Monday, April 4, 2016

Putrajaya bridge night ride

Assalamualaikum..

Alhamdulilah.. zino dan rakan sukan berbasikal berjaya menyertai dan menghabiskan kayuhan sejauh 20km dalam program putrajaya bridge night ride.

Kayuhan bermula dari istana kehakiman dan berakhir juga.di tempat yg sama. Urusan pendaftaran dan bayaran yuran penyertaan di urus oleh Ezuan.. abah tau kayuh je.. pada peringkat awal wan kata dia tak sempat nak bayar so nama kami tak ada dalam senarai. Kuciwa sekejap hehe.


Sukan berbasikal mempunyai ramsi peminat. Baik kayuh siang mau pun malam penyertaan sangat menggalakkan . Penyertaan datang dati jauh dan dekat.

Ada yg datang seca individu dan tamai juga yg datang secara berkumpulan mengikut kelab kayuhan masing masing.. abah tak join mana2 kelab lagi so kayuh la sensorang hehe

Tapi abah bukan ke saorangan biasa nya ada kawan kawan yg berkayuh sama . Ezuan dah jadi rakan kayuhan tetap (di permulaan je la.. sekejap lagi dia berdesup ke depan hehe) 


Ini rakan sekayuhan tapi tak jumpa pun mlm tu.. jumpa gambar dalam group whatapps je.. jangan mare ya.. hehe

Kayuhan melalui beberapa jambatan yg bsnyak di putrajaya ni . Tapi saya tak berhenti pun utk tangkap gambar.. asyik berkayuh lupa nak singgah.. lagi pun gelap nak berselfie.. hehe.

Pitstop di PICC.. tak sangka saya boleh kayuh naik bukit ke lobby PICC tu agaknya sebab malam tak perasan bukit tu tinggi. Ramai yg turun tolak beskal.. bila saya kayuh pelan2 tetiba dah sampai puncak.. ezuan kata satu pencapaian.. kalau dulu banyak tolak dari kayuh bila jumpa busut atau bukit hehe

Sempat juga ber selfie di atas bukit ni.. rakan kayuhan lain tak nampak batang hidung hehe.. dalam ramai2 tu mcm mana nak cari. Katanya ada 2000 penyertaan.. !!!

Selepas berehat sebentar kayuhan di teruskan ke garisan penamat.. bila nampak gerbang start/finish tu lega.. tamat juga akhirnya.. kayuhan malam ni di anjurkan setiap tahun dan ini kali pertama zino sertai.. newbie la katakan. 

Zino bukan yg pertama yg sampai dah berduyun2 kat depan tu.. tapi bukan juga yg terakhir.. berduyun2 lagi kat belakang tu... memula dulu ya.. zino berada dalam kelompok akhir nya sampai... sekarang ni improved sikit la.. 

Alhamdulilah dapat pingat emas.. besar dan berat pingat nya.. bertambah koleksi..


Malam ni teruja dapat berjumpa dan bergambar dengan jaguh dari Jelebu.. bajupun ada cop Jelebu.. jauh2 datang nak kayuh bersama.. (tapi tak jumpa dah selesai baru jumpa) dan ini firstime jumpa pun. Terima kasih azuan sudi cari abah dalam ribuan peserta mlm tu.
 

Sorang lagi rakan kayuhan yg sentiasa bagi galakan dorongan peransang dan tunjuk ajar ialah Riz Ardy.. setiap kali cuti mesti dia akan atur kayuhan santai sebagai latihan dan persediaan. Tapi tak semua kayuhan dapat ikut sama.. sebab dia juga anjur kayuhan paranormal. Hehe..


Wah !!! sempat juga berselfie atas jambatan ya Suzrin hehe

Macam cantik je gambar ni kan hehe
Ok ini gambar last.. kalau ada gambar dari jurukamera professional nanti boleh la di tambah.. 

Tq kerana sudi membaca.. ehhh ada ke yg baca?  Hehe


6 comments:

Riz Ardy said...

Dah baca dah... hihi

makcikkantin said...

Dah baca abah. Makcik pun rindu nak kayuh tapi pakcik pun asyik sibukkkkk ja, so beskal masih lah tergantung kat dinding nunn

zino said...

Tq riz sudi baca

zino said...

Berabuk beskal tu makcik kantin lama sangat gantung..

zino said...

Berabuk beskal tu makcik kantin lama sangat gantung..

zino said...

Tq riz sudi baca