Showing posts with label utk renungan... Show all posts
Showing posts with label utk renungan... Show all posts

Saturday, September 4, 2010

renungkan...

memohon doa

berlantaikan tanah

solat di mana saja no excuse..

walaupun di jalan raya..

Friday, April 10, 2009

bukan utk di bincangkan...

salam jumaat utk semua warga blogger..

mari kita dengar cerita ni.. oops baca cerita ni...tapi zino mendengar nya di stesyen radio semasa drive ke pejabat tadi.. sesiapa yg membuka stesyen yg sama mungkin juga sempat mendengar nya.. cerita telah saya ringkas kan dan olah semula utk tujuan penulisan.. tapi intipati nya tetap sama..

kisah nya seorang ayah dan seorang anak dara.. si ayah terkenal dengan panas baran , ego dan sebagainya.. si anak seorang anak yg baik, mendengar cakap ibu bapa dan bersopan santun..

bagini lah kisahnya...
tiga bulan sebelum habis periksa SPM si anak meminta izin ayah utk bersama kawan kawan makan makan di sebuah pasar raya tak berapa jauh dari rumah.. seperti biasa sikap ayah yg panas baran terus dengan ego tidak memberi kebenaran dengan alasan nya, si ibu memberi sokongan ke pada si anak , kesian dan bersimpati dengan kerja keras anak selama ini.. apa lah salahnya sekali utk bersama kawan2 selepas habis periksa.. bukan nya pernah keluar pun...

seminggu selepas SPM,
si ayah balik, mendapati si anak tiada di rumah.. terus bertanya si ibu kemana anak nya pergi.. ibu maklum bersama kawan, "kan ke dulu dia dah minta izin" si ayah bertanya lagi "di mana dia dapat duit?" si ayah mendapati duit yg di simpan di tempat tertentu hilang.. tanpa berlengah si ayah keluar mencari si anak.. dia terjumpa si anak di perhentian bas bersama kawan kawan.. dengan sombong dan egonya si ayah terus menjerit memanggil anak nya, bila anak menghampiri nya terus, panggggg!!!, singgah di muka anak sehingga berdarah hidung dan mulut.. si ayah terus memarahi dan bertanya kepada si anak di mana dia dapat duit? tapi si anak tidak menjawab mungkin sedang menahan sakit...... si ayah terus menarik rambut si anak sehingga terlucut tudung anak..

kawan kawan si anak terkejut lalu beramai2 memeluk si ayah dan merayu jangan memukul si anak yg tak bersalah.. sedih dan bersimpati dengan kawannya yg baik di perlaku bagitu oleh ayah sendiri.. datang seorang yg dari tadi memerhati lalu berkata..

"en. saya juga ada anak sebaya dengan anak en. saya tak tergamak nak melakukan sedemikian dengan anak saya, lebih lebih lagi di hadapan kawan kawan nya . en. telah mamalukan anak en. kalau pun anak en. bersalah, apa salah nya bawa dia balik dan di rumah dan lakukan lah apa yg en. rasa betul.. kalau di rumah adalah hak en. nak buat apa saja.. apa kata kalau ada orang yg memaki hamun en. di hadapan orang ramai.. "

si ayah tersentak, dan tersedar dari kesilapan nya, lalu memelok si anak, tapi masih bertanya di mana si anak mendapat duit dan akhirnya membawa si anak pulang.. di rumah si ayah terus bertanya di mana si anak mendapat duit..

si nak pun menjawab..
"ayah, setiap hari ayah bagi saya belanja 3 inggit, saya simpat dua inggit dan saya dah dapat kumpul 40 inggit, duit itu lah yg saya gunakan utk berbelanja dengan kawan kawan tadi.. saya tak ambil duit ayah, kan ayah dah pesan jangan mencuri, mencri tu kan berdosa ayah, pencuri akan di potong tangan.."

si ibu mencelah...
"duit mana yg awak cakap ni, kan ke duit yg awak simpan tu awak bagi saya utk di simpan.. ada duit tu saya simpan .... tadi kenapa tak tanya?"

di akhir cerita juruhebah kata...."bukan utk di bincangkan.."