Showing posts with label kisah nya... Show all posts
Showing posts with label kisah nya... Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

terserempak

sesuai ke tajuk macam tu.. ?? lepas habis baca boleh jawab ya.. hehe.. malam tadi tetiba sesaorang menegur.. biasa la kerana menjaga adat sopan bila di tegur kita menyahut.. maka bermula lah satu cerita.. soalan dia bertalu talu datang.. semua nya berjaya di jawab dengan berhati hati.. maklum la tak kenal pun lagi..
tetapi perbualan seterusnya makin menerangkan segala yg tersembunyi dan kabur.. dan perbualan dari JB dan KL menjadi semakin dekat sehingga ke SEMENDA.. apa itu semenda Maksu boleh jawab, Erna pun boleh jawab.. hehe.. itu nama ringkasan sekolah kami dulu.. semakin teruja nak tau lebih lanjut siapa kah?? dan akhirnya terungkai juga .. rupanya classmate mem masa sekolah dulu.. bila minta mem mengesahkan dia pulak dah agak kekaburan.. nama nama lain yg di sebut semua nya sahabat mereka semua.. hehe maklum la dah lama kot..
so agaknya lepas ni akan berlaku reunion antara mereka.. yg ni Erna yg boleh jawab hehe.. kalau ado sok den tumpang yo lah.. hehe.. itu lah satu kelebihan Facebook.. kepada Has nah.. semuga berjumpa semula dengan semua geng masa di SEMENDA dulu.. Erna boleh atur kan tu hehe.. so ok.. boleh ke guna tajuk tu...hehe

Sunday, March 14, 2010

pilihan siapa??



Dua hari ni kami di majlis perkahwinan anak sedara mem di kampong, semalam majlis bersanding di rumah pengantin perempuan, hari ni menyalang ke rumah pengantin lelaki.. majlis sederhana yg cukup meriah.. ramai sanak sedara yg hadir.. sehingga dari singapura pun datang.. tapi zino tak nak panjangkan kisah majlis ni tapi nak bincang bab pilihan..

anda kawin atas pilihan siapa? pilihan sendiri atau di atur oleh orang tua..? dalam keluarga zino ada dua adik zino bertemu jodoh di urus oleh pihak keluarga, atau sedara mara. dan kedua dua nya kekal bahagia sehingga sekarang.. dan inshaallah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. dan zino sendiri hampir di jodohkan dengan pilihan keluarga tapi tak menjadi. bagini kisahnya..hehe..

pada satu hari tu.. mak dan ayah zino bersama dengan sorang mak sedara (arwah mak maksu ) mengajak zino menziarah seorang sedara di satu tempat.. kata nya dia ada urusan dengan sedara tu.. sebenarnya zino tak kenal pun dengan sedara yg di maksudkan..masa kami sampai ke rumah tu sedara yg di maksudkan tidak ada di rumah tapi berada di kebun.. kama kami pun menyusur dia di kebun sebelum kembali semula ke rumah dia.. entah apa yg di bualkan zino pun tak tau.. dan zino langsung tak menyangka apa apa.. setelah sekian lama berbual sampai masa untuk balik.. dan zino masih tidak mengsyaki apa apa..

bila tiba di rumah baru ayah buka cerita, tujuan kami ke sana ada lah untuk merapatkan dua keluarga , sepatutnya masa di sana tadi zino di perkenalkan dengan anak sedara tu yg masih belajar di sebuah kolej.. dan zino masa tu dah kerja.. tapi malang nya sehingga kami balik anak nya tak sampai sampai hehe.. so segala program yg di rancang tergendala hehe.. ayah tanya zino dah ada sesiapa ke? kalau tak ada dia nak aturkan sekali lagi hehe.. terus zino cakap dah ada.. hehe so ayah tak membantah pun dan racangan tu tergendala bagitu saja.. sehingga sekarang pun zino tak kenal dengan siapa yg nak di jodohkan tu.. sekian cerita tu...

pengantin yg berkahwin semalam pun di atur oleh keluarga.. semuga kedua mempelai bahagia sehingga he akhir hayat.. amin..