Showing posts with label kisah silam.. Show all posts
Showing posts with label kisah silam.. Show all posts

Monday, January 3, 2011

kisah sekolah dolu dolu part 2..

part 2..

satu perkara yang zino tak boleh lupa kisah sekolah zaman dulu dulu ialah masing masing gunakan beg rotan.. tak ada lah secantik macam raga rotan kat atas tu tapi rupa bentuk dia ada lah sikit2 kot hehe.. yg best nya semua orang pun guna beg yg sana.. zaman tu kira paling top la kot hehe.. boleh la susun buku dalam tu dengan sekeping papan hitam.. lantai beg tu papan kot keras dan rata.. ada juga yg berwarna warni mengikut design masa tu la kot hehe..

murid sekarang ada berani ke bawa beg macam tu ke sekolah.. tak ada peluang nak sandang pun jinjing je lah sampai ke sekolah.. rasanya masa sekolah darjah satu sampai tiga je guna beg tu lepas tu berlaku perubahan.. dalam beg tu satu alat menulis yg penting ialah papan hitam dan kapur... cuba juga google dapat la gambar ni tapi ukuran dia besar sikit kertas A 4 la kot..
tapi tak adalah berbingkai macam gambar ni.. hehe yg ni pun gambar google bukan gambar sebenar papan hitan yg di guna zaman dolu dolu....


satu perkara lagi yg zino nak cerita zaman tu seterika yg di gunakan jenis yg pakai arang.. serupa macam gambar kat atas tu.. yg ni pun dapat dari google.. ada yg bercerita pasal benda ni.. sebelum nak gosok baju tu kena lah bakar arang dulu.. arang..!!! tau ke arang ni hehe.. arang tu sejenis kayu bakau yg di bakar dan di proses jadi kayu arang... bila kayu tu dah terbakar menjadi bara, ia di letak dalam seterika tembaga tu.. tak ada makna nya nak adjust panas seterika tu.. hehe dan bila bara nya nampak berkurangan kena lah kipas kat tepi seterika tu dan tambah kepingan arang baru.. bertaburan dah debu keluar hehe silap hari bulan ada percikan api yg kena kat baju sekolah.. siap le berlubang hehe.. ala ala macam kipas satay tu la hehe..

dan sebelum di gosok pada baju , seterika yg panas tu di gosokkan atas daun pisang, supaya tak melekat nanti bila di gosok pada baju.. zino masa darjah 3 lagi dah urus sendiri menggosok baju ni.. berat seterika tu boleh menguatkan otot2 hehe.. zaman tu mana ada elektrik so seterika tu le yg menentukan baju sekolah bersait tajam.. hehe kenapa darjah 3.. masa tu mak ikut ayah merantau ke Port Dickson.. kami adik beradik tinggal la dengan uwan..(nenek) ..sangat nostalgia....

ok nak cerita lagi ke?? hehe

Friday, November 26, 2010

langkah terhenti

Semalam, masa aku menikmati makan tengahari bersama kawan di sebuah restoren di jalan TAR tiba tiba ternampak seorang kawan lama lalu dihadapan melalui dinding cermin restoren tersebut. Dengan spontan aku ingin terjah je kawan yg dah lama menghilang diri tu . Memang dah pulohan tahun aku tak berjumpa dia sejak dia berpindah ke negeri kelahiran utk mencari rezeki disana. Masa bujang2 dulu kami pernah duduk serumah lebih tiga tahun.. hinggalah dia mendirikan rumah tangga dan keluar dari rumah sewaan kami , dan selepas tu sesekali jumpa di tempat kerja..

Semasa dia dapat tawaran untuk sambung belajar di satu IPTA aku dengan sukarela menjadi salah sorang penjamin atas pinjaman yg di buatnya . Apalah salahnya aku membantu seorang kawan yg memerlukan dan ingin meningkatkan kerjaya nya . Setelah tamat belajar dan lulus dia kembali bertugas ditempat lama ..dalam diam diam aku mendapat tahu dia mendapat tawaran kerja di negeri kelahiran nya dengan jawatan yg lebih baik. Alhamdulilah itu rezeki dia . Sejak itu tiada kabar berita dari dia.... tahun demi tahun..... Tak apa lah masing2 sibuk dengan urusan..tiba tiba..

pada satu bulan tu aku dapati gaji di potong oleh biro angkasa, kenapa pulak, bila pulak aku berhutang dengan biro angkasa... siasat punya siasat rupa2nya gaji aku di potong kerana peminjam tidak melunaskan potongan ansuran yg sepatutnya di lakukan..aku tanya bank, kenapa potong gaji aku cari lah peminjam.. kenapa jadi tanggung jawab aku memastikan peminjam membayar balik pinjaman... runding punya runding pegawai bank menasihatkan aku mencari di mana peminjam berada dan memberikan alamat tempat kerja dia.. supaya bank boleh mengambil tindakan undang sekiranya dia terus enggan membuat bayaran.. dalam masa proses itu berjalan, gaji aku terus di potong.. sehingga masuk ribuan... dengan bantuan kawan kawan lain akhirnya aku dapat mengesan tempat kerja dia, mendapatkan alamat majikan dia, terus serahkan pada bank utk tindakan seterusnya..malah aku juga mendapatkan no talipon nya dan telah beberapa kali menalipon dia supaya melunaskan hutang dan sebagainya...

akhirnya dia merundingkan semula dengan bank untuk membuat bayaran ansuran menyelesaikan hutang pinjaman dan gaji aku tidak lagi di potong.. lepas tu aku terus menghubungi dia utk membayar balik apa yg telah di potong dari gaji aku sebelum ni.. macam macam lah janji yg di berikan yg dia pasti akan membayar balik... bulan ke bulan, tahun ke tahun..aku tunggu dan tunggu abuk pun tak ada... malas menalipon aku tulis surat.. setiap bulan aku tulis , dengan bahasa yg lemah lembut, padat ringkas memaklumkan jumlah yg dia perlu bayar dan segala janji yg di taburkan nya.. masih tak ada respon.. akhirnya aku tulis satu surat.. menyatakan ini kali terakhir aku menulis , ini kali terakhir aku mengingatkan dia , ini kali terakhir aku meminta.. lepas ni terpulang pada dia.. aku tak akan cari lagi.. aku tak akan minta lagi...bukan aku yg berhutang tapi dia.. sebagai orang yg berpewatakan warak..aku pasti dia tau tanggung jawab dia..

tiba tiba tengah hari semalam dia muncul depan aku... setelah berpuloh tahun.... aku masih ingat dia, aku masih kenal dia.. aku tak tersalah orang.. tapi langkah utk sergah dia terhenti.. dia ada di KL dia tau aku kerja di mana atau sekurang2nya kalau dia tanya kawan2 lama dia boleh tau aku dimana.. dia lalu di hadapan aku.. dan tak jauh dari opis aku... bermakna dia langsung tidak ada niat utk datang mencari aku.. kalau aku terjah sudah tentu aku akan bertanya pasal hutang.. atau dia menyangka aku akan bertanya pasal hutang.. dan aku dah beritau dia.. aku tak akan tanya dia pasal hutang tu.. terpulang lah dengan dia.. tengok la sehari dua ni.. apa yg akan berlaku.. tapi macam aku dapat rasakan mungkin itu kali terakhir aku ternampak dia.. esok lusa mungkin dia akan balik kampong dan hutang dia pada aku kekal se ada nya..... ini menyebabkan langkah aku terhentiiiiiiii....

kalau anda adakah anda telah terjah dia???

Thursday, August 27, 2009

Tempah kasut raya...

salam utk semua..

pernah ke dengar tempah kasut? lebih lebih lagi kasut raya.. hehe, kalau tempah baju raya tu biasalah , atau mungkin para artis yg tersohor mungkin juga pernah menempah kasut utk satu satu acara.. .. tapi ini kisah tempah kasut raya..

Masa zino sekolah rendah dulu, ayah dan mak merantau di Port Dickson, ayah bertugas di kem Sunggala, Port Dickson.. dan kami adik beradik yg bersekolah tinggal di kampong bersama uwan..(nenek) dan hanya pada setiap kali cuti sekolah baru kami ke Port Dickson. Pada satu masa tu semasa musim cuti kami ke port dickson, Yg zino ingat masa tu dalam darjah tiga ,kalau zaman sekarang sebut tahun 3 .. ayah membawa kami masuk kem, ayah tak duduk quaters dalam kem, tapi menyewa di kg baru Si Rusa tak jauh dari kem Sunggala..dia kata nak tempah kasut raya utk kami.. heran juga la.. tempah kasut..???

Bila sampai ke satu kedai tu.. agaknya kedai tukang kasut askar la kot.. tokei tu minta zino berdiri di atas sekeping kertas dan dia pun melukis ikut garisan kaki, perkara yg sama di buat pada adik zino yg lagi dua org tu..tertanya tanya lah masa tu adakah kasut yg di hasilkan sama dengan kasut ayah yg keras dan berkilat kilat tu?? mesti bergaya nanti tu dengan kasut yg berkilau-kilau..hehe

Memang seronok bila mendapat kasut boot yg di tempah.. nak tau berapa lama zino pakai kasut tu.. tiga kali raya tak tukar kasut..!!! agaknya tahun pertama pakai kasut tu berdebus berdebus je lah kerana di buat agak besar sikit.. haha.. tapi tetap perasan bergaya haha.. kasut kulit yg memang tahan lasak..sekarang tak tau la ada ke lagi tukang kasut jenis macam tu ? bersedia menerima tempahan? apa kabar agaknya orang2 di Kg Baru Si Rusa, Sunggala..? Orang PD mungkin oleh tolong jengok kesana hehe

anda bagaimana? dah ready ke persiapan raya..?