Saturday, December 25, 2010

Drama yg tak mau di tuntun....

Watak : dua wanita dewasa bertudung..
Tempat : pusat komuniti..
masa: sekitar jam 10 pagi..

Wanita A memandu masuk ke kawasan bangunan dan memberhentikan kereta utk satu urusan, laluan sehala yg sempit, wanita B sampai terus hon bertalu2 tanpa menunggu wanita A menyelesaikan urusan, kemungkinan nak menurunkan anak atau sebagainya, bengang agaknya dengan sikap pemandu B, dia terus buat tak tau tanpa meneruskan niat urusan nya.. wanita B semakin tidak sabar terus hon tanpa henti, menarik perhatian orang ramai, kami hanya mampu menggelengkan kepala.

wanita A yg mungkin sakit hati dengan sikap driver di belakang tu terus buat bodoh tidak menggerakkan kereta, sengaja menambah api kemarahan kereta di belakang.. masa berlalu beberapa minit.. suasana hingar bingar dengan bunyi hon yg kuat dan bertalu talu.... lama selepas tu baru dia bergerak perlahan ke depan, wanita B memecut laju bila terdapat ruang dengan memekik BODOHHHHHHH dengan nada yg paling kuat ..

kami memerhati kemana dia nak pergi, tergesa gesa tidak sabar langsung menyakitkan hati pemandu didepan nya ..menyakitkan hati orang lain... last last park berhampiran pasaraya di depan.. ingatkan jauh sangat urusan dia tadi.... sekali lagi kami menggeleng kepala.....wanita A terus berlalu tanpa membuat sebarang urusan... hati dia juga terbakar agaknya...

ada komen?

11 comments:

lupekanje said...

hidup bermasyarakat ni kena banyak2 bersabar dan timbang rasa di samping jadikan budi bahsa yang baik sebagai amalan...kerana kita akan menjadi contoh kepada yang muda dan masyarakat lelain.

zino said...

acik..
tepat sekali..

debikdebuk said...

skrg ni semua org nak cepattttttt jer...

~mrs azmi~ said...

dalam hal tu yang wanita A tu pun salah jugak... mementingkan diri sendiri walaupun sekejap apa salahnya cari tempat yang sesuai sebelum lunaskan hal apa sekalipun

wanita B pulak terus gunakan kekecohan instead of minta baik2 pemandu A tu alihkan kereta

Kengkawan said...

drama betul..

sYazY_dZaiMa said...

kadang-kadang tolak ansur pun penting, maklum kita hidup dalam komuniti yang pelbagai. lain org,lain ragamnya, lain pulak masalahnya. :)

zino said...

debikdebuk...
takut ketinggalan hehe

mrsazmi...
perlu tolak ansur

andak.
memang satu drama pagi ni.. silap hari bulan mereka tu berjiran hehe

syazy
betul tu itu yg sepatutnya berlaku

Zareda Norman said...

dua dua selfish. Bila memandu jangan pentigkan diri sendiri aje.. dan janganlah menyusahkan org lain. zar mmg pantang kalau halang laluan, parking sesuka hati, masuk tanpa signal, suka brek brek di laluan laju.

kita tak kacau org, org pun tak susah sbb kita.. guna akai ler kan.. senang cerita hati pun tak sakit

zino said...

zar..
bersemangat ulasan tu hehe

Angah said...

wanita? huhuhu terkedu...

CikguZue said...

Mmg pun, sepatutnya ada rasa tolak ansur.
apa salahnya kalau wanita A tu cepat2 selesaikan urusannya, atau angkat tgn, atau tjk rasa bersalah sikit esp bila parking tgh jln mcm tu yg menyusahkan laluan org lain.

Dan apa salahnya kalau wanita B boleh kurangkan menghon tp lebihkan sabar, esp urusan yg dia nak buat hanyalah nak pegi shopping. lainlah kalau nak ke hospital or ada something urgent.