Monday, August 31, 2009

shopping .. round...1

salam semau,

cuti merdeka hari ni zino gunakan sepenuhnya utk shopping.. jalan pun tak berapa jem dan lancar.. dalam compleks biasa lah penuh sesak tapi di kaunter clear je.. alang di bahagian gent.. fizah di level ladies..ditemani mem.. zino dengan hazwan cari corner yg sesuai menanti hehe siapa siap dulu call abah,

alang masih ikut bajet.. selesai dulu.. baru lah fizah.. melampaui dua tahun punya bajet hehe.. lepas tu baru naik ke level children.. giliran adik pulak memilih.. adik yg baik ikut je cakap abah.. so dengan cepat selesai..

dalam compleks tu memang penuh sesak dengan manusia.. zino cuba elak sedaya upaya untuk tidak berada dalam kesesakan.. di kaunter nampak lega.. mudah dan pantas.. selesai shopping tak tunggu lama.. masing masing dah kepenatan.. terus balik..

tapi mem belum beli apa lagi.. makna nyha ada nanti round..2.. anda bagaimana dah setle ke shopping raya? hehe

Saturday, August 29, 2009

kena sorok...

bila seronok bermain "perang" dengan kawan kawan tetiba gempar satu kampong.. mana tak gempar tetiba si A hilang. jenuh le kami mencari mana si A seluroh ceruk kampong di selongkar dalam kegelapan malam tu tapi masih tak jumpa.. ada yg bawa lampu picit.. ada yg bawa unggun api.. kain yg di ikat pada sebatang kayu di celup dengan minyak tanah sebelum di nyalakan ..di atas rumah, di bawah rumah, di kawasan semak berhampiran semua di cari...

nama si A di panggil berulang kali.. namum tiada jawapan... perkara bagini bukan sekali berlaku tapi dah galak kali.. kadang tu jumpa bukan nya jauh sangat .. di belakang pintu je.. tapi bukan tak jengok kat situ sebelum tu.. dah abis semua tempat di selongkar tapi kenapa tak nampak..??

orang tua tua dulu kata di sorok orang bunyian, mak kata ada satu zaman dulu kala, orang kampong boleh berkawan dengan orang bunyian ni, kalau nak kenduri kendara boleh pegi pinjam alat kelengkapan kenduri dengan orang bunyian, pinggan mangkuk ke, piuk belanga ke sudu garpu ke semua nya boleh di pinjam.. tapi syarat orang bunyian ni, kata mak kalau barangan tu pecah tak payah la nak ganti.. tapi orang kampong berbudi bahasa ni nak juga ganti.. masakan kita dah pecahkan barang orang kita tak mau ganti.. lama kelamaan orang bunyian ni dah tak mau pinjamkan barangan mereka .. bila di ganti. orang bunyian ni beranggapan orang kampong dah mampu beli sendiri tak payah le nak pinjam dengan dia orang lagi..

berbalik kepada cerita kena surok tadi, ada sorang kawan zino yang kena sorok.. masa tu kecik lagi..dia kata ada seorang orang tua yang jemput dia ikut balik ke rumah.. di jamu dengan juadah bermacam bagai.. katanya rumah orang tua tu besar macam mahligai..tinggi lagi.. agaknya bila orang ramai terpekik terlolong mencari dia, maka orang tua pun suruh lah budak tu balik sendiri.. tetiba budak tu berada di atas pokok ara yg tinggi.. apa lagi budak tu pulak terpekik terlolong minta tolong.. macam mana nak turun pokok tu besar , mana dia tau.. bertambah riuh la satu kampong.. akhirnya budak tu berjaya di bawa turun dengan bantuan pakcik bomba..

ada banyak kisah di sorok bunyian ni berlaku zaman zino dulu.. cuma zino tak pernah la kena sorok.. mak kata orang bunyian tu hanya suka budak yg bersih dari sebarang kecederaan.. makna nya kalau ada calar balar kat mana mana "selamat" la dari di ambil orang bunyian ni.. nasib baik ada calar kat kaki ni hehe..

zaman sekarang dah tak ada dengar cerita macam ni lagi....

bersambung....

mercun





gambar dari blog sape tah tadi..
maaf tuan punya gambar di terbit tanpa izin..

kalau tak ada mercun mana nak meriah sambut raya... itulah yg kami nantikan bila ayah balik ..dari jauh kami tertinjau tinjau ada tak ayah belikan mercun.. biasa nya ayah akan belikan satu carton dan di bahagi antara kami adik beradik utk bermain.. bila nampak ayah balik dengan bag berisi mercun baru lah seronok utk beraya..

masa dulu kami kreatif juga dengan mercun ni.. tapi tak ada lah macam budak zaman sekarang mercun di jadikan bom sehingga putus jari jemari.. dulu mercun kami jadikan peluru pistol ciptaan sendiri.. habis la besi tangkai payung ke, kaki kerusi besi yg dah buruk ke atau apa saja besi yg boleh di jadikan laras pistol..dua batang mercun di masukkan secara bersilang dalam lubang besi.. satu sumbu mengadap ke depan dan satu lagi mengadap ke belakang.. bila di bakar satu meletup di muncung pistol dan satu lagi meletup 50 meter di hadapan..

apa lagi bila malam kami pun lawan perang perang.. malam hanya di terangi cahaya lampu buloh ciptaan sendiri.. dan susunan tempurong kelapa yg di bakar di jadikan unggun tempurung.... dalam cahaya samar memang amat sesuai utk "berperang".. tak ada pun yg putus jari, tak dengar pun masuk spital pasal mercum.. kami main cara berhemah.. ruginya budak2 zaman sekarang hehe..mercun pun dah di haramkan..selagi tak kena suruh masuk selagi tu kami terus bermain dalam kesamaran malam tu hehe...tapi bila bermain malam2 ini ada juga kisah nya...

kita tunggu kisah selanjut nya.....

Friday, August 28, 2009

baju raya..

salam semua,

awal sangat ke nak cerita pasal baju raya.. ? sebenar nya kami tak beli lagi pun baju raya ni.. baik adik, baik kakak atau kami sendiri sorang pun belum ada baju raya..

kalau zaman zino dulu 3 ke 4 bulan sebelum raya ayah dah tempahkan baju raya kami.. ingat lagi ayah akan bawa kami ke pekan koto tak jauh dari kampong tu..dan menempah baju dan seluar raya di kedai Bee Hin.. yang best nya zino , adik zino semua ayah tempah kain yg sama, sepesen je.. bila tempah ni ayah tak perlu nak bayar habis.. masa tempah tu bayar deposit je.. sempat la ayah kumpul duit.. bayar ansur ansur.. bila sampai masa, kami ke kedai jahit tu utk mengambil pakaian.. biasanya kena lah test dulu fitting ke tak?

ada juga sekali tu bila pakai macam seluar pinjam je hehe..gedebus.. kalau tak di pegang boleh jatuh sendiri.. salah ukur le kot hehe.. masa tu rasa macam nak nangis je.. kalau pakai raya nanti tentu ramai yg gelak.. kenalah tokei tu repair sana sini yg mana patut.. bila berjalan ke rumah sedara mara, semua akan menegur .. amboi anak2 pak long ni..semua pakai sepesen je.. macam boria..hehe itu kalau ke rumah keluarga ayah.. dan kalau ke rumah keluarga mak lain pulak kaedahnya.. hehe

bila dah besar masing masing dah tak mau sama kaler.. sanggup nangis guling2 tak mau boria lagi hehe.. malu konon.. malu sedara tegur.. malu dari jauh org dah perasan hehe.. bagitu lah kaedah nya.. teringat satu hari dulu pergi mencari baju raya along dan angah di jalan TAR tu.. satu kedai ke satu kedai tapi tak satu pun mereka berkenan... bukan nya apa, mereka nak cari sendiri.. tak mau lagi baju yg mak dan ayah sogok kan .. akhirnya kami give up.. terus aku bagi RM kat along, nah pegi cari sendiri, abah dan mak tunggu sini.. kami pun cari bangku duduk.. last last bila dia org datang bawa pilihan masing masing mem geleng kepala tak pekenan.. nak buat macam mana dia org yg nak pakai .. biar je lah hehe

sekarang adik je kami carikan baju dia yg lain tu abah tunggu kat counter je.. tapi masing di beri limit.. hehe.. bagaimana persiapan anda semua.. dah beres kot?

Thursday, August 27, 2009

Tempah kasut raya...

salam utk semua..

pernah ke dengar tempah kasut? lebih lebih lagi kasut raya.. hehe, kalau tempah baju raya tu biasalah , atau mungkin para artis yg tersohor mungkin juga pernah menempah kasut utk satu satu acara.. .. tapi ini kisah tempah kasut raya..

Masa zino sekolah rendah dulu, ayah dan mak merantau di Port Dickson, ayah bertugas di kem Sunggala, Port Dickson.. dan kami adik beradik yg bersekolah tinggal di kampong bersama uwan..(nenek) dan hanya pada setiap kali cuti sekolah baru kami ke Port Dickson. Pada satu masa tu semasa musim cuti kami ke port dickson, Yg zino ingat masa tu dalam darjah tiga ,kalau zaman sekarang sebut tahun 3 .. ayah membawa kami masuk kem, ayah tak duduk quaters dalam kem, tapi menyewa di kg baru Si Rusa tak jauh dari kem Sunggala..dia kata nak tempah kasut raya utk kami.. heran juga la.. tempah kasut..???

Bila sampai ke satu kedai tu.. agaknya kedai tukang kasut askar la kot.. tokei tu minta zino berdiri di atas sekeping kertas dan dia pun melukis ikut garisan kaki, perkara yg sama di buat pada adik zino yg lagi dua org tu..tertanya tanya lah masa tu adakah kasut yg di hasilkan sama dengan kasut ayah yg keras dan berkilat kilat tu?? mesti bergaya nanti tu dengan kasut yg berkilau-kilau..hehe

Memang seronok bila mendapat kasut boot yg di tempah.. nak tau berapa lama zino pakai kasut tu.. tiga kali raya tak tukar kasut..!!! agaknya tahun pertama pakai kasut tu berdebus berdebus je lah kerana di buat agak besar sikit.. haha.. tapi tetap perasan bergaya haha.. kasut kulit yg memang tahan lasak..sekarang tak tau la ada ke lagi tukang kasut jenis macam tu ? bersedia menerima tempahan? apa kabar agaknya orang2 di Kg Baru Si Rusa, Sunggala..? Orang PD mungkin oleh tolong jengok kesana hehe

anda bagaimana? dah ready ke persiapan raya..?

Wednesday, August 26, 2009

salam ramadan...

Sejak kebelakangan ni jarang dapat menulis dalam blog,.... kat office memang le terlampau sibuk sehingga tak ada masa nak berehat kalau tak diskusi.. meeting... kalau tak meeting ada lawatan .. semua perkara mengejar dateline.. menyelesaikan masaalah yang memang tak akan pernah selesai.. hehe

dan hari ni di paksa berehat.. dah pergi office pagi tadi tapi rasa tak selesa langsung duduk kat office tu.. bila cakap dengan bos dia minta zino balik rehat.. balik je terus zzzzzzzz.. sekarang rasa macam dah segar sikit... semuga terus ok selepas ni..

bagaimana puasa tahun ni..semuga kita dapat mengerjakan ibadat puasa dengan penuh rasa keinsafan dan ketakwaan..semuga ibadat puasa yg kita kerjakan di terima Nya..bazaar ramadan pun rasanya meriah.. tapi kami belum lagi berpeluang menjengok ke mana mana bazaar.. kalau hari2 kerja ni mem beli di tempat kerja..

sehingga berjumpa lagi salam..

Monday, August 24, 2009

salam ramadan...

Salam ramadan kepada semua..

zino nak share satu sms yang di terima dari seorang teman, dia sangat commited dengan kerja kerja dakwah dan menghidupkan surau di pejabat lama zino dulu dengan pelbagai program.. setiap tengah hari pasti ada majlis tazkirah.. sejak berpindah ke tempat baru ni zino jarang sangat dapat bersama berjamaah di surau tersebut dan dia masih memaklumkan sebarang program yg di rancang....

inilah sms yg di hantar..

"Bukti kasihnya Allah kepada kita, Di berinya bulan Ramadan bulan puasa al mubarak, Pahala sunat di ganti wajib, pahala wajib berlebih2 lagi ganda nya, Setiap amalan di beri pahala hatta tidur sekali pun.Pintu langit di buka seluas luas nya supaya semua doa Allah makbulkan. Nikmat tuhan yg mana hendak kita dustakan. Solat 5 waktu jangan di abaikan. Memang Allah kendak kita semua masuk ke dalam surgaNya tetapi kita sendiri yang enggan. Nikmatilah Ramadan ini sebelum ia berlalu pergi. kasih Allah sepanjang masa.."

Baru sebentar tadi ayah talipon, sebelum tu telah pun terima sms perkara yg sama, seorang sedara kami di kampong baru saja kembali ke rahmatullah.. sebelum ni setiap tahun kami akan berkunjung ke rumah dia.. nampak nya raya kali ni kehadiran kami nanti tanpa dia.. semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarhamah.. dan salam takziah kepada anak2 dan sedara semua..

Thursday, August 20, 2009

Selamat berpuasa..

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin.

“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

kepada semua sahabat , rakan dan taulan selamat menyambut kedatangan bulan ramadan dan selamat mengerjakan ibadat puasa dengan penuh tanda kesyukuran dan keinsafan.. semuga ibadat puasa kita tahun ini mendapat berkat dan di terima Allah.. amin

Monday, August 17, 2009

prinsip kena betul...

Salam semua..

Pagi tadi kak elle tanya kenapa tak jadi ke Melaka?..so ini penjelasan nya.. semalam tu bila mem kata nak ke Melaka zino tak tanya pun sure kawan opis dia yg jemput, tentu nak kawin anak dia lah tu.. so Zino on je.. bila kad kawin di berikan pada zino, baru terperasan jemputan tu bukan dari tuan rumah tapi besan tuan rumah, sebenarnya kawan mem tu buat kenduri di kelantan, melaka tu rumah pengantin lelaki..so dia jemput kami ke Melaka ..

bila zino tanya mem adakah kita akan ikut rombongan pengantin perempuan?, mem kata tak, pergi sebab kawan dia ajak ke sana.. pasal tak dapat datang ke Kelantan. zino kata kalau macam tu tuan rumah tak jemput kita la.. yg jemput tu bukan tuan rumah kecuali kita datang bersama rombongan pengantin perempuan..secara prinsip nya kita tak boleh hadir ke majlis kalau tuan rumah tak jemput..betul tak? kecuali kita menjadi sebahagian tetamu rombongan pengantin..

Atas prinsip itu zino kata tak mau pergi.. sebab tuan rumah tak jemput.. kalau anda bagaimana ? boleh ke kita pergi? atas sifat di jemput oleh pihak pengantin perempuan.. dan bukan datang bersama rombongan pengantin.. zino cukup berhati hati tentang perkara ni.. kalau tak berapa jelas zino tak mau datang.. dulu pernah sekali, tuan rumah hanya menyatakan anak dia nak kawin sekian hari bulan dan menyalang sekian hari bulan... lepas tu dia tak sebut pun jemput lah datang.. so zino pun tak datang sebab tuan rumah hanya memberitau anak dia nak kawin tapi tak jemput datang hehehe....

what say you?? betul ke apa keputusan yg zino buat tu.. benda ni pun kadang kala boleh menimbulkan kekeliruan dan perselisihan paham sehingga menimbulkan pertengkaran hehe..

Saturday, August 15, 2009

salam hujung minggu

Apa aktiviti anda dihujung minggu?? hari ni adik kata kena sekolah.. sekolah ganti katanya.. semalam dia tak sekolah.. dapat MC pasal batuk batuk.. tapi pagi ni bersemangat semula nak ke sekolah.. dah bekalkan dia dengan mask.. tak tau berapa lama dia akan pakai.. sebelum ni dah bagi satu .. habis hancur di kerjakan nya..rasanya kena stok sekotak besar ni.. hehe

sambil zino ber FB tadi kakak talipon, bertanya kabar dan sebaginya.. kakak memang jarang talipon.. zino pun sama.. bila ada hal baru kami bercakap.. dia merantau di SB.. so kakak perlukan bantuan.. tak perlu zino tanya lebih lanjut kenapa dan utk apa.. bila dia sebut saja zino terus kata OK.. selagi termampu .. setelah mendapatkan no akaun beberapa minit lepas tu zino maklumkan semua dah beres.. bila bila masa kalau kakak perlukan bantuan saya inshaallah tak akan di kecewakan.. setakat kemampuan..

esok mem kata ada jemputan di melaka.. amboi jauh tu.. zino tak tengok lagi kat mana.. tapi ok juga tu memang hajat pun nak balik kampong, nak jumpa ayah bonda , nak bawakan barang keperluan ayah bonda, dah sebulan tak jumpa...

apa program anda hujung minggu ni??

Friday, August 14, 2009

sampan wap.....

baru baru ni kami satu opis pegi naik sampan wap... oops tidak pegi makan sampan wap.. hehe.. orang putih cakap steam boat hehe.. tah kenapa di panggil macam tu tak tau le pulak.. memula ingat tak dapat sambutan maklumlah masing masing kena bayar hehe bajet pun kecik.. tapi bila zino sampai..(biasa la lewat) suasana sungguh meriah..

tak payah cerita panjang la.. kita tengok sebahagian gambar yg sempat zino rakam.. itu pun meja yg dekat2 je.. tak larat nak jalan perut kenyang hehe..tapi gambar2 tak berapa terang pasal terlupa kamera.. nak cepat punya pasal.. tapi lambat juga hehe..guna HP je.. jadi lah kan hehe









Wednesday, August 12, 2009

Nasihat Pak menteri...

Belum tahap 'darurat kesihatan'

Oleh HELMI MOHD.FOAD
pengarang@utusan.com.my

SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Tuesday, August 11, 2009

tetap manis tanpa gula..

Sejak seminggu ni kami tak jumpa lagi gula..
di kedai runcit tak ada gula,
di pasaraya tak ada gula
di hipermarket pun tak ada..

kemana pergi nya gula?
kenapa tetiba kekurangan gula?
sape yg simpan?
sape yg sorok?
sape yg guna?

restoren2 tak dengar pulak merungut tak ada gula
kedai kek tak ada pulak yg bising..
lain lain industri yg guna gula pun senyap je..

setiap tahun benda ni berulang..
setiap tahun cerita yg sama kita dengar..
siapa yg lebih berkuasa sebenar nya?
siapa yg kawal siapa ni?

tapi biar la..
anda tetap manis tanpa gula..
percaya tak? hehe

Sunday, August 9, 2009

anniversary

Salam semua..

semalam 8bh Ogos merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami, tapi sambutan nya tertangguh sehari .. dan baru selesai sebenta tadi..mem nak tunggu semua korum cukup baru nak sambut. sambutan biasa nya keluar makan makan beramai ramai..anak beranak kali ni mem teringin nak makan kat Marce movenpick resraurant, di the curve mutiara damansara..selepas perjumpaan dengan makcik blogger tepuh hari dia dah bercadang nak bawa anak anak makan kat sana..dia nak bawa je zino le yg nak kena bayau nya hehe..

semasa kami keluar, along masih kat rumah letih sangat baru sampai dari JB.. angah pulak masih di putrajaya..tapi akhirnya semua datang berkumpul..cuma kak long dan arifah je tak dapat joint sebab masih di JB..seronok je dia org mengoder dari satu menu ke satu menu.. hehe.. tapi nampak masing masing enjoy oder dan makan..

puas la hati mem dapat mengumpulkan semua anak anak dalam satu majlis, along berada di JB pun berjaya di pujuk utk balik awal.. bila mem talipon sorang sorang di tanya apa makna 8hb Ogos.. hehe angah je yg ingat.. yg lain tu fail hehe.. tapi tak ada hadiah apa apa pun.. semuga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. amin..

Thursday, August 6, 2009

jangan panik..??

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos - Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

mari lah kita mengambil langkah yg perlu untuk mengelak dari di jangkiti penyakit ini , dan cepat cepat berjumpa Doktor sekira mendapat simpton berkenaan..

Wednesday, August 5, 2009

Bos besar Bos kecik..

Kat mana mana organisasi mesti ada bos besar ada bos kecik .. dan ada juga bos paling besar dan bos paling kecik.. dalam organisasi tempat zino kerja ni semua tu ada dari yang paling besar sehingga yang paling kecik.. yg paling besar ada cerita yg paling kecik pun ada cerita ...nak cerita semua tu tiga hari tiga malam tak akan habis...

nak cerita sikit pasal bos kecik.. kat dept zino ni ada satu bos besar dan dua bos kecik. hehe.. tapi bos kecik tu pun sebenarnya dah besar pun bukan lagi kecik macam budak sekolah tadika hehe.. dua watak bos kecik ni berbeza , berbeza dari segi penampilan, gaya kepimpinan, budibahasa, tutor kata, keperibadian dan sebagainya.. tapi yg menarik nya itulah kombinasi yang paling sesuai di tempat kami ni..

dalam satu jawatankuasa tindakan displin jabatan baru2 ni, bos besar jadi neutral la makna nya tak pihak mana mana , tak garang, tak berat ke kiri atau ke kanan, ambil jalan tengah... tapi dua bos kecik ni bawa dua peranan yg berbeza.. sorang penuh dengan nasihat, lemah lembut, saikologi, dakwah dan sebagainya.. dan sorang lagi bos kecik ni tegas, direct, ikut peraturan 100% ,garang, kasar, tiada maaf bagi mu dan sebagainya...denda denda denda sehingga yg di panggil mengadap kecut perut , menangis dan macam macam lagi... (entah2 berlakon je kot hehe)

so timbul la cerita cerita di luar sana, masing masing takut nak mengadu dengan bos kecil yg sorang ni, takut kena marah, takut kena tegur , takut itu takut ini.. hehe.. patut ke ada watak tu dalam organisasi anda? hehe

Tuesday, August 4, 2009

salam semua....

Salam semua...

Apa kabar pagi ni.. semuga anda semua dapat tidur nyenyak malam tadi dan pagi ni bersemangat untuk memulakan tugasan yang di pertanggungjawabkan.. sama ada di pejabat atau pun di rumah..

semalam kami berkampong di pejabat.. ada satu penilaian perlu di buat dan di siapkan malam tadi juga.. memula ingatkan sejam dua boleh ready.. tapi tugasan terlajak sampai jam 12.00 malam. teruk nya kerja...!!! abis tu nak buat macam mana , nak biarkan anak buah bertungkus lumus bersendirian tak boleh juga.. mereka maukan kepastian dan keputusan supaya segala kerja boleh terus di muktamadkan malam itu juga.. alhamdullilah siap juga la akhirnya..

bila nak keluar dari parking dibasemen kedua2 gate telah di tutup, kami tepaksa mencari pak guard utk membuka laluan supaya kami boleh pulang.. Sementar tadi telah di bentangkan untuk penilaian dan persetujuan .. dan telah pun di sesesaikan.. dan sekarang sedang di sediakan untuk di hantar hari ni juga ke pihak lebih atasan utk kelulusan seterusnya.. kerja kerja perlu di mulakan dengan segera.. harap harap syarikat yg di lantik berwibawa sepertimana maklumat yg di kemukakan.. kalau tak ada yg tak boleh raya nanti hehe..

kepada anda semua teruskan tugas cemerlang.. jangan di harap sangat balasan dunia.. bekerjalah kerana untuk mendapat keredhaan Allah.. semuga anda semua berjaya...inshaAllah..

Sunday, August 2, 2009

esok kerja ya...

Cuti hujung minggu berakhir lagi.. so bagaimana tuan puan menghabiskan cuti bersama keluarga.. dapat ke merehatkan badan??.. atau terasa macam nak sambung cuti lagi?? belum pun hari minggu berakhir bos dah hantar sms, esok ada lawatan timbalan menteri ke satu kawasan dan minta zino hadir sama.. mmm itu lah kerja dalam masa cuti pun dapat arahan hehe..

at least apa yg patut kami lakukan hujung minggu ni tercapai juga.. terutama nak memenuhi jemputan ke Jelebu semalam.. walaupun berkejaran tapi semuanya berjalan lancar.. memula ingat fizah harus ponteng tusyen.. tapi alhamdullilah perancangan di restuiNya.... masa balik terpaksa memecut melebihi had laju biasa..

petang tadi ke shah Alam.. ke Bukit kayangan..mem ada perbincangan keluarga ,kakak dia yg set utk berjumpa adik beradik yg ada di KL ni.. zino tak masuk campur la masa dia orang bincang tu..duduk mengadap TV kat bilik lain dengan hazwan.. si hazwan ni pulak asyik2 ceria ceria ceria.. naik mengantuk zino di buat nya hehe.. yang bermeeting pun zino tengok ceria juga .. bagus la macam tu. segala hal di bincang dengan baik.. tak perlu nak masam2 muka..tak tau la apa yg di rumuskan..

Sebentar tadi layan hazwan makan di Mc D .. balik dari shsh alam sibuk kata lapar..ajak makan nasi tak selera katanya.. McD je ok adik ni.... biasa la si hazwan tu bila demam sikit tak selera la.. itu la ini la..hehe.. abah makan fillet-o-fish je.. dia dengan mem Mc ciken dengan ayam seketul sorang.. dan sekarang melayan dia tidur pulak... tak habis lagi bercerita sorang2 tu.. tah bila pulak nak lelap tu...sekali abah dia bertempik baru nak lelap....

kak elle, malam ni tak payah gosok baju seperti biasa.. alang yg baik tu kesian tengok abah dia yg penat ni so dia volentier gosokkan tanpa di suruh.. terima kasih alang... ada sesiapa nak jadikan calon menantu ke? hehe

Saturday, August 1, 2009

jemputan....

Akhirnya dapat juga kami memenuhi jemputan kawan lama di Jelebu.. menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.. kedua dua mak dan bapak pengantin ni memang dah macam keluarga kami, mak pengantin juga rakan sekelas mem masa sekolah dulu.. selain kami sedara mara lain juga hadir termasuk mak dan ayah zino.. datang bersama adik .. mulanya kami cadang nak konvoi tapi tak terlaksana sebab fizah ada kelas ..

fizah habis kelas jam 10.00 pagi lepas jemput fizah balik sari SAB, baru kami bersiap utk ke sana sedangkan konvoi dari seremban bertolak jam 10.00 .. hampir jam 11 baru kami mula bertolak.. bila kami sampai ke seremban, adik sms kan arah menuju ke rumah pengantin.. bapa pengantin buat jemputan dengan talipon je.. hehe agaknya mereka yg konvoi dah sampai la tu.. dan sedang menikmati hidangan..sepanjang perjalanan jalan agak sesak.. di tambah pula jalan di selubungi seakan akan berkabus... sehingga kebanyakkan kereta perlu memasang lampu.. ingatkan ada kebakaran ke apa ke tapi sampai seremban keadaan serupa..jam 1.00 lebih baru kami sampai..dapat la jumpa ayah bonda dan sedara lain dah dah bersiap sedia utk pulang..hehe

lepas makan kami pula terpaksa bergegas pulang.. Fizah ada tusyen jam 3.00 .. tidak seperti waktu datang tadi, keadaan jalan agak lengang dan tidak berkabus ..walaupun lewat hampir 1/2 jam fizah tetap nak hadir kelas tusyen..









qiasara pulak....

bila zino letak gambar arifah.. ada yg tanya mana qaisara...
ok nah tengok qaisara pulak.. susah betul nak senyum hehe
dia buat selamba he....

kalau tak silap.. Arifah tak jumpa Qaisara lagi hehe