Showing posts with label gotong royong... Show all posts
Showing posts with label gotong royong... Show all posts

Saturday, April 2, 2011

kami akan berpindah...

Jabatan kami dapat notis berpindah sejak Dis lagi.. tuan tanah kedawong beri kami tempuh 6 bulan utk get out !!!.. kabar nya dia nak renovate keseluruhan pejabat 34 tingkat ni dan membina sebiji lagi bangunan pejabat bersebelahan setinggi 34 tkt juga la kot.. nak tiru twin tower la tu... tokei kaya raya lah katakan...itu zino agak2 je lah... selepas dapat notis tu pencarian pun bermula...

Bos kata cari lah mana2 bangunan utk di sewa tapi perlu penuhi syarat2 berikut... dekat dengan HQ kata nya walking distance.. supaya dia boleh mengadap big bos dengan pantas bila bila masa di panggil, mesti ada pengangkutan awam, utk kemudahan staff dan orang ramai.. mesti ada kemudahan parking, mudah nak cari tempat makan....yg ni zino setuju sangat hehe.. dan pendek kata serba serbi nya mudah la....

cari punya cari ..akhirnya dapat lah tempat yg boleh memenuhi kesemua syarat di atas... makna nya kena pindah dekat2 je dari opis sekarang.. dulu zino dah cerita macam mana zino dapat kan tempat ni.. so tak payah cerita la.. cerita selalau nanti ada pihak yg kecil hati.. hehe nak terus cerita persiapan utk pindah... arahan pengurusan.. pindah lah macam mana cara pun tak dengan kos yg paling minima... pengurusan pun letak syarat... tak boleh ada ubah suai lagi terima je se adanya, tak boleh guna mover gotong royong je sesama staff, tak boleh itu tak boleh ini... maka kami pun sekali lagi cari jalan penjimatan kos... tenaga staff akan di kerah sepenuhnya.., lori pun minta bantuan jabatan yg memang banyak lori hehe, arahan dah di keluarkan supaya staff lakukan operasi sisih terlebih dahulu, jangan di angkut sampah sarap hehe.. kotak akan di bekalkan.. mana2 kotak 2nd hand tu sila gunakan...
bila ada semangat gotong royong rasanya segala yg berat akan menjadi ringan.. yang susah menjadi senang.. yang rumit menjadi mudah ..... ayuh kawan2 semua mulakan tugas masing masing... jangan tunggu last minit, jangan tunggu semua tersedia di depan mata, jangan bercerita benda yang remeh temeh, jangan mencari alasan , jangan menyusahkan orang lain, jangan jangan jangan.... kita kan satu keluarga... berlebih kurang la.. bertimbang rasa bekerja sama... bak kata pepatah.. bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat..

gambar2 dari google...

Monday, December 14, 2009

balik kampong...

pagi tadi kami balik kampong .. ada majlis kenduri di rumah kakak sepupu.. anak dia yg ke 9 kawin... entah bukan zino yg kira terdengar ada yg bertanya.. hehe zino dah lost count berapa anak buah zino dari famili ni.. hehe 11 kot hehe.. hajat hati pun memang nak balik awal.. biasa la bila kita lambat sampai ada lah yg menegur hehe..

pepagi dah menghantar fizah ke tempat belajar kereta tu.. hari ni dia ada lecture pasal driving.. syarat wajib sebelum boleh ambil L.. tadi fizah kata satu hari yg memboringkan.. hehe lepas urusan fizah selesai baru kami sarapan.. mem pulak teringin nasi lemak di kg baru.. layan je lah.. lepas tu baru boleh balik kampong.. dah pukul berapa tu... bila sampai ke kampong , dah nak makan pangkal... makan pangkal ni di khaskan utk semua yg bertugas dan semua sanak sedara di kampong sebelum tetamu datang.. biasa nya jam 11.00 dah mula ..

memang lah kena tegur hehe sampai sampai je terus makan pangkal menolong nya tak!! hehe nak buek cam mano , kito ado anak yg perlu di uruskan bukan sengajo pun hehe.. alasan ni boleh terima la kot.. kalau tak tak habis la orang kampong menyebut nanti.. nak buek cam mano kan..masak memasak masih lagi bergotong royong.. masih ada yg pandai masak di kampong tu.. masakan pun sodap.. ada yg zino tengok berselera betul makan.. bertambah tambah.. tak apo lah selagi ada selera utk menikmati makanan tu silakan makan lah sepuas2nya..

biasa nya selepas makan anak anak muda akan membantu menguruskan majlis, ada yg bertugas membasuh, ada yg bertugas membuat air, ada yg mengemas pinggan cawan di dewan makan.. bukan dewan tapi kemah makan.. ada yg menguruskan lauk pauk utk di tambah dalam bekas yg telah di sediakan.. teringat zaman kami dulu.. semua bekerjasama menguruskan majlis.. tadi pun zino turun membantu di mana patut.. kena balas balik la sebab datang lambat kan. hehe.. tapi lebih kepada supervisor kepada anak muda.. bila suruh alang bantu.. dia terus menghilangkan diri.. kekok betul dia nak membantu.. anak orang bandar lah kata kan hehe..

cuma hidangan di sediakan secara bufe.. tidak lagi di hidang macam dulu.. kalau dulu lauk pauk di sediakan dalam piring dan di susun di atas meja, ikut susunan empat orang satu tempat.. lepas tu nasi di sediakan dalam bekas.. lauk pulak boleh tambah.. kaedah ni memerlukan ramai petugas, sama ada melayan tetamu, membasuh dan menyediakan lauk pauk.. serta utk mengangkat pinggan piring yg telah di guna dan di ganti dengan yg baru.. suasana dulu cukup meriah.. tak ingat last sekali dulua majlis siapa agaknya sebelum beralih menggunakan kaedah orang bandar ni hehe.. di separuh tempat khidmat keterer telah pun di gunakan..

satu perkara yg tak tak ujud lagi di kampong ni.. acara menanam.. bukan tanam padi tuan tuan.. hehe tapi kaedah nya bila sedara buat kenduri kawin sedara lain akan bawa beras, gula, telur, kelapa, atau apa saja lah yg boleh membantu sedara dia.. tapi semua yg di bagi tu akan di catitkan.. bila masa sedara yg memberi tadi kenduri maka barangan yg sama akan di bawa pulak..sebagai ganti.. ok paham tak kaedah menanam ni tuan tuan.. ? so bila nak kenduri masa berkampong tu tuan rumah akan beritau keperluan dan kekurangan .yg dia mahu.. . maka sedara yg lain tu membantu melihat kepada rekod barangan yg telah di tanam dulu untuk di balas kembali .. atau dia yg bercadang nak menanam.. semangat gotong royong ni yg telah lenyap sekarang...

pernah tak perkara ni di lakukan di tempat anda??