Wednesday, September 6, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO.. episod 1

1.0 PENDAHULUAN. 

Wabak covid yang melanda seluruh dunia sekitar tahun 2019 hingga 2012 membuat kan semua sistem berhenti.. Sistem pengangkutan seluruh dunia terhenti.. Tidak ada sesiapa yg boleh bergerak merentas negara.  Kapal terbang pun tersadai.. Pilot menganggur..!! Masing masing negara menguatkuasakan peraturan ketat utk merentas negara dan melaksanakan amalan pintu sempadan tertutup.. 

Industri pelancongan terjejas teruk.. lumpuh, industri penerbangan juga lumpuh.. Hotel hotel , pusat2 peranginan, restoren , pusat2 hiburan dan segala yg berkaitan semua nya lumpuh.. Ramai yang hilang pekerjaan.. hilang punca pendapatan dan sebagainya.. Rakyat pula berkurong dan di larang kluar rumah.. ( dalam pada tu ada juka sektor yg bebas dan menjadi punca penyebaran)  pelbagai istilah di gunakan.. utk mengurangkan pergerakan.. PKP PKPP PKPD dll. 

Work from home di perkenalkan. WFH,  Mana2 jenis kerja yg boleh di lakukan di rumah pekerja tidak perlu hadir di pejabat.. Ada juga yg menggelerkan hari2 yg boleh dtang ke pejabat.. Bila WFH perlu lah ada displin yg tinggi utk mengadap komputer dan menyelesaikan tugasan yg di berikan dari rumah. Dan sampai sekarang pun masih ada pejabat yg meneruskan amalan WFH.. Industri makanan pun bercambah buat persediaan di rumah dan di jual melalui perantara rider.. ( penghantar makanan).. membuka sumber pendapatan baru kepada anak muda ( yg tua pun ada) .

Kes jangkitan akibat covid meningkat mendadak.. Hospital2 di penuhi kes covid.. malah tidak mencukupi utk menampong kenaikan pesakit yg tinggi.. Kes kematian juga tinggi.. Pusat2 kurentin juga perlu di sediakan dengan banyak.. Bagi kes ringan dan sederhana di tempatkan di pusat ni tanpa perlu ke hospital.. ( tapi menyediakan kemudahan saperti hospital) 

Apabila vaksin berjaya di hasikan ( walaupun tak cukup matang) , masing masing negara berlumba2 utk mendapatkan awal.. rakyat perlu di selamatkan.. krisis perlu di hentikan..( segera) .. Vaksin mula di suntik ( wajib utk semua warga dewasa) kes kes kematian akibat covid mula terkawal.. Semakin ramai yg di suntik semakin kurang kes di rujuk di hospital.. ( boleh la bernafas lega) sehingga sampai lah satu keadaan menjadi stabil. Pedemik bertukar endemik . Virus covid masih ada tapi ia bukan lagi satu ancaman. 

Apabila keadaan makin stabil , peraturan pergerakan mula di longgarkan.. sehingga sekarang kita telah bebas utk kemana saja kita suka.. Tiada lagi SOP ketat yang perlu di lalui, bila merentas negara.. tiada lagi sekatan, malah tidak di WAJIB kan utk memakai mask utk kemana2 kecuali beberapa tempat. Masing masing yg madih memakai mask adalah atas kesedaran sendiri.. 

Langit kembali di buka.. kita bebas utk melancong ke distinasi pilihan..  JOM KITA.  !!! 

nak poi mano lak tu ? 




No comments: