Tuesday, September 12, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO Episod 6



6.0 TASIK BLAUSEE

Perjalanan dari Freiburg ke Tasik Blausee mengambil mata lebih kurang 2.00 jam. Sepanjang perjalanan kita di hidangan kan dengan pemandangan  menarik di sepanjang jalan. Semasa dalam perjalanan Nina dah bagi tau awal awal nak sampaike Tasik Blausee kena hiking sikit.. tapi tak ada teruk macam nak ke tasik Dayang Bunting di Langkawi , berpuloh anak tangga ke panjat hehe.. Dari jauh dah ada wow !! Bila nampak tasik ni. 

Dari jauh dah nampak nama Blausee

Laluan mendaki dan menurun jalan je pelahan lahan

Mak hajjah laju je .. boleh ajak hiking nanti ni.

Tasik Blausee, juga di kenali sebagai tasik biru terletak di Bernese Oberland, Kandergrund Switzerland. Tasik ini terletak pada ketinggian 887 m dan berkeluasan 0.64 hectares ( 1.6 acres) Dalam maksimum tasik ada lah sekitar 10 m. Mengikut cerita legen, tasik ini terhasil dari air mata seorang perempuan yg terlalu sedih kerana berpisah dengan kekasih nya.. Tak boleh nak bayangkan berapa lama perempaun ni penangis utk menghasilkan air sebanyak itu.. 

Tapi abah memang jatuh cinta pandang pertama tengok air tasik ni. Jernih sejernih2 nya boleh nampak ikan berenang di dalam tasik, malah kita boleh nampak sehingga ke dasar tasik. Kalau lah ada yg sedang menyelam di dasar tasik tu kita boleh nampak dari tebing tasik. Persoalan nya macam mana dia boleh kekalkqn air sejernih it. Abah terus banyakan air di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur. Perbezaan nya saperti utara dengan selatan, jauh sangat. Adakah semula jadi memang jernih dan berwarna biru atau di lakukan sesuatu sehingga kekal jernih. Pakcik google kata di sebabkan air mata perumpuan bermata biru tu buat air nya jadi biru. 

Kena lah di rakam.

Bergambar bersama mak hajjah.

Mak hajjah pun dapat ramai


Rehat dulu.


Satu lagi view yg cantik 

Kat sini tak ada bot macam di Titisee tapi aktiviti bersampan di benarkan.. 
kena lah sewa.

 Di sudut mana pun bergambar memang cantik 

Selfie pun cantik hehe

Buahhati pengarang jantung abah dan mak 

Ini view dari seberang sana tasik. 



Bila sampai ke Tasik Blausee ni dah lewat petang, pada jangkaan tak sempat nak sampia ke hotel utk solat jamak dan kasar. Maka kami di nasihatkan supaya bersolat di sekitar kawasan tasik ni. Ada satu kawasan lapang yang di cadangkan kami bersolat. Selain kami ada juga nampak mak arab bersolat di kawasan yg sama. Kawasan tu tak la besar tapi boleh la solat bergilir2. Masing masing dah siap sedia dengan keperluan utk solat. Bila kita bermusafir kita sesuaikan keperluan mengikut keadaan. Pemandu pelancong akan sentiasa update waktu solat di setiap tempat persinggahan. 

Sampai masa nya kami meninggalkan Blausee.. DANKE 


Dari Tasik Blausee kami terus ke Interlarken . Menginap di sebuah hotel yg terletak di tanah tinggi dengan view yg menabjubkan. 

BERSAMBUNG












1 comment:

Mulan said...

Subhanallah cantiknya semua