
KAHERAH 31 Jan. - Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok. Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.
Kerajaan asing bawa pulang rakyat dari Mesir
BEIJING 31 Jan. - Pelbagai kerajaan mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air menjadualkan satu penerbangan ke Kaherah hari ini.
Kementerian Luar Jepun berkata, pesawat yang disewa akan membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom. Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah.
Kementerian Luar Greece berkata, sekurang-kurangnya dua pesawat tentera sudah bersedia untuk mengeluarkan rakyat negara itu. Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki telah menghantar sebuah pesawat ke Mesir untuk membawa pulang rakyatnya. Kementerian Luar Jerman mengeluarkan amaran perjalanan ke Kaherah, Iskandariah dan Suez semalam.
20 maut rusuhan merebak di Mesir