Saturday, July 4, 2009

OKU dan anda...

Hari ni zino berpeluang menyertai program bersama OKU.. lebih kepada melihat keperluan OKU dalam pengankutan awam, terutama sekali bas.. supaya mereka juga berpeluang seperti orang lain bebas bergerak kemana mana tanpa sekatan dan kekangan..

Isu ini telah di bangkitkan sekian lama.. tapi nampak nya penyelesaian masih belum di perolehi sepenuhnya.. masih banyak kerja yang perlu di lakukan.. baik di pihak pemilik dan pengendali bas , dalam kontak ini RAPIDKL dan juga pihak PBT .. perbincangan demi perbincangan telah di lakukan , lawatan tapak, retreat dan sebagainya.. tetapi masih jauh dari mencapai satu matlamat.. ada masih banyak kerja yg perlu di lakukan..

Pihak RAPIDKL telah menyediakan 100 bas yg di katakan mesra OKU, tetapi apa yg di sediakan rupanya masih belum mencapai tahap yg di katakan selesa kepada OKU.. pihak PBT juga di katakan perlu menyokong dari segi penyediaan kemudahan tempat menunggu yg juga perlu mesra OKU.. beberapa komiti telah di tubuhkan tapi masih belum ada keputusan konkrit... pendidikan dari segi pemahaman keperluan OKU perlu di teruskan kepada semua pihak, supaya kepekaan dari segi penyediaan kemudahan mesra OKU di titik beratkan.. tidak guna menyediakan kemudahan tetapi sebenarnya menjadi satu kesusahan kepada yg ingin menggunakan nya..

sekarang ini kita bercakap pula pasal universal design.. satu rekabentuk sesuai utk semua golongan , bukan lagi tgertumpu kepada satu satu golongan sahaja.. zino pernah menulis perkara yg sama sebelum ini tapi sehingga sekarang berasa agak kecewa kerana hasil nya masih belum kelihatan.. Walaubagaimana pun program hari ini memberi harapan baru kepada persatuan OKU dan pihak pihak tentang tanggungjawab masing masing demi memahami tugas dan keperluan OKU dan memberi keselesaan kepada mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa..

mari kita tengok gambar gambar ni....



ramp bagini bahaya kepada OKU


melihat kemudahan di lapangan..


sesi penerangan di hadapan bas RAPID..


pengangkutan khas utk OKU


sesi ronda ronda bersama bas RAPIDKL


ramp dari jalan raya ke hentian bas


gradient yg agak tinggi , bahaya kepada OKU


CEO RAPIDKL turun padang pemberi penjelasan..

18 comments:

Princess Liyana said...

bgusla ada kemudahan bgini untuk OKU kan;)huhu

xiiinam said...

Di KL ada juga kemudahan untuk OKU walaupun tak begitu sempurna...
Kalau di bandar kecil macam Teluk Intan ni...lagilah kesian tengok golongan istimewa ini, kerana segala kemudahan tak mesra pengguna seperti mereka ini....

zino said...

Liyana
ada juga kemudahan yg di sediakan tapi OKU tak boleh guna..

cklah
itu lah rintihan mereka.. tiada kemudahan utk membolehkan mereka bergerak bebas..

Abang Long said...

Kewajipan setiap orang untuk menyediakan kemudahan sebegini.

Kekuatan, Kepuasan dan Kebahagiaan said...

Kasihan pada yang kurang berkemampuan.

zino said...

abanglong
betul tu..

zino said...

KKK
kepada yg boleh membantu hulur lah bantuan..

Zareda Norman said...

eloklah kemudahan untuk OKU ni diberi gerak gempur.. golongan OKU ni pun dah ramai yang profesioanal

Pok Li said...

Terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh dalam membela nasib OKU

zino said...

zar
betul tu

pok li
sama sama kita memberi bantuan..

ZARA 札拉 said...

aduhai..kan lebih baik kalau ia nya sgt selesa..ni kena perbaiki lagi ni~

tulipurple said...

moga usaha murni ini berjaya dgn telusnya....mereka yg sepatutnya dpt lebih perhatian dr semua.
syabass inspektor syaahab..eh,silap inspektor zino..hehe.

zino said...

zara
kita tidak melihat satu peperluan dengan kaca mata mereka..contoh mereka perlukan ramp, kita pun buat ramp.. tapi mereka tak boleh guna sebab terlalu tinggi, licin terhalang dan sebagainya..

pendidikkan kepada semua peringkat amat perlu.. bila beberapa kali bercakap berbincang dan bersama mereka melihat kemudahan sedia ada nampak sangat sebahagian kemudahan tu macam melepas batuk di tangga.. janji ada je..

tulipurple
terima kasih sebab tetiba je zino dapat pangkat hehe

RahimSabah said...

Salam - Teruskan usaha untuk membantu gulungan OKU ini. Hanya pihak yang berkuasa sahaja yang mampu untuk merialisasikan impian ini menjadi kenyataan , dengan syarat JUJUR dan IKLAS dari segala segi insyaallah , usaha murni itu akan di berkatiNYA.

Mr PenyuBiru said...

wah! CEO aku pun turun padang. mana² bas rapid yg ade tanda OKU tu,mmg design bas tu tuk OKU aa.

PerantauSepi1306 said...

tapi kemudahan OKU memang masih kurang lah bro... kalo shopping mall di alamanda nampaklah keperihatinannya.. tapi kalau di banyak tempat lain memang susah nak bawak OKU bersama.. hmmm cth KL sentral dan KTM... kata mesra OKU tapi laluan OKU pun nan adoo.. abih camno lah ayah den yg OKU tu nak tongkah platform.. sleeping berth pun kalau 2nd class nak bawak masuk kerusi roda pun tak muat... hmmm banyak lagi yang nak dipertingkatkan sebenarnya...

Jard The Great said...

suka tinguk gmbr2 neh.. sbb bnyk bole membantu OKU nnt..

Atiesya said...

macam tu lah nasib oku..tak semua tempat boleh pergi ...kekadang dengar je..tp nak gi tu susah..contohnya di komuter ada tulis dan gambar khas tempat duduk OKU( mereka lebih memerlukan dari anda)..tp yg sy nampak ramai org normal yg duk tempat tu..kalau nampak OKU buat2 tak tau je..kalau bernasib baik adalah yg bermurah hati bagi tempat duduk..itupun bangla dan India..kalau Melayu dan Cina tu jarang..ni pengelaman sendiri ni.so pk2lah selamat beramal..