Sunday, June 28, 2015

Tak beli baju raya ke??

Assalamualaikum...

Setiap kali raya agenda utama bersama anak anak ialah beli baju baru ..bila raya mesti nak baju raya.. bila baju baru mesti raya.. bermula dengan anak sorang sehingga lah anak lima.. bermula dengan mak abah yg pilihkan baju mereka asalkan baju baru mereka happy je pakai sehingga lah mak abah pening ikut ragam mereka nak pilih sendiri.. pilihan mak abah dah tak cantik..tak ikut fesyen  dan bila pilih sendiri mak abah pulak tak pekenan hehe.. semua tu zino dah lalui hehe.. yg anak anak masih kecil bersedialah mengalami perubahan tu..

Masa anak anak masih kecil dulu kita belikan baju apa pun fesyen apa pun kaler apa pun boria ke apa ke dia tak reti nak berungut.. asal baju baru je happy la.. sengeh dah sampai telinga.. angah dengan along dulu beza umur setahun je.. makna nya sama sama membesar masa kecik dulu nak mudah kami belikan baju sama warna sama fesyen sama saiz hehe.. happy je pakai.. bila dah besar sikit dah mla malu kalau pakai baju sama warna so kena lah beli yg berlainan warna walaupun fesyen masih sama..  tapi bila masuk usia remaja sikit dah tak mau dah ikut taste mak dan abah.. malu dah kalau baju sama warna.. nak pilih sendiri nak cari sendiri.. memula tu komen juga la fesyen tu tak cantik la warna tak menarik la dan macam2 komen.. sampai ada yg merajuk tak nak beli baju hehe.. last last kami kena juga mengalah kena terima mereka dah ada pilihan masing masing cuma saya kawal bajet je.. hehe 

Dari berdua bertambah empat.. dan akhirnya berlima.... perubahan juga berlaku bila masing masing meningkat remaja.. tak mau dah abah dan mak carikan baju raya mereka .. so paling mudah abah bagi bajet utk masing masing cari baju dan seluar sendiri .. beli lah apa saja asal jangan melebihi bajet.. Walaupun masing masing macam tak puas hati sebab bajet terhad tetapi akur kerana itu je pilihan yg ada .. abah dan mak duduk di mana mana koner.. bila dah selesai datang semula kat tempat abah duduk.. kadang kadang bila tengok apa yg di beli kami geleng kepala hehe tapi itu pilihan mereka redha je lah hehe.. 

Yang biasa terlebih bajet anak dara sorang tu.. kadang kadang abang dia berungut baju kakak sorang je melebihi baju dia orang di kumpul sekali .. yg ni susah sikit abah nak bajetkan rupanya harga pakaian budak pempuan ni lebih mahal.. (betul ke?) memang setiapkali nya pun bajet kakak melebihi bajet baju abang2 dia.. hehe

Baju mak abah ?? baju kami last la kalau ada bajet lebihan baru kami beli kalau tak cukup ala kadar je lah yg penting anak2 tersenyum di pagi raya.. masa along dengan angah kecik2 dulu meriah la juga masa tu dia berdua je berpasang2 baju raya.. tapi bila dah berlima dan pakaian semakin mahal  kurang la pasang nya tu.. membeli belah dengan anak anak ni memang satu cabaran.. pernah satu masa dulu nak cari kasut along dengan angah kami berjalan dan tawaf semua kedai yg ada di jalan TAR tu .. satu pun tak pekenan.. dia pekenan kami yg tak pekenan .. yg kami pekenan dia pulak tak pekenan.. yg kami tak pekenan bila pilihan dia berdua cecah ratusan ringgit hehe.. 

Sekarang semua tinggal sejarah masing masing dah besar dan berkeluarga.. cabaran mereka pulak utk beli baju anak anak hehe.. yg tinggal berdua je yg kami kena belikan baju raya.. kakak tak balik tinggal adik sorang je lah.. itu pun belum beli lagi.. hehe

so bagaimana persiapan tuan puan.. tercabar tak? hehe

Thursday, June 11, 2015

Jom Balik.... episod akhir

Assalamualaikum....

Pelancongan berakhir di sini..walaupun rasa tak puas.. walaupun rasa macam nak stay lebih lama.. tetapi segala gala nya perlu berakhir.. bagi tu juga percutian kami di BALI.. panjang umur murah rezeki dan jika ada rezeki boleh la datang lagi... 

Masa perjalanan ke ke airport sempat berbual dengan pemandu taxi yg membawa kami.. kata nya dia datang dari TIMUR.. telah 12 tahun menjadi pemandu di BALI.. kata nya BALI tempat yg paling aman dan selamat utk memandu.. pemandu di BALI katanya sangat bertimbang rasa dan bersabar.. perkara ini memang zino lihat sendiri.. mereka jarang hon dan mudah memberi laluan jika ada kereta keluar dari simpang.. saling hormat menghormati di kalanagn mereka. kata pemandu tu lagi itu sebab nya dia bertahan selama 12 tahun memandu taxi di BALI.

kata nya lagi ramai yg datang melancong ke BALI secara backpack. menginap di hotel2 sederhana atau home stay supaya mereka tak perlu membayar harga yg tinggi utk tempat tidu.. kerana masa banyak di luar.. bila di beritau kami hanya berada 5 hari di BALI.. kata nya mana cukup.. kalau mau holiday di bali sekurang2nya 2 minggu ..!! hehe. ada banyak tempat yg boleh di lawat.. mm betul juga banyak masa kami habis di jalan sebab antara satu tempat melancong ke tempat lain mengambil masa panjang utk sampai. utk 5 hari tak banyak tempat boleh cover..

zino juga tertarik dengan sistem jalan raya di BALI dan juga jalan jalan lain di Indonesia.. perkara yg sama juga zino lihat semasa di Bandung dan SUrabaya.. zino jarang berjumpa trafik light. seboleh2nya trafik di lencongkan sehingga jarang bertembung di intersection. Jalan raya di sana agak sempit dan dalam keadaan tertentu jem juga berlaku.. kata nya JAKARTA jem sangat teruk tapi zino tak boleh nak komen sebab belum pernah ke sana.. 

Sampai di Airport kami terpisah lagi kepada dua kumpulan.. satu group naik MAS manakala dua orang lagi naik AIRASIA.. jarak masa penerbangan ialah 2 jam.. 


 sempat lagi selfie


jumpa HRC hehe


 besar nya gula2 tu..


tiga pasport utk 3 orang


 selfie lagi hehe


menunggu masa utk boarding


kapal terbang yg di amanahkan 
membawa kami pulang..



happy dah nak balik..


fly me home..

landing time

tamat

Wednesday, June 10, 2015

Jom kita ke BALI episod 9..

Assalamualaikum..

amboi kisah ke BALI ni tak habis habis ke?? mana boleh tak habis kalau sebulan pun di sana mesti ada garis penamatnya... ini pulak baru 5 hari.. mungkin ini episod terakhir atau episod2 akhir.. Masa kami datang dulu kan terpisah kepada dua group.. masa balik pun terpisah juga.. bukan dua group malah tiga group.. satu group balik 2hb. dan dua group lagi balik 3hb.. kenapa ? dah di ceritakan di awal2 dulu.. kalau nak tau cari semula dalam kisah sebelum ni . kalau terlepas baca pun boleh baca semula.. di episod satu hingga 8.. 

Pagi 2hb tu free and easy.. kami ambil peluang utk jalan jalan di pantai KUTA.. pantai ni tak jauh dari hotel.. tapi kena jugala ikut lorong2 kecil sebelum sampai ke pantai.. jom tengok gambar2 ni..









ini gambar gambar di ambil waktu pagi.. keadaan terkawal tak ada lah jumpa perkara perkara seperti gambarkan oleh kawan kawan sebelum datang ke sini.. atau gambar2 yg anda sendiri boleh google sendiri di internet.. type saja pantai KUTA akan dkan di bawa jelajah ke satu panorama yg "sangat menarik" hehe






tak cukup pagi petang tu repeat lagi.. kenkonon nak melihat sunset.. tapi awan agak tebal tak dapat tengok matahari di gigi air.. walaubagaimanapun pemandangan masa tu sangat cantik sekali.. mempesonakan.. 




yey.... percutian kita dah tamat.... esok kita fly balik.. lain kali panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan kita travel lagi... geder geder....nak tak..

episod akhir ke?? 

Posting ke LONDON..

Assalamualaikum...

Kita lupakan sekejap kisah BALI..  nak beri laluan posting special ni... sebentar tadi alang baru berlepas ke ENGLAND.. kerana telah mendapat posting disana. Peringkat pertama selama dua bulan.


Maknanya berpuasa dan beraya di perantauan..  lepas tu balik sekejap dan pergi lagi ke sana utk tempuh 10 bulan lagi...


Kepada Alang dan rakan2 seperjuangan selamat merantau ke negara orang selamat berpuasa di negara orang dan selamat beraya juga di negara orang .. timba sebanyak mungkin pengalamanan.. jaga diri.. jaga nama baik keluarga.. jaga kesihatan dan yg paling penting jaga solat... 

Kami sekeluarga mendoakan alang dan rakan2 beroleh kejayaan dalam apa saja projek yg di kendalikan..


Tuesday, June 9, 2015

jom kita ke BALI episod 8

Assalamualaikum... 

Apa kabar sahabat semua.. semuga ceria dan terus bersemangat.. Bali ni merupakan sebuah Pulau.. maka Bali memiliki beberapa pantai yg sangat menarik.. untuk di kunjungi..

Kami telah di bawa ke satu pantai yg sebelum ini terlindung di sebalik gunung batu kapur.. setelah gunung ini di letopkan dan jalan di bina pantai ini menjadi satu tempat yg patut di lawat.. apa lagi utk berendam la.. pantai PANDAWA








 Pantai PANDAWA merupakan salah satu pantai pasir putih di BALI . Terletak di Desa Kutuh Kabupaten Badung..  jarak pantai ini dari bandar cuma 18 Km tapi mengambil masa 1 jam utk sampai ke sini di sebabkan jalan nya berliku. Utk memasuki pantai kita akan melalui sebuah jalan yg di apit oleh tebing yg tinggi. kita perati je lah "kanak2" riang yg sedang mandi dan berkayak di pantai tu..gambar2 di bawah menceritakan kemeriahan mereka.. hehe..






















kisah nya ada yg mendayung kayak tapi kayak tak bergerak.. berpusing2 situ je.. cuba teka siapa kah itu.. kata nya dia org ni main dayung je tak ambil kira di mana hadapan di mana belakang hehe.. Kayak yg boleh naik dua orang di bantai naik bertiga hehe.. 

Yang cantik nya ada beting pasir yg mengepung di kawasan berkayak.. maka kawasan tu tenang macam air kolam.. dan ombak berada jauh di tengah laut.. yg tak berapa cantik nya di pantai penuh dengan batu batu kecil yg menyakitkan kaki bila di pijak.. tak boleh la nak berlari2 di tepian pantai.. Saya tak pandi perati "kanak2" je mandi hehe..

Selesai mandi kami ke satu lagi tempat kunjungan pelancong.. tengok gambar je lah hehe.. sunset di PURA ULUWATU.. sangat cantik alam ciptaan Allah. 












ramai pengunjung datang kesini semata mata utk menikmati keindahan alam sekitar.. yg ketara di BALI ni kemana saja kita pergi melawat di situ terdapat sebuah PURA.. kata nya di setiap buah rumah pun perlu menyediakan PURA kecil.. kalau kita istilah nya macam surau tempat solat la.. yg besar tu macam masjid dia orang la.. dan acara keagamaan hindu sangat di tonjolkan.. symbol2 keadamaan juga sangat ketara kelihatan.. mereka sangat kuat dan patuh beragama.. cuma sayang nya tidak sealiran dengan agama kita.. 

melancong ke BALI ni tidak cukup dengan beberapa hari ada banyak lagi tempat tempat menarik belum di kunjungi.. berbual dengan supir.. kata nya utk jelajah seluruh bali perlukan 2 minggu.. lagi lama lagi banyak uwang yg di perlukan.. kalau datang lagi ke bali tentu kami akan pilih tempat2 yg belum lagi di kunjungi.. ada brani?? 

lepas ni kemana pulak ?? PANTAI KUTA..?? cer google apa yg ada di pantai KUTA.. ada yg menjeling bila sebut nak ke pantai KUTA.. ada yg kata kena tutup mata hehe.. kena pergi juga ke?? dah sampai kena lah pergi kan .. tak pergi mana nak tau hehe..