Showing posts with label buka minda anda... Show all posts
Showing posts with label buka minda anda... Show all posts

Thursday, December 31, 2009

hadiah tahun baru ke??

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

what's next???

Tuesday, May 19, 2009

walkabout

semalam zino ikut kumpulan kerja berjalan kaki dari hq ke KLCC melalui beberapa kawasan jalan dan bangunan.. tujuan nya ialah untuk mencari dan membentuk satu rangkaian pejalan kaki bersepadu di sekitar ibu kota.. meningkatkan kemudahan yg ada memberi keselesaan dan keselamatan dan menggalakkan warga kota berjalan kaki demi untuk kesihatan....

sepanjang perjalanan tersebut masing masing akan mengambil gambar, merekodkan apa saja yg di temui, sama ada halangan, potensi laluan, keadaan sedia ada, kemudahan yg perlu di pertingkatkan dan sebagainya.. so kepada warga kota yg prihatin, mari kita tengok gambar2 ni dan cuba cerita kan apa yg anda tau tentang gambar2 tersebut..

Photobucket
gambar 1

Photobucket
gambar2

Photobucket
gambar3

Photobucket
gambar4

Photobucket
gambar5