa dia ke Malaysia ya.. tambang k terbang, hotel penginapan dan duit saku... mmmm hanya mereka yg mampu boleh memikirkan nya.. hehe
lampu nya cantik ini berada di setiap meja makan... cantik kan...??

pendek kata majlis yg kami hadir tadi sangat meriah... terima kasih kepada bapa pengantin yg sudi menjemput zino dan keluarga... siapa dia tak perlulah zino perkenalkan.. rasanya majlis gilang gemilang ini pasti akan tersiar di media cetak, media elektronik , majallah dan sebagainya.. cuma janji kami nak berjumpa kawan kawan lama tak kesampaian.. lupa langsung nak calling siapa yg dah sampai... kalau dalam dewan tu langsung tak perasan dah.. suasana yg suam2 tu mana nak nampak rakyat jelata yg masuk dewan hehe...

Saturday, September 24, 2011

lawatan kilang

cak...


mesin utk menebuk lubang..

alat welding

sebahagian keluli utk tiang yg telah siap

sebahagian bahan keluli yg akan di fabricate...

tengok kepada saiz kilang dan bahan yg ada ..
syarikat ni di rasakan mampu melaksana kan tugas yg telah di berikan..

dua hari lepas kami berkesempatan melawat satu kilang keluli di Segamat Johor... tujuan nya utk membuat penialaian keupayaan kilang tersebu melaksanakan kerja fabrikasi besi keluli utk satu projek di KL.. projek apa tu ?? ok tunggu penguman akan datang hehe biar le dia naik dulu baru boleh update kan...

dari penialan secara visual dan temuduga dengan pihak2 yg bertanggung jawab di kilang ni pada pendapat zino mereka ni berkemampuan menunaikan tanggung jawab sebagaimana yg telah di amanahkan... saiz kilang ni berganda lebih besar dari kilang yg pernah zino lawat sebelum ni... kelengkapan dalam kilang ni pun berpadanan dengan keupayaan.. pengalaman kerja mereka juga mencukupi utk melaksanakan projek kami...

so lulus....

Wednesday, September 21, 2011

lawatan tapak..

biasanya sebelum satu satu fabrikasi struktur keluli di buat di mana mana kilang..yang di tempah pihak kontraktor, kami akan melawat kilang tersebut utk mengetahui keupayaan dan kemampuan kilang berkaitan.. sama ada kilang fabrikasi keluli tersebut pernah ke menerima tempahan projek yg lebih kurang sama dengan yg kami nak bina.. sama ada mereka ada pegawai teknikal yg berkelayakan.. bagaimana pulak dari segi kawalan mutu.. kerana ada lah penting kawalan di buat di kilang sebelum bahan di hantar ke tapak.. jangan sampai bahan di rejek bila dah sampai tapak.. tengok juga keupayaan pekerja dan pengalaman.. terutama kerja welding dan sebagainya.. ada sijil kelayakan ke atau sebalik nya..pendek kata segala nya perlu di pastikan memuaskan hati klien dan perunding... kalau ada persijilan ISO itu satu kelebihan..

cuma satu je yg tak berapa pekenan ni kilang tu jauh di selatan .. kalau nak jauh sampai ke Jepun ke Korea ke ok la juga.. so esok rombongan kami akan ke SEGAMAT Johor melawat kilang fabrikasi keluli utk salah satu projek kami di KL... apa yg kami lawat dan apa hasil nya nanti kita cerita lagi... ada yg nak ikut? JOM hehe


Monday, September 19, 2011

Biadab, kurang ajar hina Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.

Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.

Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.

"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini. "Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang. Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.

lepas satu satu hal dia orang ni buat.. sangat biadap, menyakitkan hati, makin mengada ngada.. , besar kepala , menggabarkan langsung tidak hormat kepada segala apa yg ada dalam negara ni.. tidak petriotik langsung.. politik yg sangat jijik dan memualkan... kalau nak bangkang bangkang lah tapi jangan hancurkan negara sendiri... ambik kau...


Sunday, September 18, 2011

Selamat ke???

sejak kebelakangan ni makin banyak saya dengar akaun FB kena hack.... entah akaun sapa pulak kena hack selepas ini.. so utk mengurangkan risiko ralat bila akuan tu di ceroboh... lebih baik lakukan sesuatu... segala applikasi yg tidak perlu akan di keluarkan ... gambar gambar yg di upload juga akan di kurangkan...

selama ni pun kebanyakkan gambar tu di private kan utk ahli keluarga sahaja... walaubagaimana canggih sekali pun teknologi masih ada diluar sana ingin menjahanamkan nya.. ingin memporak perandakan nya... berhati hati lah... anda fikirkan lah lakukan lah yg terbaik utk mengawal akaun masing masing....

Friday, September 16, 2011

Filem Nasi Lemak 2.0: Kemuka bantahan jika tidak puas hati

KLANG 16 Sept – Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukakan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda. Presidennya, Faizal Affendi Hashim berkata, pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku” yang menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum

soalan nya... kenapa mamat sekor ni mendapat keistimewaan sedangkan dia telah menyakitkan hati seluroh rakyat malaysia satu hari dulu... dia telah menghina Malaysia, membuat vedio klip yg sangat menyakitkan hati.... bila dia balik dia terlepas dari sebarang hukuman... sekarang nak bagi muka lagi tu.... kalau film tersebut di tayang dan kalau anda hendak menunjuk bantahan... jangan keluar menonton.... boleh???

SAYA BANTAH....

ilham

sedang mencari ilham..........

Tuesday, September 6, 2011

rumah terbuka.....

air ni biasa la kita jumpa

lemang satu kemistian...

ini judu lemang macam sparring partner la..
saling lengkap melengkap..

bila masuk syawal.... kita di galakkan berkunjung ke rumah sanak sedara , sahabat andai, jiran tetangga dan guru guru yg telah memberi sumbang bakti kepada kita dan masyarakat setempat... kalau di bandar bandar ni.. bila masyarakat nya sibuk dengan urusan masing masing.. masa utk menziarah jadi terbatas... dan kesediaan untuk menerima tetamu dalam keadaan tertentu juga pasti terbatas.... maka timbul tred untuk mengadakan rumah terbuka dan ini telah menjadi satu amalan dan ikutan masyarakat kota...

Majlis rumah terbuka adakala nya melebihi keperluan sebenar untuk menjamu sedara mara rakan taulan dan jiran tetangga... ada juga yg membuat nya secara grand menjemput sanak sedara dan rakan2 perniagaan tetapi lupa untuk menjemput jiran... ada juga yg memasang kemah macam ada majlis kenduri kawin.. serta hidangan di sediakan keterer... dengan beranika lauk pauk... sehingga di lihat agak berlebihan dan membazir....

Walau apapun pilihan kita, menjamu orang makan memang satu amalan yg di muliakan tetapi kenalah kita batas kan sehingga jangan di anggap kita bermewah2 dan sehingga membazir... kami juga ada sesekali mengadakan rumah terbuka... utk adik beradik, jiran tetangga dan sahabat handai jauh dan dekat... tapi kebiasaan nya majlis yg di adakan secara sederhana kerana mem tak percaya utk menyerahkan soal masak kepada keterer.. dia lebih suka duduk di dapur menyediakan segala keperluan dan juadah dari menempah dengan keterer..

kata nya nak jamu biar lah dari hasil masakan dia sendiri.. maka tak dapat lah kami nak menjemput sehingga ke hujung tanjung ke majlis yg sederhana tu.. tahun ni buat ke? ooo itu kena tanya mem .... hanya dia boleh menentukan buat ke tak... sebab seperti zino kata dia yg nak masak... so tunggu je lah.... hehe.. tapi kalau ada tetamu yg nak datang , boleh tak jadi hal , beri tau je nak datang.. datang la.. kita makan la apa yg ada tu betul tak?? hehe..

ni pun baru ada satu jemputan....... rumah sedara mara pun belum di serbu lagi ni...

Friday, September 2, 2011

cerita bergambar..raya

sebelum keluar beraya kena lah bermaafan dulu...

adik la yg paling sedih bila sampai
masa bersalaman...

kakak pun bergenang air mata....

maaf kan semua kesalahan alang...

angah pun sama bah, maafkan kesalahan angah,
halalkan makan minum angah...

abah, along minta maaf atas segala kesalahan,
halal kan makan minum along,

one happy family.....
syukur alhamdulilah...

peace...

wajah ceria....

kueh tunjuk je...

rendang ni original..
memang sedap... hehe

satu tanda utk raya....

air ni ada kat kampong je agaknya..
KL memang tak nampak la...

cepat la tok kita pegi raya..!!!

comel kan....

sorang ni pun comel....

nak naik kereta atok...

sorang lagi budak comel...

oops dah penat... hehe

sekian, terima kasih...
selamat hari raya aidil fitri..
maaf zahir dan batin....