
tempat kunci..
bila kakak minta saya belikan makanan malam tadi baru perasan kunci kereta tak ada.. tanya mem nampak kunci tak? tanya adik.. tanya kakak semua jawapan sama.. tak..alamak mana pulak tercicirnya.. kebiasaan nya ada dua tempat je kunci tu bila balik.. sama ada di gantung kat dinding tu atau di letak atas meja.. sesekali masih tersimpan dalam poket seluar.. dan ada sekali dua .. masih terletak dalam kereta.. itu sekali dua je lah..hehe
jenuh mencari.. memikir pergerakkan balik tadi dari mana kemana.. memerah otak membayangkan masa balik tadi bila masuk apa yg di lakukan.. duduk kat mana, berjalan kemana.. semua tempat tu di jengok balik.. masih tak jumpa.. hari semakin malam.. kunci masih tak jumpa.. lantas minta mem keluarkan kunci spare dulu.. sementara kunci yg asal muncul.. keluar la ke kedai membeli nasi utk kakak dan adik.. kami rasa macam dah kenyang je makan di time square tadi.. balik dari kedai cuba pulak cari kat luar ..masih tak jumpa..
adik kata "mungkin tinggal kat time square tak abah" hehe.. "kalau tinggal kat sana macam manan kita balik tadi" hehe.. ah ha kan hehe.. adik pun kena kerah sama utk mencari , sambil baring je dia jawab tak ada abah.. cari nya tak hehe.. maka sampai masa utk menghantar fizah balik ke shah alam.. entah mana lah kunci tu.. kalau tak jumpa juga terbayang nak kena tukar set kunci kereta.. mana tau kunci tercicir kat luar dan telah di jumpai oleh sesaorang.. bahya tu..
balik dari menghantar fizah sekali lagi operasi.. bincang balik kemana pergerakkan zino selepas sampai rumah.. segala corok rantau dalam rumah dah di geledah.. cuba pulak fikir masa kat luar tadi.. berbekalkan lampu suluh yg tak berapa terang cuba pulak menyuloh di luar.. sebenarnya sebelum tu dah cari pun.. dah cuba cari dalam kereta , di bawah kereta.. dan sekitar kereta tak ada juga.. tapi nak juga tengok semula mana tau.. teringat ada buka peti surat.. dalam peti surat tu kosong je.. so pegi lah ulang tayang buka peti surat.. tersentuh la pokok pagar kat sebelah peti tu.. terdengar bunyi benda jatuh.. bunyi besi.. bila di suloh.. sah kunci kereta di dalam longkang.. macam mana dia boleh tersangkut kat pokok tepi pagar tu.. muskil.. mistri..
syukur alhamdulilah..