Assalamualaikum...
Sekali lagi kami rakan rakan dari Sendayan Cycling Club, SSC dapat bersama sama dalam kayuhan amal yg di anjurkan Laguna cycling Club LCC dengan kerjasama Sg Nipah Cycling Club. Sekinchan.
Kayuhan sejauh 38km pergi dan balik melalui jalan pantai sejauh 13km sebelum masuk balik ke jln bertar.. laluan di tepi pantai sangat mencabar.. kerana laluan nya sempit hanya muat utk sebuah basikal shj.. dan tak ada ruang utk memotong.. dengan jalan yg berbatu.. beberapa biji basikal menghadapi masaalah bila tayar pancit .. zino berdoa semoga perjalan lancar tanpa di belenggu masaalah.
Memula tu bila di beritau supaya berhati2... takut di kejar lembu.. rupanya betul2 berlaku di depan mata.. dua kali kes lembu menerkam ke arah kami. Nasib baik lembu2 tu di ikat.. kalau tidak ada yg terjun ke laut utk selamat kan diri.
Selain dari masaalah itu kayuhan berjalan lancar. Pit stop pertama kami di hidangkan dengan minuman yg enak siap dengan roti jala dan kurh gelang.. kemudian perjalanan di teruskan sehingga ke sekolah tahfiz darul falah..
Sekolah Tahfiz ni masih dalam pembinaan dan mengalu ngalukan sumbangan orang ramai utk menyiapkan nya.. pelajar di Tahfiz ni semua nya perempuan.. kepada yg ingin menyumbang boleh lah menghulur bantuan mengikut kemampuan masing2..
Sebelum balik singgah pulak di rumah YB sekinchan dan di jamu pulak dengan air kelapa gading... tiga kali stop tiga kali minum.. hongeh di buat nya..
Laluan kayuhan kali ini sangat landai .tak ada busut tak ada bukit tak ada gunung. Maka nya kayuhan berterusan tak boleh nak rehat.. ,
No comments:
Post a Comment