Sunday, February 28, 2016

Kayuhan hari wilayah

Assalamualaikum...

Hari ni aktiviti kayuhan melakar sejarah.. ia merupakan axtiviti riadah yg paling popular di kalangan masyarakat Malaysia.. pagi tadi zino bersama 16 ribu peminat beriadah berbasikal memenuhi jalan jalan di putrajaya dalam satu program kayuhan hari wilayah 2016....seawal jam 5.00 pagi peminat sukan berbasikal dari seluruh pelusuk negara mula membajiri Putrajaya dengan memenuhi setiap ruang tempat letak kereta di sekitar masjid sultan mizan..


Ini rakan sekayuhan zino menunggu  masa berlepas.. bila dah start kayuh dalam ribuan pengayuh lain.. masing masing hilang dari pandangan.. hehe


Suasana di bahagian belakang.. nak masuk menyelit kat depan nun dah tak dapat.. dah penuh sesak.. agaknya pasal ni juga zino tak dapat nak jumpa dengan rakan2 sepejabat yg lain.. yg duduk depan akan terus berada di depan yg belakang payah nak menyelit...


Ini mentor setiap kali menyertai program kayuh.. dia tapis dulu yg mana program yg boleh saya sertai dan yg mana abah jangan join.. hehe. Dan ezuan juga akan urus book nama abah setiap kali berkayuh.. dia ni dah kira pengayuh professional.. dah berkayuh merata tempat di seluruh malaysia ni. Bukit bukau gunung ganang pun selamba je kayuh.. hehe.. yg bukit bukau ni dia kata abah tak boleh ikut hehe.


Ini yg kat belakang.. dah makin ramai..yg kat depan lagi lah ramai. Berkayuh ni tak kira bangsa tak kira umur tak kira jantina.. sesiapa pun layak asal ada basikal.. basikal  pun ada beratus2 jenis dan harga pulak mengikut ribu riban ikut spesifikasi basikal tu.. yg amatur beli lah yg biasa2 je.. bila dah" ketagak " baru lah upgrade..atau beli yg lebih mahal..


Bila berkayuh ni yg laju jalan dulu yg selow follow .. hehe last2 zino kayuh sensorang geng lain dah berdesup. Tapi itu tak jadi masaalah zino enjoy setiap kayuhan dan boleh je berbual dengan pengayuh lain walaupun tak kenal.. prinsip dia orang "setiap pengayuh ada lah rakan.."


Dah habis kayuh baru jumpa riz ardy penghulu putrajaya.. dalam standby kerja pun nak kayuh juga.. dia juga professional tak boleh nak ikut sangat mencicit laju e.. mencungap nak kejar.. hehe tapi sangat sporting dan banyak membantu memberi galakkan tips kayuhan..


Motto nya biar lambat asal sampai. Bertambah koleksi medal yg zino dapat. Setiap kali program kayuhan ada di sediakan medal utk setiap peserta yg berjaya menghabiskan kayuhan . Tak kisah lah sampai awal ke sampai last ke semua dapat medal.. program ni bukan satu perlumbaan unless jamboree utk yg power2 berkayuh..


Berselfie di setiap program kayuhan ada lah wajib hehe.. program apa pun selfie memang dah jadi satu acara yg mesti di lakukan..sebelum ikut kayuh kosongkan gambar2 sedia ada... selfie sendiri atau selfie bersama rakan akan memeriahkan lagi suasana.


Atau ada je rakan2 lain yg bersedia utk ambil kan gambar kita... hehe


Kayuhan ni di catitkan sebagai konvoi berbasikal paling ramai yg pernah di lakukan di malaysia.. seramai 16 ribu penyertaan wow !!! Tahniah kepada semua yg mengambil bahagian tahniah kepada pihak penganjur...dan zino menjadi salah seorang peserta... 


Dalam ramai geng opis yg sertai kayuhan ini dengan lan sorang je saya sempat berselfie.. yg lain tak nampak bayang cuba juga cari tapi tak jumpa..
hehe


Ada yg bertanya zino kayuh dari rumah ke tadi..?? Tak terdayo doh jang.. masing masing mengguna pelbagai kaedah utk membawa basikal ke putrajaya.. ada yg letak atas bumbung ada yg ikat kat belakang ada juga yg sumbat je dalam kereta tu.. mcm zino la boleh campak je beskal kat belakang tu. Hehe


Pencolek angek ni yg zino belum pasang lagi kat beskal. Dia boleh kira jarak perjalanan laju kayuhan dan merekod laluan . Nak kena beli satu ni..

Lepas ni nak tambah beskal nak ajak mem kayuh sekali.. kayuh rekriasi pun ok.. tak perlu masuk program kayuh...

Sekian..

2 comments:

Darling Pya said...

Dah lama tak kayuh basikal, dah tak pandai dah :)

zino said...

kena belajar balik tu.. Darling pya.. mem pun dah lupa naik basikal .. dulu hari2 pergi sekolah naik basikal