Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

selamatkan rakyat Malaysia di Mesir..



KAHERAH 31 Jan. - Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok. Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.


Kerajaan asing bawa pulang rakyat dari Mesir

BEIJING 31 Jan. - Pelbagai kerajaan mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air menjadualkan satu penerbangan ke Kaherah hari ini.

Kementerian Luar Jepun berkata, pesawat yang disewa akan membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom. Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah.

Kementerian Luar Greece berkata, sekurang-kurangnya dua pesawat tentera sudah bersedia untuk mengeluarkan rakyat negara itu. Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki telah menghantar sebuah pesawat ke Mesir untuk membawa pulang rakyatnya. Kementerian Luar Jerman mengeluarkan amaran perjalanan ke Kaherah, Iskandariah dan Suez semalam.

20 maut rusuhan merebak di Mesir



2011/01/29

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan di seluruh Mesir apabila gerakan antikerajaan memasuki hari keempat, hari ini.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam perhimpunan antikerajaan di Bandaraya Suez. Di Kaherah, sekurang-kurangnya empat maut dan beratus lagi cedera. Sehingga sekarang, lima maut dan beratus lagi cedera," kata seorang pegawai perubatan. Angka kematian itu hanya dilaporkan di Hospital Qasr al-Aini sahaja.

Di Bandaraya Mansura di Lembah Nil, dua dilaporkan maut selepas terkena tembakan peluru getah ketika penunjuk perasaan mengadakan protes di jalan raya. Penunjuk perasaan semakin memuncak sejak empat hari lalu yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur daripada pemerintahannya selama lebih 30 tahun.

Kerajaan malaysia segera bertindak selamat kan rakyat malaysia yg berada di bumi Mesir sekarang ni..terutama di kawasan bergolak.... jangan bertangguh lagi.. keadaan kian meruncing.. sekurang2nya keluarkan mereka semua dari bumi mesir yg bergolak... jangan bertangguh lagi, kerajaan sana tidak berupaya mengawal diri apa lagi ingin membantu rakyat kita... kesian dengan mereka.. tentu mereka sentiasa dalam keresahan dan ketakutan... kalau perlu hantar Kapal Terbang.. segera bawa kalau perlu kapal laut segera bertolak sekarang..