Wednesday, December 29, 2010

tahniah Pasukan Harimau Malaysia....

penyokong di Malaysia dari dataran merdeka.

macam nak perang

meraikan kemenangan..

Menyaksikan perlawanan bola sepak piala AFF SUZUKI CUP 2010 dalam final kedua secara langsung dari stadium Gelora Bong Karno Jakarta.. sangat mendebarkan.. setiap saat membuat hati bersebar debar.. terutama bila asakan demi asakan oleh pemain Indonesia yang terdesak utk menjaringkan gol.. syabas dan tahniah kepada pemain Malaysia terutama penjaring gol yg berjaya mengekang asakan bertubi2 Indonesia... walau pun akhirnya terlepas dua gol.. dan salah satunya di hadiahkan oleh pemain Malaysia secara tidak sengaja..tetapi aggregate akhir Malysia tetap menang..

ribuan penonton Indonesia yang membanjiri stadium tidak sedikit pun menggugat konsentrasi ke sebelasan pemain Malaysia, walaupun semasa ingin memasuki stadium mereka telah di bawa menggunakan kereta perisai, kerana bimbangkan keselamatan dari ribuan penyokong Indonesia yg menunggu kehadiran mereka di luar stadium.... walaubagaimana pun sepanjang perlawanan keadaan agak terkawal tiada kelihatan insiden yg boleh menjejaskan permainan kedua belah pihak.. mereka bermain dengan semangat sukan yg tinggi...

ini lah wira Malaysia yg telah berjaya merobohkan benteng pertahanan lawan dan menjaringkan beberapa gol untuk membolehkan Malaysia menjadi juara setelah menunggu selama 14 tahun... syabas dan tahniah kepada Safee Sali.. kesebelasan lain pemain Malaysia juga telah menunjukkan komitmen yg cukup baik...syabas kepada semua...

Jurulatih yg berani membuat experimen dan berjaya membawa kejayaan kepada Malaysia untuk menjadi juara setelah sekian lama menanti, semuga dia terus di beri kepercayaan dan terus membimbing pasukan harimau supaya terus cemerlang di tahun tahun akan datang dan ranking Malaysia di pesada dunia akan bertambah baik.. sehingga di satu hari nanti pasukan Malaysia di geruni semula..

pancaran lazer seumpama ini lah yg di katakan punca kekalahan pasukan lawan bila berhadapan dengan pasukan Malaysia, kabar nya di mana mana stadium lazer seumpama ini telah menjadi alat kepada penonton utk mengganggu pasukan lawan, baik di Malaysia mau pun di Indonesia.. adakah ini satu2 nya punca kekalahan pasukan lawan?? adalak gangguan lazer ini serious ? persatuan2 bolasepak perlu melakukan sesuatu.. supaya kerancakan dan kemeriahan bola sepak tidak tercemar dengan perkara yg tidak berfaedah ini..

Walaupun pasukan Indonesia telah mencuba bermati2an namun mereka tidak berupaya merobohkan benteng pertahanan Malaysia terutama penjaga gawang yg telah bermain cukup cemerlang.. cuba lagi di tahun lain..

Wira Wira Malaysia yang telah mengharumkan mana Malaysia terutama arena bolasepak.. yg telah sekian lama muram.. anak buah Rajagopal ini bagitu bersemangat dan komited dalam perlawanan akhir pertama dan kedua... walaupun di peringkat awal tewas 1 5 dengan pasukan Indonesia... semuga bolasepak Malaysia terus majujaya dan meraih kemenangan demi kemenangan di pesara serantau dan dunia...

kepada penonton malaysia teruskan sokongan anda, jangan sokong masa mereka meraih kemenangan je dan bila kalah dikutuk sehingga terjarap hehe.. ok amacam ada gaya tak menjadi pengulas sukan hehe... tetiba je minat boasepak hehe....

11 comments:

aNIe said...

Bolehlah... ulasan yang ringkas dan padat...hehehe...

Paling best yg last tu...

"kepada penonton malaysia teruskan sokongan anda, jangan sokong masa mereka meraih kemenangan je dan bila kalah dikutuk sehingga terjarap "

zino said...

anie
itu lah selalu kita dengar bila menang bukan main puji lagi kan hehe...

nak ulas detail tak pandai hehe

DrSam said...

satu permainan yang mendebarkan, namun Malaysia akhirnya menang dengan bergaya sekali. Tahniah Harimau Malaysia!

MOKCIK AZWA said...

Zino...dalam banyak2 ulasan tu, kata-kata terakhir itu paling best sekali...ayat itu sesuai bukan untuk sukan bolasepak sahaja tetapi untuk semua jenis sukan, badminton misalnya...sebab penonton kita bila menang dipuji berlebih2an...bila kalah..dikutuk hingga pemain kita jatuh terduduk...

apa pun...tahniah kepada jurulatih dan pemain2 kerana mereka kita dapat cuti esok hehehe...

zino said...

Dr sam
betul tu.. yg tak minat bola pun tetiba boleh minat hehe

azwa..
sokonga peminat bermusim... dan terpilih.. bila kalah sape pun tak indah lagi..

sahromnasrudin said...

syabas malaysia..safee sali memang hebat...

~ yus ~ said...

Saya pun seronok dengan kemenangan Malaysia malam tadi.

Paling seronok bila sepakkan penalti dari Indonesia tu tak masuk. Anak saya Arif sampai terperanjat nak menangis sakan dengar jeritan saya..huhu. Mana tak nya masa tu dia tengah nyenyak tidur di pangkuan saya, tiba-tiba ibunya menjerit "Yea!! tak gol!!...hahaha

UnGu VioLet said...

proud to be malaysian... :)

zino said...

shahrom..
boleh jadi lagenda bolasepak malaysia hehe

yus..
kesian baby hehe

ungu violet
betul tu..

kak Erna said...

betul lah..tetibo yo nak jadi pengulas sukan pulak..biaso e..tak pedulik bola sepak ni..he he..

zino said...

Erna
Sokongan moral utk harimau malysia hehe