Thursday, December 30, 2010

aku punya.. oops ye ke...??


Seperti yg pernah aku uar-uarkan (atau war-warkan) atau senang cakap aku tertulis di blog aku ni pada 7hb Nov lepas, aku akan memberi hadiah kepada pengunjung yg ke 77,777 ke blog aku yg dapat membuktikan dialah org yg ke 77,777 itu. Bagi membuktikan dakwaan tersebut, anda dikendaki membuat screenshot ketika angka di site meter menunjukkan 77,777. Lepas itu beritahu aku di ruang Sembang-Sembang aku (shoutbox tulah). Bagi mereka yg ada emel, no hp, no tepon rumah atau BBM aku, bolehlah menghubungi aku selepas anda memaklumkan sekalian alam di shoutbox aku tu. Jika sah andalah org yg bertuah itu, anda dikehendaki menulis satu n3 di blog anda tentang blog aku yg sempoi ni. Macam biasa, silalah buatkan linknya sekali. Antara kandungan (bunyi mcm ada baby pula) n3 itu, anda dikehendaki memberitahu kenapa anda selalu (ya ke selalu?) ke blog aku. kalau nak score point lebih sikit, pujilah lebih2 hahaha Aku jangkakan angka itu akan dicapai sebelum hujung tahun ni. Maknanya minggu inilah seperti yg pernah aku beritahu salah seorg pembaca yg memberi komen bulan lepas. Oleh itu rajin2lah ke sini. Selamat berjaya!!!!

mungkin ramai yg kenal Yunus badawi, seorang menulis blog yg amat gigih.. menulis dengan gaya tersendiri dan mempunyai ramai peminat...secara peribadi saya masih belum berpeluang berjumpa beliau tetapi melalui persahabatan siber, beliau yg amat mudah mesra dan senang di dekati.. no wonder ramai peminat hehe..

saya dah lama tak masuk ke blog YB gara gara kes virus dulu.. bila saya link kan semula baru baru ni ada pulak pertandingan ni... http://yunusbadawi.blogspot.com/2010/12/sedang-dicari-pengunjung-ke-77777-ada.html kebetulan masa menunggu giliran adik gunting rambut tadi terai la masuk ke blog YB.. menggunakan BB tetiba tengok No 77777 yg kluar.... lepas tu tak tau macam mana nak save atau copy page tu.. hehe terus sms YB... bila balik cuba tanggap gambar guna camera.. oleh sebab halus sangat gambar pun tak le secantik mana.. tapi no tu jelas dan nyata.. terus buat posting dalam shoutmix YB...rasa macam bertuah utk hadiah tahun baru.... tapi bila baca balik rupanya ramai yg claim juga mendapat angka yg sama... macam mano ni YB ??? banyak hadiah nak kena prepare ni....


13 comments:

Mr PenyuBiru said...

bro, jangan risau. dengar citer YB order banyak swift tu. ade macam² kaler. saya dah chop kaler biru. hik3..

sayangsayangibu said...

tahniah... kitakita..(sbb ramaikan) mesti berlaga waktu masa tu..;p

Yunus Badawi said...

Kalau ramai yg nak swift bolehlah saya balik Tg Karang esok atau lusa utk tangkap beberapa ekor burung walit aka swift.

Bagi mereka yg pilih kaler biru mcm Penyuk, saya akan celup burung tu dalam nila

hahahaha

Terima kasih kpd semua yg telah mengambil bahagian.

zino said...

penyu..
nanti boleh lah kita buat club SUZUKI... konvoi beramai2 hehe..

sayangsayangibu..
menang juga ke.. tuah tahun baru hehe

YB..
kita tunggu SUZUKI di hantar ke depan rumah.. kalau YB nak kita ambik kat show room pun ok.. hehe..

Zareda Norman said...

bila dah ramai pemenang.. siapa cepat dia dapat.. hehehhe

Pok Li said...

Tak main nombor. Ha ha hak.

ikan emas said...

eeeee...

seronoknya tgk org gaduh-gaduh dan rebut-rebut ni..

zino said...

zar..
terpulang tuan yg nak bagi tu hehe

POk li..
yg ni bukan 4 no tapi 5 ok kot hehe

ikanemas..
biar penganjur penin memilih hehe

lupekanje said...

ingatkan zino yg nk bagi adiah tu tdi. hehe

kak Erna said...

boto lah..dah ado 3 orang dah bagi tau dapek no.tu..kono YB bagi sumo atau pun buek cabutan ni..

Yunus Badawi said...

Penganjur dah tak pening. Tapi saja tunggu tahun depan utk memberitahu keputusan supaya lebih suspen hehehe

zino said...

acik..
ada saudagar yg baik hati hehe

erna
terpulang kepada penganjur hehe

YB..
buat pilihan yg bijak.. jangan ada yg merajuk hehe

ckLah@xiiinam said...

Selamat terus melangkah ke 2011