Showing posts with label yunus badawi no bertuah tadiah tahun baru. Show all posts
Showing posts with label yunus badawi no bertuah tadiah tahun baru. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

aku punya.. oops ye ke...??


Seperti yg pernah aku uar-uarkan (atau war-warkan) atau senang cakap aku tertulis di blog aku ni pada 7hb Nov lepas, aku akan memberi hadiah kepada pengunjung yg ke 77,777 ke blog aku yg dapat membuktikan dialah org yg ke 77,777 itu. Bagi membuktikan dakwaan tersebut, anda dikendaki membuat screenshot ketika angka di site meter menunjukkan 77,777. Lepas itu beritahu aku di ruang Sembang-Sembang aku (shoutbox tulah). Bagi mereka yg ada emel, no hp, no tepon rumah atau BBM aku, bolehlah menghubungi aku selepas anda memaklumkan sekalian alam di shoutbox aku tu. Jika sah andalah org yg bertuah itu, anda dikehendaki menulis satu n3 di blog anda tentang blog aku yg sempoi ni. Macam biasa, silalah buatkan linknya sekali. Antara kandungan (bunyi mcm ada baby pula) n3 itu, anda dikehendaki memberitahu kenapa anda selalu (ya ke selalu?) ke blog aku. kalau nak score point lebih sikit, pujilah lebih2 hahaha Aku jangkakan angka itu akan dicapai sebelum hujung tahun ni. Maknanya minggu inilah seperti yg pernah aku beritahu salah seorg pembaca yg memberi komen bulan lepas. Oleh itu rajin2lah ke sini. Selamat berjaya!!!!

mungkin ramai yg kenal Yunus badawi, seorang menulis blog yg amat gigih.. menulis dengan gaya tersendiri dan mempunyai ramai peminat...secara peribadi saya masih belum berpeluang berjumpa beliau tetapi melalui persahabatan siber, beliau yg amat mudah mesra dan senang di dekati.. no wonder ramai peminat hehe..

saya dah lama tak masuk ke blog YB gara gara kes virus dulu.. bila saya link kan semula baru baru ni ada pulak pertandingan ni... http://yunusbadawi.blogspot.com/2010/12/sedang-dicari-pengunjung-ke-77777-ada.html kebetulan masa menunggu giliran adik gunting rambut tadi terai la masuk ke blog YB.. menggunakan BB tetiba tengok No 77777 yg kluar.... lepas tu tak tau macam mana nak save atau copy page tu.. hehe terus sms YB... bila balik cuba tanggap gambar guna camera.. oleh sebab halus sangat gambar pun tak le secantik mana.. tapi no tu jelas dan nyata.. terus buat posting dalam shoutmix YB...rasa macam bertuah utk hadiah tahun baru.... tapi bila baca balik rupanya ramai yg claim juga mendapat angka yg sama... macam mano ni YB ??? banyak hadiah nak kena prepare ni....