Showing posts with label rompakan. Show all posts
Showing posts with label rompakan. Show all posts

Wednesday, March 4, 2009

kes kedua....

Sekali lagi zino nak pesan dengan adik adik, kakak kakak, makcik makcik serta nenek dan opah... selalu lah berwaspada semasa memandu bersendirian.... nak tau kenapa??

Baru sebentar tadi mama (kakak yg menjaga hazwan) beritau, menantu dia yg sedang memandu bersendirian di bandar Sri Permaisuri, petang tadi telah di rompak dua jejaka hampeh semasa que dalam traffic yg bergerak perlahan berhampiran Q Bistro.. secara tiba tiba dua jejaka tadi memecah cermin sisi sebelah depan kiri kereta dia dan dengan selamba tanpa meminta izin mengambil beg duit menantu beliau dengan di saksikan orang ramai tanpa dapat membuat apa apa...rompakan berlaku di depan mata orang ramai!!!!

Kejadian ini mengingatkan zino kepada kejadian yg pernah zino tulis berlaku di Station minyak BP sebelum ini.. jarak antara dua tempat kejadian ini kira2 2 Km sahaja.. zino jangka berkemungkinan di lakukan jejaka hampeh yg sama.. nanti lah nak interview anak menantu dia tu bila ada kesempatan nanti..

so berhati hati lah.....