Sunday, November 30, 2014

Gone

Mistri..

Pagi tadi sampai kedai perasan duit tak ada.  Petang ni baru perasan laptop dengan ipad pulak tak ada...

Macam mana boleh hilang.. dan siapa yg mengambil nya.. betul ke dah hilang ni..dah puas mencari tapi memang dah tak ada.. alang kata masa dia balik mlm tadi .. lpad atas krusi laptop atas meja..

Orang pecah masuk ke ? Terus check di bilik kakak bilik alang. Grill berkunci.. tengok bilik belakang pintu masih berselak.. pintu depan.?. Kemungkinan masuk pun masa saya kluar solat di surau.. saya tak kunci pintu ke.. atau tak tutup pintu langsung ..

Hilang segala memori ..gambar2 yg terkumpul sejak sekian lama.. memori melancong keluar negara dan dalam negara.. gambar2 keluarga.. gambar kahwin anak anak .. keleksi gambar cucu sejak lahir hingga besar ..

Segalanya dah hilang.. last backup yg saya buat beberapa tahun lepas.. laptop hadiah hari lahir dari mem. Ipad juga hadiah..

Jika yg terambil laptop dan ipad saya tu terbaca blog ni.. pulangkan la. Mengambil hak orang lain ada lah satu kesalahan ..

Friday, September 26, 2014

Padang Bukit Tinggi Paya Kumbuh.. episod AKHIR..

Assalamualaikum...

Tentu ada yang dah mula jemu membaca kisah yg berlarutan dari satu episod ke satu episod ni.. tapi tak apa ini mungkin episod terakhir kisah pengembaraan kami ke Sumatra.. sebelum kisah ini di tamatkan zino nak buat ucapan dan rumusan sikit hehe... 

1.0 Zino nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ezuan dan Ukwa Travel kerana merialisasikan impian kami nak ke Sumatra. Lain kali boleh plan ke tempat lain pulak ya.. Kata nya nak Ke bali la Krabi la Jepun la.. 

2.0 Terima kasih kepada Kamar Saidin dan keluarga kerana sudi ikut serta dalam lawatan ini. dan menangguhkan plan mereka nak ke Aceh katanya. Harap di lain masa kita dapat bersama lagi. Banyak shopping nampak hehe.

3.0 Tidak lupa terima kasih abah kepada Iyra dan Pena Rozie kerana sudi menyambut jemputan dengan notis pendek utk sama sama dalam rombongan kali ini. Harap sudi lagi ikut kami utk misi berikut nya.. Twin pun happy je dapat berjalan jalan.. cuma lain kali kena standby makanan kegemaran mereka tu hehe.

4.0 Tak lupa terima kasih utk mem dan ahli keluarga zino yg ikut sama. Harap kakak berpuas hati dengan program holiday kali ni.. Walaupun asal nya kakak minta ke Jepun hehe.. Terima kasih kepada mem yg sporting sediakan berjuta rupiah utk shopping.. hehe zino tumpang sikit je.. jangan tak ada kenangan kata orang tu.

5.0 Program lawatan kali ini pada pandangan zino sangat menarik dan berjaya. itu pun kalau kita suka alam sekitar. menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah yg maha Esa. Gunung ganang yg tersergam indah, Lembah yg terbentang luas. Sawah padi saujana mata memandang.. air terjun yg mempesonakan.. Jalan raya yg penuh cabaran. keluk 9 yang berliku.. keluk 44 yang mencabar.. tidak ketinggalan makanan yg enak sehingga masing masing letak diet ke tepi.

6.0 Bukit Tinggi terkenal dengan kehalusan seni sulaman nya.. Masing masing menjadi rambang mata yang mana satu hendak di pilih , dengan harga yang sangat mampu milik.. tidak mustahil masing masing pulang dengan beg yg bertambah.. kami memang standby dengan beg kosong pun hehe..

7.0 oops tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pak Ujang dan Pak In kerana merencana program percutian kami di Padang Bukit Tinggi dan Paya Kumbuh.. Ada banyak tempat menarik di sana utk di lawati.

8.0 terima kasih juga kepada Jonny Indra SSos MSi yg sudi menunggu kami di Paya Kumbuh. Walaupun persahabatan kita sebelum ini hanya di alam maya tetapi kemesraan jelas terjalin walaupun pertama kali berjumpa. 

ok la.. jom kita tengok gambar hari terakhir kami di Sumatra... 

Mee Soto yg enak.. tempat kita ada nasi impit 
tapi kat sini guna nasi.

bergambar di Jambatan Nurbaya 

pemandangan di tepi sungai..

ada juga kenangan bersama Ujang kalau tak asyik orang tu je bergambar berdua.. hehe

perkampongan nelayan ?

gambar terakhir di hotel sebelum bertolak balik.

hasil tangkapan.. 
hehe bukan zino punya tau hehe

ada yg nak ikut balik Malaysia hehe

happy nak balik

dah sampai....

THE END


Padang Bukit Tinggi Paya Kumbuh.. episod SEMBILAN

Assalamualaikum...


macam lama sangat di Sumatra sampai ke episod 9.. Selepas ke Harau Valley kami meneruskan perjalanan ke istana Basa Pagar Ruyung di Batu Sangkar.. Dalam perjalanan ke Pagar ruyung kami sempat singgah ke dua tempat ia itu di Kinoka home Industry (minum teh daun kopi ) dan makan pisang salai.. kemudian singgah pula di Hjh Rosma Embroidery (tak ada kaitan dengan Rosmah wife PM tu ya hehe) . di sini kami melihat sendiri proses membuat tenunan dan tempat sesiapa yg ingin belajar seni tenunan... kita tengok sape yg belajar di sana hehe

"cawan"

kita minum dulu

one for you one for me one for her

macam pandai je

aiman pu boleh

 retis la kata kan..

student yg hampir tamat kursus 
menenun kain 

student yg tak tamat2...
kena datang lagi utk sambung belajar hehe


instructor ke tu hehe

Perjalanan ke Pagar Ruyung melalui jalan yg berliku.. dan lama .. ada yg terlena ada yg melayan perasaan.. zino seronok memerhati alam sekitar mengambil gambar permandangan yg indah di luar.. ada yg sempat di rakam ada yg hanya sempat memerhati. Dimana ada kawasan lapang di situ ada bendang . pendek kata pertanian merupakan sumber pekerjaan utama masyarakat di sini. di lembah ada sawah di bukit juga ada sawah.. teringat masa kecil kecil dulu di kampong bersawah secara traditional menggunakan kerbau utk membajak.. ada juga kawasan yg menggunakan mesin kabota . kerbau besi kata nya.. Proses memajak menyemai mengubah menuai membanting menjemur masih menggunakan kaedah traditional yg pernah di lakukan di kampong2 dahulu. gambar gambar sawah padi yg sempat di rakam kita tangguh kan dulu kita terus ke pagar Ruyung di Batu Sangkar..











istana pagar ruyung

kisah istana Pagar Ruyong merupakan sejarah silam yg bermula dari tahun 1347 lagi.. bermula dengan kerajaan Puti Reno Jamilan Seri Laut sehingga ke Raja Tigo Selo.. setelah kemasukan Islam.

Semasa kemasukkan Belanda berlaku pertembungan antara puak agama dengan puak adat sehingga akhirnya istana Pagar Ruyung terbakar hangus. Di situ bermula nya sejarah kesultanan Di pagar Ruyung berakhir. kemudian dari itu pun istana Pagar Ruyung telah beberapakali terbakar.. dan di bina semula replika Istana ini. Bangunan yg sedia ada ini merupakan replika terkini yg di bina dan siap pada tahun 2013. 

sekian kisah nya... ini adalah tempat terakhir dalam siri lawatan kami. selepas ni kami terus ke Padang bermalam di sana sebelum pulang semula ke Malaysia.  




Thursday, September 25, 2014

Padang Bukit Tinggi paya Kumbuh...episod LAPAN..

assalamualaikum.. 

Kita masih di Paya Kumbuh.. setelah makan jagong di Jambatan Layang kami di bawa ke satu lembah yg di namakan Harau Valley waterfall. 

Harau Valley merupakan satu lembah yg subur dengan hamparan sawah padi yg terbentang luas.. ianya terletak berhampiran sebuah tebing bukit granit yg tinggi. menjanjikan satu pemandangan panoramic yg sangat cantik.. Malang nya bila kami sampai ke kawasan waterfall. air nya tak berapa banyak utk membentuk air terjun.. kelihatan air meleleh di tebing bukit yg tinggi. Terdapat juga beberpa gerai penjaja utk pengunjung yang datang berkunjung di sini. 

ada satu tempat di manakan tebing ECHO di mana kalau kita menjerit arah ke tebing bukit di hadapan akan kedengaran pantulan suara kita sayup sayup kedengaran dari arah tebing nun jauh di depan. nak masuk ke kawasan ni di kenakan tol.. entah berapa bayaran nya semua telah di urus oleh penandu pelancong.. ok la kita tengok gambar2 apa yg terjadi di sana..

alamak sendiri kena candid

waterfall

bersama Jonny

retis..

air tak betapa nak terjun

selfie juga tu

renungan 

tebing dan bendang

bendang

 tebing yg curam

merakam kenangan 

lagi satu

jauh nya 

dan lagi









test suara

selesai di Harau Valley kami meneruskan perjalanan ke Pagar Ruyung tapi sempat singgah di Kinoka home industry .singgah minum teh daun kopi dan pisang salai. sempat juga singgah ke Hjh Rosma Embroidery.. melihat sendiri kerja sulaman tapi harga boleh tahan juga di sini.



Wednesday, September 24, 2014

Padang Bukit Tinggi Paya Kumbuh.. episod TUJUH

misi seterus nya balik kampong.....

Akhir nya sampai juga hajat kami utk sampai ke kampong nenek moyang kami di PAYA KUMBUH Sumatra Barat. kalau di NS Paya Kumbuh merupakan satu kampong yg kecil.. di duduki oleh ahli keluarga zino dan sedara mara yg lain.. didalam kampong tu semua ada tali persaudaraan diantara satu sama lain. Cerita yang zino masih ingat moyang zino dulu datang dari PAYA KUMBUH Indonesia dan membuka perkampongan di sini.. di masa hayat nya beliau telah di lantik menjadi orang besar dalam pemerintahan Rembau. bergelar Dato Bandar.. Rumah mak kat kampong sekarang ni merupakan rumah Datuk Bandar masa tu.. di depan Rumah mak ialah rumah Undang Rembau yg kini terbiar tidak berpenghuni lagi. Pada masa dulu Jalan raya terletak di hadapan rumah di tepi sawah.. 

Perjalanan ke Paya Kumbuh dari Bukit Tinggi mengambil masa beberapa jam.. Paya Kumbuh merupakan sebuah bandar di north-east Bukit Tinggi. mempunyai keluasan 80 km2 dan penduduk seramai 123,000 orang. Bandar paya kumbuh di bahagi kepada 5 daerah PayaKumbuh Barat Selatan Timur Utara dan Paya Kumbuh Lamposi tigo nagori.

Tiba di Paya kumbuh kami di sambut seorang kenalan FB yg berasal dari Paya Kumbuh.. macam jumpa orang kampong juga la..

berjumpa kali pertama dengan Jonny

ini ada lah kali pertama saya berjumpa dengan Jonny Indra SSos MSi. dapat juga lah berjumpa dengan orang kampong hehe.. selepas lunch di satu restoren tepi sawah kami meneruskan perjalanan ke jambatan Kelok Sembilan yg terkenal di Paya Kumbuh. 

yg tinggal

Jonny buat promosi 

peace yo

tunggu jagong masak.. hehe

jagong manis yg enak

merakam kenangan

Jambatan layang

satu sudut lain

bersama Jonny dan rakan

jambatan yg berkelok

kelok 9 yg asal..
masih boleh di lalui utk elak tol 

van yg membawa kami 
ke semua distinasi boleh muat 16 orang 
termasuk driver dan pemandu pelancong 
dan dua kanak2

kereta Jonny di depan..

jambatan di lihat dari bawah


 aiman
ecah

sebagaimana yg pernah zino tulis sebelum ini keluk 9 adalah ruas jalan berkelok yg terletak kira2 30km di sebelah timur Paya Kumbuh menuju Provinsi Riau. Jalan ini membentang sepanjang 300 meter di lorong Aie Putiah nagari sarilemak.. sebelum di bina jambatan Jalan ni sentiasa sesak macam bukit Putus di Kuala Pilah.. Sebuah jambatan Layang telah di bina sepanjang 2.5km dan telah di resmikan pembukaan nya pada Oktober 2013 oleh presiden Susilo Bambang Yudhoyono . 

sekarang jambatan yg unik ini telah menjadi satu ikon dan daya tarikan pelancong ke Paya Kumbuh dan menjadi sumber rezeki penduduk tempatan.

lepas ni kami ke ke Harau Valley waterfall.. 
BERSAMBUNG