Monday, March 21, 2016

Drama hari ini.

Assalamualaikum....

Alhamdulilah .. syukur kepada mu ya Allah kerana mempermudahkan perjalanan kami ke Muar hari ini.

Sebelum ke muar tadi kakak nak singgah TECSO nak beli barang katanya.. kesempatan itu zino guna utk cari susu dan botol utk kitten (si comel dan so Comot)..yg kekurangan kasih sayang..  lebih kurang 1/2 jam berurusan di situ..

Sebaik saja zino masuk ke kereta utk memulakan perjalanan perasan temperature.. melebihi had normal malah hampir ke hujung.. ya Allah..!! something is very wrong.. mungkin radiator fan rosak mungkin thermostart yg rosak atau mungkin ada leaking pada air radiator..

Nak ke workshop hari minggu ni kedai tutup.. so buat keputusan balik terus ke rumah tukar kereta. Bila berjalan temperature turun balik ke normal. Mungkin sah radiator fan tak berpusing ni. Punggah semula semua barang dari UNSER  pindah kan ke PREVE.. yg mana mustahak bawa dulu yg lain tinggal dulu nanti hantar kemudian... susun punya susun hampir semua boleh sumbat dlm preve kecuali kipas berdiri.

Unser tu tinggal dulu esok lusa baru hantar wokshop atau minta fomen datang ambil kat rumah . Lepas tu baru teruskan perjalanan. Tapi tak direct ke Muar singgah dulu kg kakak jumpa atuk dengan uwan. Kemudian lencong pulak ke trendak utk hand delivery Saree yg kawan order. Special kan ? Hehe. 

Sampai ke rumah sewa kakak dah jam 6.30 ptg. Tapi kawan dia semua tak ada tengah shopping di GAINT bergegas pulak mencari masjid utk solat asar. Kemudian pegi tinjau kolej manipal tempat kakak belajar nanti.. tak berapa jauh dari tempat sewa. Kemudian nak tinjau juga sekolah Along dulu. Di Tanjung Agas. Dekat juga dari kolej kakak.

Hari pun dah gelap dan saya pun dah tak ingat jln jln dalam bandar tu.. akhir nya kami singgah je mana2 gerai utk dinner. Selepas hantar kakak kami pun pulang semula ke KL. Dari AMJ saya nampak satu arror ke PLUS terus je follow.. ingatkan ke air keroh rupanya ke JASIN .. tak kisah la perjalanan pun lancar..

Akhirnya sampai ke KL.. jam 11.30 mlm..  Alhamdulilah perjalanan lancar. Trafik pun lancar. Minggu depan ke Muar lagi..

2 comments:

JunAina said...

Lepas ni abah jalan-jalan Muar selalulah ye...

zino said...

JunAina:
ada permintaan mem atau kakak selalu lah ke sana