Saturday, October 29, 2022

Umrah bersama XKDSR pada 24hb Nov 22 hingga 4hb Dis 2022

Episod 1 ( deraf 1) 
29.10.22 

Assalamualaikum..

Insyaallah jika di izinkan Allah, abah mak dan adik akan berangkat ke tanah suci pada 24hb Nov 2022 utk mengerjakan umrah. Kali ini abah pergi bersama rombongan xKDSR seramai 64 orang..  Kumpulan xKDSR ni kebanyakan ahlinya terdiri dari veteren TLDM perbagai pangkat. Walau bagaimana pun ramai juga sahabat awam yg menjadi sahabat bersekutu  sama2 aktif menjayakan setiap program xKDSR.

LATAR BELAKANG..

Apa itu XKDSR.? KDSR ada lah ringkasan kepada KD Seri Rejang iaitu sebuah pengkalan tentera laut di Raja Malaysia yg di tubuh kan pada tahun xxxx di Sibu Sarawak. Pengkalan ini di tubuhkan  utk membendung atau menghapuskan ancaman komunis di Sabah dan Sarawak ketika itu. Pengkalan ini telah beroperasi selama xxxx tahun dan operasi pengkalan ini di tamatkan pada tahun xxxx apabila Malaysia bebas dari ancaman komunis . Ramai pengawai dan kakitangan lain lain pangkat pernah berkhidmat di sini dan mempunyai seribu satu kenangan semasa bertugas di sana menjadi ahli dalam kumpulan ini. 

Kumpulan wasap xKDSR ini di tubuhkan oleh Datuk Rosli Yoop ( dan rakan2)  beliau merupakan  bekas Panglima (?) Pengkalan TLDM di Langkawi ( jawatan terakhir ) sebelum bersara.. Beliau juga pernah bertugas di KDSR, Sibu  selama xxxx tahun dan jawatan terakhir di sana sebagai xxxxx. Kumpulan ini sangat aktif mengadakan pelbagai extiviti dan setiap program yg di buat mendapat sambutan dari ahli di seluruh Malaysia.. 

BAGAIMANA ABAH TERLIBAT ? 

.. bersambung 




Sunday, May 8, 2022

Selamat hari raya aidilfitri 2022

Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin 2022..

Apabila pengumuman dibuat pemegang mohor besar raja raja raya jatuh pada hari isnin... masing masing terkejut .. hehe.. ramai yg menjangkakan kan raya pasti jatuh pada hari selasa.. sebab telah sekian lama anak bulan tidak kelihatan, dan ramadan di cukupkan  30 hari sebelum syawal menjelma. Se ingat abah pernah pulihan tahum dulu berlaku kes yg sama raya " awal" .. Kali ini dapat beraya awal satelah dua tahun tak dapat beraya.. akibat covid19.. 

Sebaik di maklumkan kami pun apa lagi bertungkis lumus la membantu mak hajjah di dapur menyiapkan segala juadah yg belum di buat (memang satu pun tak buat lagi hehe) masa tu la nak masak rendang masa tu la nak buat sup tulang masa tu la nak rebus ketupat.. hehe.. Lontong kena tangguhkan hehe.. Kakak dan adik masih di KL !! malam tu juga kerah balik segera.. hehe

Lemang kami dah tempah seminggu sebelum raya.. tokei kata isnin naru nak bakar.. tapi bila masing2 terkejut raya " awal" tokei lemang give up tak sempat nak siapkan semua tempahan.. katanya malam tu dia melemang sampai ke pagi.. tempahan kami di batalkan.. aduhhh .. tak apa lah tak ada rezeki.. bila hari raya tu ada juga yg bawa lemang dapat la merasa.. 


Dua tahun masing memendam rasa .. tak dapat berhari raya tak dapat nak balik kampong tak dapat nak jumpa orang tua.. masing masing terkurong di rumah masing2.. merentas negeri ada lah satu kesalahan.. kunjung mengunjung ada lah satu kesalahan.. bersalaman juga satu kesalahan... pergerakan terhenti di seluruh dunia.. !!! macam2 jenis PKP di kenakan...


Baru kali ini boleh kunjung mengunjung ziarah menziarah sesama sedara mara dan sahabat andai.. dua tahun beraya ONLINE bervideo meet bersama anak anak 😭😭😭.. 


Terpancar kemeriahan suasana 1 syawal di kampong.. walaupun yg berkunjung tak seramai sebelum pendemik.. tetapi sekurang2an suasana hari raya kembali meriah.. Dapat lah solat sunat aidilfitri berjemaah di masjid.. 2 tahun ketua keluarga menjadi imam tarawih dan iman solat sunat raya.. syabas kepada semua imam interim hehe..


Sudah tentu ayah bonda ternanti2 kan anak cucu cicit datang berkunjung.. walaupun tak semua dapat datang tetapi kemeriahan tetap ada.. 


ini sebahagian dari anak cucu ayah dan mak jika semua ada serentak harus perlu bergambar di bawah.. hehe.. anak 5 cucu 24? cicit 25? abah pun dah tak terkira hehe.. 


ayah yg kami hormati dan sayang.. 


Maryam dengan abah belum ada chemistry.. belum boleh dekat belum boleh usik belum boleh dukung hehe..


Dengan mak teh ok je..  tak aci la Maryam ni hehe


Angah baru dapat beraya dengan kami  mereka beraya di Ketereh Kelantan... 10 jam perjalanan pergi 10 jam perjalansn bslik.. 


Kemuncak yg berlaku bila atuk dekat juga dengan Maryam hehe 


Alhamdulilah hadiah baju raya dari Angah dan Kakngah... Duit raya dah dapat awal ( online) .. Terima kasih Angah . 











Friday, April 29, 2022

Fasa endemik.. dan hari raya

assalamualaikum ..

Mulai 1 Mei 2022 negara kita beralih ke fasa endemik.. apa makna nya ? bermaana kita bakal bergerak ke keadaan asal.. Kita bebas bergerak tanpa perlu mengikuti SOP yg ketat...

Face mask hanya perlu di pakai bila berada di dalam bangunan atau kawasan sesak di luar bangunan. manakala di tempat lain kita di beri pilihan utk memakai atau tidak. 

Kita juga tidak perlu lagi utk scan mysejahtera bila memasuki mana mana premis.. tak.perlu juga nak semak suhu bagai.. tak ada lagi pakgud menunggu di pintu masuk .. 

Tiada lagi sekatan sesaorang memasuki mana mana premis walaupun apa saja status vaksinasi nya . ianya bukan  lagi satu kesalahan.. 

Semua axtiviti ekonomi dan sosial adalah di benarkan 100 % tiada lagi sekatan.. nak buat majlis ke nak dine di mana ke pukul berapa ke tak ada lagi sekatan dan larangan. 

Mereka yg di jangkiti covid tidak perlu lagi kurentin sehingga 7 hari sekiranya di hari ke 4 5 6 ujian menunjukan ia nya -ve .

Terpulang pada anda bagaimana ingin menjaga kesihatan diri dan mengelakkan di jangiki covid.. hari raya menjelang kita.. Dah dua tahun kita tersekat dan tidak dapat merayakan hari kemenangan.. nak jumpa mak ayah pun di tegah.. adalah di jangkaka  jutaan warga kota akan bergerak pulang ke kampong masing masing.

Perlu di ingatkan virus covid belum hapus ( tak mungkin terhapus) bermakna kita akan hidup bersama covid . Gunakan kebebasan ini dengan bijak . 

Raya aidil fitri tahun ni katanya jatuh pada 2 Mei 2022.. 

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATI 
 
 
 

Monday, August 30, 2021

Vaksinasi on right track..

30hb Ogos 2021

Tahniah KKM , tahniah YB KJ.. yang baru mengangkat sumpah sebagai menteri kesihatan yg baru.. 

MALAYSIA menghampiri matlamat utk mencapai vaksinasi kelompok.. lebih 61% penduduk dewasa telah lengkap 2 dos vaksin.. dan lebih 80% penduduk dewasa telah mendapat sekurang2 nya 1 dos vaksin. 

Rasanya di kalangan sahabat abah rata2 dah mendapat 2 dos vaksin kot.. atau masih ada ke yg belum mendapat walau 1 dos?? 

Katanya kes covid yg perlu di rawat di hospital semakin berkurangan.. Telah ada kelegaan di wad wad di kebanyakan hospital .. pesakit yg perlu di rujuk  ke ICU juga semakin berkurangan.. ini petanda yang baik buat rakyat Malaysia. ( kakak sekarang bertugas di wad ICU) 

Tapi kes +ve masih tinggi !!! macam mana tu ?? 

ya betul tinggi.. tapi kes yg perlu di rujuk di hospital sedikit.. lebih 97 % hanya ketegori 1 dan 2 . COVID tak akan hapus bagitu mudah.. kita akan hidup bersama covid utk satu tempuh yg panjang.. Tetapi covid bukan lagi satu isu kesihatan utk rakyat Malaysia di masa depan.. Insyaallah.

Jika kita berterusan menjaga dan patuh sedia ada SOP ada harapan covid akan terhapus beransur ansur.. 

ini andaian abah.. jika abah silap sila beri pandangan anda ..

Saturday, August 28, 2021

kabinet baru ??

SATU ANALISA... 
Assalamualaikum

Ramai yg ternanti2 dan tertanya2 bagaimana kah agaknya bentuk  kabinet ( baru) PM ketiga ( selepas PRU14) Datuk Seri Ismail Sabri .. Pelbagai andaian dan ramalan di buat oleh pihak lawan dan kawan serta menganalisa politik.

Dan bila akhir PM DSIS umumkan senarai kabinet  ( baru) nya twrnyata jauh meleset dari andaran dan harapan penganalisa sebelum ni. Masing masing mula meluahkan rasa kekecewaan dan tidak puas hati kerana rata2 mereka berkata kabinet baru tak ada bezapun dengan kabinet yg lalu.. Muka2 yg sama juga di lantik.. dengan sedikit perubahan.. 

Tapi saya memang telah menjangkakan  keadaan ini akan  berlaku,   tak ada yg nak di hairankan. . Ini bukan pembentukan kabinet selepas PRU.. Yg bertukar hanya PM tapi yg mendokong PM masih mereka yg sama.. PM tak ada kebebasan utk memilih . Dia mungkin terikat dengan janji timbal balas atas persetujuan memberi sokongan  .. i give you something i will get something in return dan demi kepentingan rakyat , demi menangani  isu pendemik. yg mendesak.. demi mengelakkan parlimen di bubarkan..  masing masing cuba mengenepikan ego .. dan cuba berkompromi.. 

Berapa lama pakatan ini bertahan bergantung kepada janji janji yg termetri antara kedua pihak. Dua kumpulan yg bermusuh bergabung.. sudah tentu ada perasaan saling curiga mencurigai saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Silap sikit je nanti tentu ada tindakbalas di pihak yg ladi satu. Perkara ini lah yg menyebabkan  PN tumbang. 

So siapa yg menang siapa yg kalah.. ?? yg menang dah jadi arang yg kalah dah jadi Abu... 

DSIS perlu bijak membuat pertimbangkan dan keputusan yg boleh di terima kedua2 pihak.. Sekurang2nya beliau telah melakukan satu langkah ke depan memecah tradisi dengan  berunding dengan pihak pembangkang.. 

Selamat maju jaya utk DSIS..  Jika DSIS berjaya cerah masa depan pergi nya di PRU15 nanti. 

Monday, August 16, 2021

PM letak jawatan...


Assalamualaikum... 

Malaysia bakal mendapat seorang perdana menteri yg baru.. baru 17 bulan menjadi PM hari ini 16hb Ogos 2021  Tan Sri Muhayuddin Yasin terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri Malaysia ke 8 apabila tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari ahli parlimen. 

Tan Sri mengambil alih pucuk pimpinan apabila berlaku perletakan jawatan PM sebelum nya Tun Mahadhir Mohamad apabila berlaku krisis keyakinan di kalangan ahli dalam PH. Desakan kepada Tun utk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Tun sempat menjadi PM kali kedua selama 22 bulan.  Apabila Tun meletak jawatan dengan otomatik seluruh kabinet juga terbubar... Maka berlaku rundingan antara kawan dan musuh dan utk mengujudksn kerajaan sementara ) sehingga PRU15.. akhir nya mencapai kompromi antara beberapa komponen dan tertubuh nya Pakatan National, PN.. Gabongan antara Bersatu, BN, PAS dan komponen dari Sabah dan Sarawak. 

Dari awal gabungan ini di lihat tidak bagitu mantap, di antara ahli gabungan curiga mencurigai antara satu sama lain. cantas mencantas terus berlaku. ada di kalangan ahli yg melompat parti. Komposisi ahli kabinet pun ada yg tak puas hati. Pergolakan sentiasa berlaku terutama antara UMNO dan Bersatu. sehingga akhirnya UMNO menarik balik sokongan kepada PM .. dan PM hilang majoriti... 

Negara kita sedang bergelut dengan masaalah covid , rakyat menderita dengan masaalah ekonomi keluarga, kehilangan punca pendapatan dan sebagainya tetapi wakil rakyat nya pula tak habis habis berpolitik. Lagi menyedihkan ada di kalangan menteri yg di lantik langsung tidak berfungsi. Atau gagal melaksanakan tugas dengan baik. 

Semua nya dah jadi sejarah.. ada dua pilihan yg ada 
1. bubarkan parlimen dan adakan PRU15 dalam keadaan negara belum pulih dari kemelut covid. 

2. melantik seorang PM baru yg mendapat sokongan majoriti wakil rakyat..  Ada beberapa calon yg di sebut sebut.. tapi masih samar2 siapa yg bakal di lantik.. 

Kerajaan ini pun jika berjaya di bentuk masih bersifat sementara sehingga sampai tempuh utk PRU 15. Pakatan baru ini hanya boleh di realisasikan jika semua YB berjiwa besar dan sanggup berkompromi sesama mereka.. jika tidak mahu sejarah betulang lagi...

Siapa pun di lantik , parti mana pun yg bakal memerintah.. moga Allah melindungi kita dari mereka yg anti Islam, anti orang melayu( bumiputra) cuba menindas dan menghapus hak ke istimewaan orang melayu.. mencemarkan kesucian tempat ibadat.. dan membuat pelbagai provokasi secara terang2an utk menyakitkan orang melayu dan islam. 

Saturday, August 14, 2021

Vaksinasi lengkap..

Assalamualaikum...

Hari ini 14hb Ogos 2021 tiba masa utk abah dan mak hajjah melengkapkan vaksinasi 2 dos.. di Putra Wall Trade Centre..KL.  PWTC . Semasa mengambil dos pertama dulu kakak yg teman.. tapi kali ni Along yg menemani pergi dan balik... malah along pun bersama kami  sepanjang masa di dewan vaksinasi... 

Proses dari awal hingga akhir berjalan lancar.. sepanjang masa kena standby di hp profile mySejahtera sehingga tak ada masa ( tak sempat) nak curi2 gambar. Nasib baik along ikut sama untuk bantu mak dia dapat lah along merakam sebahagian proses yg berlaku... terutama semasa di suntik...

Alhamdulilah... semua selesai dengan jayanya.. suntikan vaksin ini ada lah sebahagian dari ikhtiar kita supaya Allah selamatkan kita semua dari bahaya jangkitan covid19 yg sangat bahaya.. moga dengan usaha ini kita dan seluruh ahli keluarga terpelihara dari segala penyakit bahaya terutama covid19.. 

Kes positive masih tinggi di Malaysia... malah masih menjadi ancaman seluruh dunia. Di Malaysia kini kes harian telah mencecah lebih 21000 kes.. kes kematian akibat covid juga tinggi.. setiap hari ada saja berita sedih yg kita terima.. kehilangan orang orang yg dekat dengan kita.. Semoga kita semua terpelihara dari segala bahaya... aminnn 

Ramai rakyat yg terkesan teruk akibat pedemik ini... Ramai yg hilang pekerjaan , hilang punca pencarian... malah ramai yg hilang mereka yg di sayangi... menambah kesedihan kita.. para pemimpin kita masih tak habis2 bertelagah sesama sendiri... bukan duduk berbincang memikirkan apa yg terbaik utk rakyat dan negara.. tapi masing2 memikirkan tempolok sendiri... 

Ya Allah selamat kan lah bumi Malaysia dari kehancuran.. buka kan lah hati pemimpin2 kami supaya mengenepikan kepentingan diri dan sama2 mencari jalan utk memakmurkan negara ini dan kesejahteraan rakyat semua. 

Aminnn... 

               along drive utk kami 
            semasa pendaftaran
              selepas suntikan... 
                  utk rekod.. 
                

Terima kasih along tolong ambilkan gambar mak dan abah. 

Saturday, July 31, 2021

merungkai kisah

Assalamualaikum dan selamat pagi...

merungkai mistri.. 
panjang ni...

Ramai kawan kawan abah tertanya tanya macam mana abah boleh ( terlepas) balik kampong.. ada yg abah dah PM ( tepi) jelaskan dan ramai lagi yg masih di selubungi mistri... hehe..

Ok lah dah sampai masa abah merungkai mistri ini. Abah sendiri tak terfikir pun akan  berpeluang nak balik kampong ( di musim PKP) dan hari2 dapat makan manggis ( ehh cerita manggis lagi) .. Segala2nya perancangan yg Allah aturkan.

Pada suatu hari tu adik bagitau anak dia +pos covid... Kami semua berasa cemas sebab mak ayah ada bersama adik. Adik pun aturkan pihak KK utk datang ke rumah buat swab test utk semua ( termasuk ayah mak) .. Setelah keputusan ujian keluar isteri adik pun +pos tapi ahli kekuarga lain - ve. 

Maka ada dua orang dalam rumah tu +ve covid yg tidak bergejala dan perlu kurentin di rumah. Di sini mulanya kami merancang utk bawa mak dan ayah keluar utk sementara waktu. Sebaik2 tempat yg selamat utk mereka berdua di kampong.. tapi salah seorang dari kami perlu bersama mak ayah tinggal di kampong.. Mak dan ayah dah lengkap 2 dos vaksin. 

Abah terus bersetuju utk tinggal di kampong menyantuni ayah dan mak di kampong selama tempuh yg di perlukan. Plan asal 2 minggu.. Abah segera menghubongi seorang kawan mohon pandangan dan bantuan utk mendapatkan kelulusan merentas negeri atas alasan mengasingkan mak ayah ( segera) dari rumah adik.. ( yg ada pesakit covid) 

Alhamdulilah abah mendapat kerjasama baik dari balai Sg Besi dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada sahabat yg membantu ... Maka sampai la abah ke kampongku shurga ku.. 

Hari ni dah 9 hari ( kot) abah kat kampong .. kebetulan buah manggis sedang masak ranum.. hehe.. maka hari2 lah abah makan manggis.. hari2 la ada cerita manggis... video manggis pun ada.. hehe 

Hari ni dapat perkabaran dari adik.. dua2 yg pos covid sebelum ni telah pun bebas.. tempuh kurentin dah tamat. gelang pun dah bukak.. anak dia pun dah start kerja.. Syukor alhamdulilah.. 

Yang paling best ayah seronok sungguh berada di kampong.. hari2 ada je xtiviti sihat yg ayah buat.. abah perati je la.. bantu bila perlu... Kalau boleh biar mak ayah kekal kampong.. Jiwa mereka di kampong. dan kami yg bergilir balik.. Mudah2an kebenaran rentas negeri ni dapat di benarkan kepada mereka yg dah lengkap 2 dos vaksin.. atau kami di benarkan merentas silih berganti menyantuni mak dan ayah... abah perlu balik ke KL utk mengambil vaksin kedua... ogos nanti. 

Sekian .. di lapurkan. terima kasih kepada yg sudi membaca... anda memang hebat.. 

Gambar:
tanggo batu tu rumah adik mak (sebelah)...

Monday, July 12, 2021

Abah & mak poi Iceland dan UK

Alhamdulilah....

Dua hari lepas abah terima satu wasap ni tanya pasal buku ABAH DAN MAK POI ICELAND DAN UK. Katanya nak beli.. Memula abah ingat mesti la dia ni dari friends fb abah.. 

Selesai ber wasap dia pun dah buat bayaran abah pun tanya macam mana tau buku abah ni? (cari dalam lis fren tak jumpa) .. cari akaun fb dia ikut nama pun tak jumpa.. mungkin guna nama lain kot. 

Dia kata dia suka baca buku2 ala ala travelog ni dan sedang cari buku pasal Iceland dan New Zealand. Cari dalam google , kat situ dia jumpa abah hehe.. 

Terima kasih orang Perlis.. kalau suka nanti bagitau kawan2 ya..  Buku on the way..!!!

Saturday, June 19, 2021

Surat terbuka kepada YAB PM.

Surat terbuka kpd YAB PM ..
19hb Jun 2021 

Salam sejahtera YAB, 
Semoga tuan dan seluruh ahli keluarga dan anggota kabinet dan para fronliner kita ( yg bertungkus lumus bekerja siang malam ) dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala penyakit berbahaya .. terutama covid19 yg mengancam nyawa. 

Semua sedia maklum kes positif covid naik mendadak semula selepas PRN Sabah tempuhari. Dan  kerajaan telah melakukan segala yg mungkin utk membendung penularan wabak covid 19 yg kini semakin cepat merebak.. Perlaksanaan PKP penuh dan program vaksinasi merupakan dua strategi yg di yakini dapat memutuskan rantaian penularan  wabak covid.. 

Apabila Kerajaan melaksanakan PKP 1.0 dulu ia mendapat kerjasama penuh rakyat.. ( walaupun ada segelintir yg ingkar)  sehingga nak buka gate pun kami rasa takut, nak buka tingkap rumah pun rasa gerun.. takut virus covid masuk.. sedangkan masa tu kes pos tak lebih 300.. Walaupun masa tu belum ada vaksin .. tapi rakyat berkeyakinan penuh itu lah satu2 nya kaedah berkesan yg boleh melandaikan rantaian penularan.. dan kita hampir berjaya.. 

Tapi akibat kecuaian, berlaku pelanggaran SOP  oleh mereka sepatutnya menegakkan peraturan.. kes covid meningkat semula  secara mendadak.. dari 1 angka hampir mencecah 5 angka.. Sekali lagi rakyat merindih , sedih , geram , marah , fed up takut dan mau kerajaan lakukan sesuatu SEGERA.. Rakyat dah bersedia dengan PKP  yang lebih ketat , saperti  yg berlaku semasa PKP 1.0 asalkan covid berjaya di hapuskan.. Rakyat telah bersedia utk bekorban .. 

Akhirnya bila PKP 3.0 dikuatkuasakan.. RAKYAT MERASA ADA YG TIDAK KENA DENGAN PERINTAH KALI INI. ...  Kita semua tahu bukan mudah utk melaksanakan satu keputusan yg seimbang.. di antara kepentingan kesihatan dan nyawa dan ekonomi.. dan sekarang ternyata.. terlalu banyak lompong dengan apa yg berlaku sekarang. Dua minggu pertama tiada sebarang tanda penurunan ( ketara) semua tuduhan akibat rentas negeri semasa perayaan. Dua minggu berikut nya (sekarang) tak ada alasan lain selain penilaian keberkesanan PKP 3.0 ..Tapi dari data data yg di lapurkan setiap hari kami semua rasa ragu PKP3.0  akan berjaya dalam tempuh yg di harapkan .

Harapan kami sekarang tertumpu terhadap keberkesanan program vaksinasi kebangsaan. Malangnya di sini pun banyak rungutan rakyat... 

Kami sangat2 berharap YAB PM mendengar keluh kesah rakyat.... 

Terima kasih...