Sunday, February 14, 2016

Kayuhan amal

Assalamualaikum...

Hari ni 14hb Feb 2016 zino berpeluang menyertai kayuhan amal bersama rakan rakan yg lain ke perkampongan orang asli ladang cheeding di Banting.. kayuhan ni di sertai katanya 200 peserta lain.. tapi tak sempat nak kira bilangan sebenar.. tapi memang ramai la.. jarak kayuhan lebih kurang 43km je.. je? 

Berkumpul di warung imam muda di jalan kebun shah alam.... nama saya di daftarkan bersama geng dari sendayan.. so.. jadi geng sendayan la...

Kami datang awal.. takut tak jumpa tempat maklum lah firstime sampai sini.. tapi waze yg tunjuk laluan.. sempat subuh berjemaah bersama penduduk setempat di masjid Al Falak yg terletak tak jauh dari warung ni. Itu pun waze yg bagitau.

Para perserta berkumpul utk mendengar taklimat akhir sebelum kayuhan bermula. Program ni di anjurkan oleh kelab basikal laguna .. dan kelihatan ramai juga ahli kelab ini yg menyertai kayuhan.

Bermula kayuhan di atas jalan raya.. tak tau berapa km berkayuh di atas jalan yg rata sebelum sampai ke tempat ni. Bila berkayuh di jalan yg rata ni langsung tak boleh nak rehat dari terus berkayuh.. tak ada bukit tak ada menurun... rata serata2 nya.. dan tiba masa utk masuk ke ladang kelapa sawit.. kena pikul beskal dulu.. hehe

Yg amatur yg professional yg veteren yg besar yg kecik semua kena angkat beskal di permula laluan ni.. di sini kelebihan bila basikal ringan.. selamba je pikul hehe..

Jangan tak tau kat sini ada ladang teh .. yg kita tau ladang teh ni di tanah tinggi je.. tapi rupanya ada ladang teh tanah rendah di sini.. katanya boh menghantar teh dari cameron highland ke sini utk di proses dan di buat campuran.. 
 
Ini dah sampai... hehe gambar tak di susun ikut turutan...

Ada beberapa kali kami stop berehat ambik angin sepanjang kayuhan ni. Zino lah memerlukan angin setiap beberapa km yg lain tu tak sampai hati nak tinggalkan kawan2 hehe

Bila berhenti je mesti ada selfie.. mesti bergambar merakamkan kedudukan kami di mana.. geng basikal ni walaupun tak kenal tapi cepat mesra . Jumpa lah mana2 peserta mesti mereka akan menegur dengan penuh sopan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Saling membantu dan bekerjasama.

Yg ni patutnya di letak selepas pikul basikal tadi.. yg kat belakang tu masih pikul basikal so bukit yg ni kena tolak la dulu.. ada juga yg cuba kayuh tapi agak sukar sebab laluan sempit dan peserta ramai.

Ini bukit yg pertama zino berjaya kayuh sampai ke puncak.. saja test dulu kalau tak larat nak tolak je.. tapi akhirnya sampai juga ke puncak.. mencungap la juga hehe..

Selfie lagi... hehe

Yg penting gambar ni nak rakam landmark kat belakang tu.. menujukkan kami dah sampai kat mana.. kalau boleh zoom tercatit nama tempat kat belakang tu..

Gambar ni di rakan semasa nak balik.. seronok dapat bersama peserta yg lain ke perkampongan orang asli ni.. bersama peserta kami di bawa sama bekalan utk di agih2kan kepada masyarakat orang asli.. terutama kanak2 di sini.. ada yg menderma makanan ada pakaian ada mainan dan sebagainya.. barang2 derma ni di bawa menggunakan pickup.zino dah sedia bag utk bawa tapi nasib baik organizer yg uruskan .. tak perlu bawa sendiri.

Lagi gambar menunjukkan landmark.. dan inilah geng sendayan 

Bila penat duduk berehat.. di atas jalan raya pun jadi.. 

Nampak tak zino dalam ramai2 tu hehe

Ini selfie dari celah2 ramai2 tu hehe

Dan ini bukti zino dah sampai..

Ini lah warung imam muda
Dan ini penghulu orang asli di perkampongan ni.

Ramai yg nak bergambar dengan penghulu. Atau ketua orang asli di sini.

Ok sekian lapuran aktiviti hujung minggu zibo.

No comments: