Showing posts with label kenduri... Show all posts
Showing posts with label kenduri... Show all posts

Sunday, December 6, 2009

tiga dalam satu..

sebagaimana plan asal.. hari ni zino berjaya memenuhi tiga jemputan..

pertama
paling dekat , buka pagar je dah boleh makan.. oops nanti dulu cari taun rumah dulu.. hehe rumah yg kenduri kat hujung sana tapi kemah nya melangkaui rumah kami.. kebiasaan nya macam tu la.. bila kami yg kenduri dulu melangkaui rumah dia juga hehe.. bagitu lah hidup berjiran.. cepat cepat beritau tuan rumah kami ni ada beberapa jemputan selepas ni.. jiran jiran lain yg tak ke mana mana turut membantu.. so kami dapat ini..

boleh pakai idea ni kan hehe

kedua..
yg ni CC kat opis zino tu.. anak dia le yg kawin.. banyak membantu dalam urusan kerja harian.. tak kan le bos dia tak datang kan.. hehe bila baca plan yg di bagi tu zino dah boleh agak bakal sosek nanti ni.. terlalu banyak detail cuba di masukkan dalam plan yg kecik tu.. dan terlalu banyak jalan yg di catitkan boleh sampai ke rumah dia.. akhirnya zino decide nak ke sana melalui MRR2 dan cheras baru.. selepas roundabout ke 3 terus hilang panduan.. hehe plan dalam kad tu dah tak boleh membantu .. aa sudah.. ke mana pulak nak di arahkan.. maka lepas tu trial and error pusing punya pusing akhir nya berjumpa juga arah yg nak di tuju.. rupanya bukan zino yg sesat ramai yg sampai pun merungut sosek juga.. ada sorang makcik tu kata dia satu jam berpusing2 mencari..hehe dan kat sini zino dapat ini..

isi dia dah di keluarkan..

ketiga
dulu masa zino kenduri dia datang.. se lepas sekian lama tak jumpa .. masa memula kerja dulu kami duduk serumah.. duduk bujang di Taman Bunga raya setapak.. berpisah selepas sorang sorang kawin hehe.. dia salah sorang yg kawin lebih awal dari zino.. tapi zino yg potong dia bermenantu dulu hehe.. plan ke rumah dia mudah nak cari ..di shah alam sana tu.. cuma bila kami sampai majlis dah kat penghujung.. tengok kad sampai kol 4.. maka kalau sampai jam 3.30 kira on time lagi lah kan hehe .. dan kat sini kami dapat ini..

yg ni apa isi dalam nya ya tak cek pulak hehe

sekian lapuran utk hari ni...