Sunday, May 22, 2016

Gunung brinchang.. cameron highland

Assalamualaikum...

Misi menawan gunung Brinchang akhirnya selesai . Pada mula nya zino tak tau pun kayuhan kali ni hingga ke puncak gunung.. saya tak perasan penganjur ada sebut ke tak gunung brinchang ni.. yg saya ingat kayuh sekitar Cameron Highland je..

Berkayuh di tempat sejuk itu sendiri merupakan satu cabaran suhu dikata kan sekitar 16° C di waktu mlm dan 22°C di tengah hari. Rasa nak tidu bawah tilam

Hehe..

Kayuhan bermula dari Brinchang menuju ladang teh pallas dan terus ke kaki gunung sebelum mula mendaki yg mencabar jiwa raga.. bagi yg gagah perkasa pendakian bagini tidak menjejaskan tempo kayuhan .. tapi kepada yg tidak banyak pengalaman mendaki mcm ni.. ia merupakan satu cabaran yg sangat menduga ketabahan hati..

Jom lihat gambar....

Sebelum bermula
Masih menunggu peserta lain tiba.. selfie dulu.
Ini dah mula mendaki..
Satu lagi pemandangan ladang teh yg cantik.
Sejuk mata memandang
Larat kita kayuh tak larat kita tolak hehe
Tempat yg harus berhenti utk bergambar.. rugi tak stop sini..

Ini dah sampai puncak.. rider pink tu laju berdesup2 hehe
Papan tanda..

Rupanya di puncak tu terbahagi kepada dua negeri.. perak dan pahang.

Mat salleh ni di kata kan telah berkayuh lebih 35000 km.. meliputi Australia Malaysia Indonesia dan berakhir di Jepun 

Para peserta di benarkan masuk ke kawasan larangan yg terdapat menara telikom

Aksi peserta
Geng SSC
Ini bukti 
Bergambar beramai2 di ladang teh..

Pengayuh yg gagah..

Selfie itu penting

Group SSC 
Yg baju merah tu bila nak beli beskal ni.. 

Berada di sempadan 

Alamak terserlah tang perut

Bersama idola hehe

Sempat ronda2..

Ini pun idola ni 

Selfie lagi..

Sunday, May 8, 2016

Sepang F1

Assalamualaikum

Bila kawan zino mempelawa utk berkayuh di Sepang F1 saya terus bersetuju. Bukan mudah utk masuk ke Litar Antarabangsa ni.. kata nya setahun sekali Sepamg F1 mengadakan hari terbuka utk orang awam masuk ke F1 . kata nya litar F1 baru saja selesai mengganti track baru bernilai RM 18 juta.. wah kami merasa berkayuh di atas litar yg mahal. 

Selain berkayuh ada juga yg datang utk berjogging dan bermain roller blade.. bermakna tempat ini terbuka utk sebarang aktiviti readah.. cuma mungkin ia nya tidak di sebarkan secara meluas jika ia nya di lakukan tentu lebih ramai yg akan datang.. sebelum ni tak pernah termimpi utk masuk ke sini. utk menyaksikan perlumbaan tak mampu nak beli tiket hehe

Ada juga saya pelawa kawan kawan lain utk join sama tapi kata nya notis yg di berikan terlalu singkat utk buat keputusan atau mereka mungkin telah ada program lain .. tak apa lah bila ada hari terbuka lagi perkara ni akan di war warkan lebih awal supaya lebih ramai yg berpeluang utk berkayuh di sini.

bila dah masuk sini tak lepas peluang utk berselfie.. jom kita tengok gambar gambar menarik yg sempat di rakam.. (menarik ke ?) ok lah jom kita tengok gambar2 ni..

























SEKIAN

Royal Belum

Assalamualaikum...

selamat berjumpa kembali.. kita rehat dulu dari cerita beskal.. jom kita menikmati keindahan alam sekitar. Bila nama zino naik utk menghadiri satu retreat di Royal Belum saya tidak berfikir panjang utk bersetuju menyertai nya. Satu tempat yg telah banyak di perkatakan keindahan nya . satu khazanah hutan tropika yg masih terpelihara sejak jutaan tahun.. Flora dan fauna yg masih tidak terusik.


nama gah yg terpapar di atas bukit 
menandakan kami telah sampai ke distinasi.


kami datang utk bekerja bukan 
meneroka alam sekitar..


bilik yg cantik dan selesa.. 
tapi NO TV hehe


Tasik Banding yg terbentang luas sangat mengasyikkan utk melihat nya.. walaupun di kata kan al nino melanda negara air tasik tidak kelihatan surut atau tidak bermaya.. ia tetap menjanjikan satu pemandangan yg sangat indah..


terdapat juga aktiviti berkayak dan menaikki bot di sediakan.. tapi kami hanya mampu melihat dari jauh..


selfie pertama di RB dan di tegur kawan2 
yg melihat hehe


konsep alam sekitar cuba di terapkan di kawasan resort utk menyediakan minda pengunjung bahawa lebih banyak keindahan alam di janjikan bila datang menginap di sini.


apabila berada di sini anda perlu bersedia utk memutuskan hubungan dengan dunia luar buat sementara. di dalam bilik hotel ini tiada TV sebagaimana kita telah terbiasa apabila menginap di mana mana .. line internet pun selow tapi masih boleh di access.. 


letak landmark memandakan 
telah hadir di sini hehe


panorama


bila ada masa terluang saya berjalan jalan 
di sekitar kawasan 


penat berjalan boleh duduk melepas lelah..


boat di sediakan utk pengunjung yg ingin menjelajah keliling pulau dan melawat ke perkampongan orang asli. kata nya terdapat beberapa perkampongan orang asli di sekitar pulau. atau di tanah seberang.


lagi panorama yg sangat cantik..


tak lepas peluang utk selfie






resort terletak di kawasan yg agak tinggi kalau tak larat nak jalan boleh minta khidmat buggy 


hari kedua kami di bawa lunch di luar resort.. terletak kira2 70 km dari resort.. jauh.. iaitu Restoren Tasik Raban .. tapi bukan di tepi tasik pun.. restoren yg simple menggunakan konsep selfservice dan ada ikan bakar selain dari lauk pauk biasa.. ada satu kisah semasa kami makan ikan bakar di sini.. hehe


balik dari lunch kami teroka di hujung pulau sehingga ke jambatan yg di sambung semula ke tanah besar. kami berjumpa satu kawasan yg ada aktiviti dan tertarik utk melihat dengan lebih dekat.


rupa nya ia merupakan satu "pekan kecil" yg mempunyai kelengkapan asas. Terdapat sebuat stesyen minyak sebuah kedai runcit sebuah warung makan dan beberapa buah chalet utk di sewa.


sebuah boat usang


laluan utk ke kedai atau ke chalet perlu melalui titi yg di apung menggunakan tong drum.. bila berjalan atas tu titi akan bergoyang ke kiri kan ke kanan ikut rentak kaki yg memijak.. 


di belakang tu terdapat deretan chalet utk di sewa . ada yg 90 inggit dan ada juga 150 inggit.. sesuai kepada yg ingin kan pengalaman yg berlainan dan kaki pancing.. ada tepat utk buat bbq .. nak mandi terjun je dalam tasik tu.. masa kami sampai ke tempat ni ada beberapa remaja sedang mandi manda.. di dalam tasik yg dalam ni. mereka menginap di chalet beramai2. 


tiga wakil rakyat baru selesai membuat tinjauan dan menemuduga pengunjung di situ . sama ada keperluan asas mencukupi dan apa apa penambah baikan yg mereka perlukan.. hehe


ini rupa nya boat house yg di katakan boleh di sewa utk menginap beberapa hari di dalam tasik.. Boat akan di bawa jauh ke tengah tasik utk aktiviti yg di rancang sendiri penyewa. kata nya satu boathouse boleh memuatkan 25 orang terdapat lima bilik dan dua bilik air. kalau ada yg berhajat nak buat family bonding ke atau program utk staf di pejabat boleh la fikir2 kan menggunakan kemudahan ini supaya ahli keluarga boleh berkumpul bekerja sama bergotong royong dan menyusun pelbagai aktiviti utk 3 hari 2 malam.. bawa lah segala kelengkapan dan keperluan memasak dan boleh juga aktiviti memancing. kos nya hanya RM 2500.00 utk tiga hari 2 malam.. 


tempat ini juga merupakan pengkalan dengan menyediakan kemudahan penggangkutan air kepada orang asli yg tinggal di tanah seberang nun.. kalau ikut jalan darat mereka terpaksa meredah hutan belantara . dengan kemudahan bot yg di sediakan memudahkan pergerakan mereka keluar masuk untuk menjual hasil hutan di bandar berhampiran dan membeli barang keperluan. Pekerja pekerja resort ni pun terdiri dari anak anak orang asli.


Ralat sikit sebab penganjur program yg zino ikut ni tidak menyediakan kan program sampingan jungle tracking ke  mandi manda di waterfall ke atau sebagainya.. zino berhajat nak kauh basikal yg di sediakan pun tidak berkesempatan.. kerja kerja kerja.. hehe


SEKIAN