Monday, July 8, 2019

DOA IBU... HAJI 1440

Assalamualaikum....

Satelah lawatan singkat ke Melaka baru2 ni kami terus balik kampong. Tapi sebelum balik kami beli ole ole utk mak dan ayah. Ayah cukup suka cucur udang Alor Gajah.. sengaja kami lencong ke sana utk beli cucur udang. Seronok bila tengok ayah dan mak makan.. sedikit sumbangan utk buat mereka gumbira..

Semasa duduk sembang2 kat serambi, niat hati memang nak bagi tau plan kami  dan nak mohon mak ayah doakan... Belum sempat abah buka mulut , ayah dah tanya... ehh macam mana ayah dah tau ( dalam hati ) . Abah pun cerita lah status terkini.. di akhir cerita abah mohon mak dan ayah tolong doa kan semoga semua nya berjalan lancar dan berjaya...

Dan sebentar tadi semasa nak balik dari sarapan abah terima panggilan.. "permohonan en telah di luluskan , en boleh datang ambil surat tawaran... " Allahukbar syukor ya Allah.. menitis air mata abah bila mendapat berita tu..

Mak , Ayah.. kami dah berjaya .

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Dapat panggilan menunaikan Haji ya?

Alhamdulillah... :)

zino said...

alhamdulillah

Siti Awadah said...

alhamdulillah.. tahniah.. 1st time datang sini. Done follow blog.. jemput singgah blog saya dan followback bila free nanti ya.. terima kasih :)

insan marhaen said...

tahniah kerana berjaya ke sana.

saya juga suka makan cucur kodok. feveret sejak kecil.

apa-apa pun salam kenal dan salam blog!

zino said...

siti awadah
terima kasih.. nanti saya buat kumjungan balas

zino said...

acik erna
alhamdulilah

zino said...

insan marhein
terima kasih sudi singgah blog abah ..

worldfree4u-lol.online said...

Download Latest Released Movies In FHD 1080P