Wednesday, July 4, 2018

Berkayuh utk sihat....

Assalamualaikum..

Satelah bercuti panjang dari dunia kayuhan .. puasa dan raya.. ahad lepas abah berkayuh semula.. tak jauh pun tiga kali pusing je di laluan KLCFM.. rekod laluan ni pernah buat 5 pusingan bila berkayuh sorang2 tiada kawan yg kayuh sama..

Pagi sebelum keluar berkayuh tu ada drama sikit.. hehe.. elok elok angkat basikal bawa keluar baru abah perasan "ehhh hujan gerimis !" masa tu baru 5.30 pagi. hajat hati tu nak solat subuh kat masjid Jamek .. lama dah tak solat situ... kat situ ada salah sorang imam nya  cacat penglihatan.. tapi bacaan nya sangat merdu.. so bila dah gerimis tu abah pun kata " tak jadi lah kayuh " terus bawa basikal semula ke dalam. cadang tu nak guna folding je.. malam tadi dah siap pam tayar .. basikal ni bila lama tak di guna angin tayar boleh kempis..kenapa ya? 

abah pun bersiap2 utk solat subuh di surau berhampiran.. surau pun dokek je jalan kaki pun sampai.. Di surau Jamaah belum ramai lagi.. masih bercuti raya kot.. atau dah mula MIA.. hehe.. biasa nya bila hujung minggu ada tazkirah subuh.. mungkin awal2 syawal ni jadual ustaz2 pun belum di susun lagi... abah terus balik... baru abah perasan "ehh hujan dah teduh la!" cepat2 naik atas tukar uniform dan beritau mak.. "nak pi kayuh la.. hujan dah berenti"... bersemangat betul.. hehe

tak jangka akan berjumpa sesiapa pun kayuhan kali ni.. Ezuan yg biasa jadi peneman setia setiap kali abah berkayuh awal2 dah bagitau tak dapat berkayuh sama... pegi beraya la tu.. so abah jangka akan berkayuh solo pagi tu.. bila sampai kereta yg pakir berhampiran dataran dah mula banyak tapi abah masih boleh pakir di tempat biasa... macam dia orang faham2 je situ spot abah selalu pakir.. ada sekali dulu abah pakir situ pihak polis tercari2 tuan kereta.. rupa nya tak boleh pakir kerana laluan di guna utk acara di dataran . sebaik selesai solat subuh abah tengok sebiji kereta pun dah tak ada situ dan seorang anggota polis trafik berkawal dan menunggu tuan kereta datang. bila dia nampak abah menuju ke kereta dia datang utk maklum hari tu tak boleh pakir dan dia cadang abah alih kan kereta... sebaik abah masuk kereta abah dengar dia buat lapuran... " tuan kereta telah sampai kereta akan di alihkan over "

lepas keluarkan basikal dan bersiap pakai kasut sarung tangan sekerat topi keledar abah pun kayuh ke dataran dbkl utk mendaftar.. daftar utk cabutan no bertuah.. selalu nya memang tak ada tuah pun hehe.. di garisan permulaan telah ada ramai penunggang menunggu .. untung2 duduk di barisan hadapan ni gambar masuk surat kabar hehe.. DJ berceloteh di depan dengan suara yg lunak dan lantang... memang pro DJ sorang ni.. kalau ada sesiapa yg nak tempah utk apa2 majlis pun boleh... sangat professional dengan tugas nya...

brass band dbkl telah mengambil tempat.. penari kebudayaan dbkl yg cun2 dan hensom2 tu pun dah standby utk buat persembahan . kata DJ masih mood raya.  persembahan tarian sebelum kayuhan juga tema riang ria hari raya.. ramai la juruphoto berlungguk di depan kami utk mengambil gambar persembahan tarian... abah pun tangkap la sekeping dua..

bila tiba masa yg di tetap kan upacara flag off pun di lakukan menandakan kayuhan bermula.. tak ada vvip .. ada yg meluncur laju ada yg bergerak perlahan ada yg masih berbual di tepi jalan.. abah pun mula berkayuh.. sorang tanpa kawan.. tak laju dan tak perlahan ikut je rentak sendiri.. ini kayuhan pertama setelah cuti panjang.. jangan bagi urat2 terkejut hehe... selain berkayuh ada juga yg berlari, berjoging dan berjalan .. yg guna skate board pun ada.. tapi kelakar sikit beriadah guna skate board bermotor.. berdiri je atas tu benda tu bergerak sendiri.. keluar peloh ke ? hehe..

satu pusingan baru 7km .. ingat nak kayuh sebanyak mungkin pusingan perlahan2.. nak berbual pun tak ada yg kenal.. dalam asyik mengelamun tu abah di tegur sesaorang.. " salam bos kauuh sorang je ke?" bila abah toleh rupanya Izzudin , seorang pegawai teknologi maklumat yg pernah bertugas di bawah abah dulu ada juga la teman berbual sambil berkayuh.. macam2 topik keluar bila dah start bercerita... selepas dua pusingan kami berehat di depan KLCC pot wajib singgah setiap kali berkayuh.. dan pot wajib berswafoto juga.. nak tunjuk satu dunia Malaysia ada twin tower tertinggi di dunia.. ehh betul kan ?

berehat sekejap di KLCC , Suzrin dan  seorang lagi engineer abah dulu nizam sampai , wah dah berempat.. wah Suzrin dah guna RB.. mesti la laju lepas ni. kata nya baru beli online , baru firstime kayuh guna RB masih belum dapat rentak lagi . abah dulu berangan juga nak beli sebiji .. nak juga merasa kayuh RB. tapi kawan abah tak yakin abah akan guna nya selalu. RB ni sesuai utk kayuh jauh.. 100km ke atas baru seronok katanya.. abah pulak jenis kayuh utk riadah je ayat yg tak boleh tahan dengar tu.. " tak payah lah abah guna RB , abah bukan nya kayuh jauh pun nanti jadi tempat sidai towel je " hehe aduh pedih hehe.. tapi betul juga apa yg dia sebut.. abah berkayuh paling jauh pun 40km je ada sekali je cuba kayuh 60km .. sampai krem kaki di buat nya hehe..

bila masuk pusingan ke tiga tetiba seorang lagi kawan abah menjerit "beri laluan beri laluan rider laju laju.."  lebih kurang mcm tu la dia sebut.. ehh suara yg biasa abah dengar.. rupanya kawan abah aziz chikun .. dia memang seorang pengayuh yg abah kenal selama berkayuh ni.. suka mengambil gambar dan boleh di katakan konsisten berkayuh setiap hari bersama pasangan nya..

abah pun lantas berkayuh bersaing dengan dia sambil berbual.. kawan abah yg bertiga tadi mengekor di belakang. ehh ada juga kawan rupanya.. dalam sukan riadah berbasikal ni kita cepat dapat kawan stranger yg tidak kita kenal pun boleh jadi kawan kita secara spontan.. asal jangan berat mulut utk bertegur sapa. tak kira umur tak kira bangsa tak kira jantina.. semua boleh jadi kawan.. nanti bila dah beberapa kali terserempak berkayuh di program yg sama terus jadi buddy hehe..

di depan abah rupanya sorang lagi kawan abah berkayuh bersama pasangan nya.. abang din.. abah respek dia kerana dia dah lama dalam dunia kayuhan ni dan juga rajin buat touring keluar negara. cuma abah je belum berkesempatan utk turut serta.. dah berkali2 dia ajak pun.. takut abah yg selow ni menyusahkan mereka je nanti.. hehe alasan la tu..

hasrat nak berkayuh banyak pusingan tak kesampaian .. bila dan jumpa kawan2 banyak benda yg nak di bualkan. kayuhan pun jadi perlahan dan akhir nya menamatkan setelah tiga pusingan.. dapat lah lebih kurang 20km ok la tu selepas cuti panjang.. selain kawan berkayuh abah terserempak juga dengan kawan yg aktif berlari.. mula2 jumpa ar amin , kemudian Wahid dan Azmi.. kalau ajak berlari memang abah serender awal2 la.. Wahid kata dia buat 3 pusingan je.. ehh sama jarak abah berkayuh.. memang respek lah..

tak ada selfie ke ? mau dia tidak hehe

selfie pertama lepas daftar

di garisan permulaan 

sebahagian peserta barisan depan 

sebahagian penari budaya

pot wajib selfie

bersama izzudin

bersama izzudin suzrin dan nizam 

bersama Aziz

ar Amin 

bersama Azmi juga rajin berlari 

tak sangka berjumpa Wahid

selfie terakhir bersama abang din

SEKIAN 

2 comments:

Fahmi mohd razari said...

Terjumpa blog tuan setelah dok lompat2 link

zino said...

terima kasih fahmi melompat masuk blog ni .. hehe