Isu ini telah di bangkitkan sekian lama.. tapi nampak nya penyelesaian masih belum di perolehi sepenuhnya.. masih banyak kerja yang perlu di lakukan.. baik di pihak pemilik dan pengendali bas , dalam kontak ini RAPIDKL dan juga pihak PBT .. perbincangan demi perbincangan telah di lakukan , lawatan tapak, retreat dan sebagainya.. tetapi masih jauh dari mencapai satu matlamat.. ada masih banyak kerja yg perlu di lakukan..
Pihak RAPIDKL telah menyediakan 100 bas yg di katakan mesra OKU, tetapi apa yg di sediakan rupanya masih belum mencapai tahap yg di katakan selesa kepada OKU.. pihak PBT juga di katakan perlu menyokong dari segi penyediaan kemudahan tempat menunggu yg juga perlu mesra OKU.. beberapa komiti telah di tubuhkan tapi masih belum ada keputusan konkrit... pendidikan dari segi pemahaman keperluan OKU perlu di teruskan kepada semua pihak, supaya kepekaan dari segi penyediaan kemudahan mesra OKU di titik beratkan.. tidak guna menyediakan kemudahan tetapi sebenarnya menjadi satu kesusahan kepada yg ingin menggunakan nya..
sekarang ini kita bercakap pula pasal universal design.. satu rekabentuk sesuai utk semua golongan , bukan lagi tgertumpu kepada satu satu golongan sahaja.. zino pernah menulis perkara yg sama sebelum ini tapi sehingga sekarang berasa agak kecewa kerana hasil nya masih belum kelihatan.. Walaubagaimana pun program hari ini memberi harapan baru kepada persatuan OKU dan pihak pihak tentang tanggungjawab masing masing demi memahami tugas dan keperluan OKU dan memberi keselesaan kepada mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa..
mari kita tengok gambar gambar ni....

ramp bagini bahaya kepada OKU

melihat kemudahan di lapangan..

sesi penerangan di hadapan bas RAPID..

pengangkutan khas utk OKU

sesi ronda ronda bersama bas RAPIDKL

ramp dari jalan raya ke hentian bas

gradient yg agak tinggi , bahaya kepada OKU

CEO RAPIDKL turun padang pemberi penjelasan..