Assalamualaikum..
Alhamdulilah... majlis peresmian Hentian Akhir Bandar Pasar Seni telah berjaya di sempurnakan... dengan rasa rendah hati saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis peresmian ini... banyak kata nasihat pandangan dorongan yang saya terima dari pelbagai pihak terutama pengarah yg terpaksa ke luar negara di saat saat persiapan sedang di jalankan.. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yangsama sama merancang merekabentuk dan membina hentian akhir bandar Pasar Seni sehingga siap..
Hasrat dan cita cita untuk menyediakan sebuah kemudahan pengangkutan awam akhir nya menjadi kenyataan.. semoga segala kemudahan ini dapat memberi satu impak kepada keselesaan dan kesejahteraan kepada warga kota apabila menggunakan pengangkutan awam... terutama sekali bas... sehingga akhirnya di satu hari nanti akan berlaku peningkatan berterusan penggunaan pengangkutan awam.
Majlis peresmian ini menjadi lebih bermakna apabila dua kementerian bergabung dan bekerjasama untuk menyempurnakan nya iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia . Perancangan dan perlaksanaan projek ini melibatkan banyak kementerian dan agensi. Projek ini adalah hasil inisiatif NKRA pengangkutan awam, yg di cadangkan PEMANDU bertujuan untuk meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian. Projek ini di biayai oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia dan DEWAN BANDARAYA di beri tanggung jawab sepenuh nya sebagai jabatan perlaksana. Perlaksanaan projek ini juga mendapat kerja sama dari pihak SPAD, PRASARANA , RAPIDKL dan lain lain agensi yg berkaitan..
akhir kata.. semoga satu hari nanti kerjasama erat yg telah di tunjukkan dalam menjayakan projek ini akan berlaku lagi di kalangan kita di masa masa akan datang. sekira nya dalam proses penyiapan projek ini dulu ada kata kata atau tindakan yang mungkin menyinggong perasaan , saya bagi pihak ahli pasukan bangunan ingin memohon maaf atas kesilapan ini. yg lain2 tu kita tengok gambar je lah ya....
THE END