Sunday, June 7, 2015

jom kita ke BALI episod 5

Assalamualaikum.. 
berjumpa lagi.. wah tak sabar nak cerita kisah selanjut nya.. hehe macam best je kan hehe.. sebelum ni kita stop dengan kisah berkejaran dari UBUD utk melihat sunset sambil menikmati makan malam di tepi pantai bersama deruan ombak... wah bunyi pun dah romantik.. 





bila kami sampai kelihatan beratus buah kenderaan di kawasan tempat kereta .. wah meriah nya.. tapi malang nya kami terlewat sampai.. peluang utk dinner sambi melihat sunset tak kesampaian..(kena datang lagi ni ) sebahagian besar pengunjung pun telah mula meninggalkan tempat tu menuju ke kenderaan masing masing.. bagaimana keadaan agaknya bila semua kerusi di penuhi pengunjung walaumana kelamkabut mereka nak menyediakan juadah serentak.. kalau berbuka kat sini best juga kan? hehe..

masa kami makan air semakin pasang.. ombak yg memukul pantai semakin dekat.. makna nya sejam dua lagi harus kawasan tempat duduk tu di penuhi air.. di sini juga katanya salah satu tempat mesti datang bila ke BALI.. tapi heran juga kenapa produk macam ni tak di popularkan di Malaysia.. di pantai PORT DICKSON ke.. atau di mana tempat yg berpantai.. kalau di pantai timur mungkin bersarapan bersama sunrise hehe.. 





tengok la gambar2 tu ikut ragam orang muda hehe.. mlm tu selepas balik ke hotel.. dia orang bercadang nak menjejak HRC BALI.. nak itutt.. hehe.. maka malam tu kami mula menjejak HRC dengan berjalan kaki dari satu lorong ke satu lorong sehingga bertemu jalan besar dan terus berjalan.. Kata nya bila berjalan jalan di BALI ni baik siang baik malam selamat.. tak ada orang yg akan mengacau atau mengganggu. tak ada pick pocket tak ada peragut tak ada penyamun tarbus.. itu kata penandu taxi.. 

malah bila berkenderaan di jalan raya pun mereka sangat bersopan dan berteleransi.. kadang risau juga melihat gelagat kereta yg kluar di simpang simpang.. game of the rule siapa yg keluar moncong dahulu yg lain akan beri laluan.. tak ada nak hon hon.. yg besar hormat yg kecil.. oops apa kisah HRC tadi hehe..

akhirnya kami jumpa juga jenama gah HARD ROCK CAFE ni.. kopi batu keras.. hehe... tak mau la nak cerita apa kehebatan HRC ni.. sebab zino pun tak tau.. dan ini merupakan kali pertama zino sampai ke premis macam ni.. dulu masa di Vietnam zino langsung tak berselera nak ikut serta.. tapi kali nak ambil tau kemana anak2 muda ni nak pergi hehe.. 

yg best nya zino terbeli sehelai T Shirt.. beratus ribu juga lah hehe.. nak jadi koleksi ke entah la.. mungkin first and the last.. 

kemana lepas ni.. ?? balik tidu la.... knock knock knock.. tak buka knock knock knock.. masih senyap... KNOCK KNOCK KNOCK ... masih tak ada respond... ahh sudah.. bukan satu kes tapi ada dua kes.. hehe.. 

tungguuuuuuu...


4 comments:

Kakcik Nur said...

Mujur juga saya tak terlibat dalam cerita pecah pintu walaupun saya turut tak boleh tidur selagi pintu itu tidak dibuka... :)

anyss said...

assalamualaikum,
suspen!!

zino said...

kakcik
saya langsung tak perasan kes tu.. sehingga ada yg bertanya.. dah dapat masuk ke? hehe

zino said...

anyss

macam2 kisah hehe