Tuesday, September 19, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO Episod 9

NAK KE GUNONG TITLIS

TASCH
Turun dari zermatt kami check in kat hotel berikut nya di Tasch. Hotel Alpine.. Cantik hotel ni dan bangunan hotel2 lain di sekitar nya pun cantik.. Ini hotel ke tiga kami berpindah.. dah macam nomad.. hehe.. Kami dapat bilik atas sekali di aras loteng tingkat empat. Lif sampai tingkat 3 je.. menak bawa beg satu tingkat.. Untuk dinner kami makan nasi yg di tempah awal dari Zermatt..

Kali ni betul2 dapat makan nasi masakan orang Malaysia yg dah menetap di Zermatt.. Dapat la nasi putig bersama ikan masak lomak.. memang terbaik la.. Petang tu kakak turun beraktiviti di sekitar hotel , hiking katanya.. sampai ke waterfall .. rugi abah tak turun hehe.. Dah penat malas dah nak turun. 

angkut beg ke hotel lagi. 

hotel tempat menginap.

view dari beranda bilik

bangunan hotel yg cantik

bilik di loteng.. cukup luas utk kami bertiga. 

kakak jumpa waterfall

bunga di laman hotel 

nasi putih dengan ikan masak lemak masakan orang Malaysia
Memang terbaik.. rindu masakan Malaysia. 

view dari cafe sarapan

time utk mengopi

bergsmbar dulu sebelum bertolak ke distinasi berikutnya.

jejaka2 yg masih kekal hensem dan bergaya

seronok bila travel kita di sajikan pemandangan yg cantik sepanjang jalan.. ada yg sempat di rakam melalui lensa kamera dan ada yg hanya di rakam ( menggunakan pancaindera sendiri) di dalam hati.. dan akan kekal lama dalam ingatan. Betapa pun indah tempat orang tempat sendiri tetap lagi indah.. Sekali lagi driver bawa kami merentas banjaran tapi mengikut laluan yg berbeza. Katanya ada laluan hiway merentas banjaran melalui terowong, tapi best lagi ikut jalan berbukit ni.. View sangat cantik. 


rumah2 yg kelihatan cantik

tenang dan damai

laluan mula mendaki.. kelihatan seorang sedang beriadah utk sampai ke puncak gunong.

FULKAPASS
Fulkapass merupakan satu lagi lalusn merentas gunong pada ketinggian 2429m. merentas pergunongan Swiss Alps menghubongkan antara Gletsch, Valies dengan Realp. 

Fulkapass ini pernah di jadikan tempat shooting film James Bond Goldfinger. Malah ada satu sekeloh di sini di namakan JamesBond strasse. Di puncak gunong ni terdapat sebuah hotel , hotel Belbedera.. Satu ketika dulu hotel ni sangat popular dan selalu di tempah oleh para artis dan selebriti sebagai distinasi percutian mewah .. View persekitaran yang sangat cantik terutama bila musim salji mula mencair..  Terdapat banyak waterfall masa itu menjadi kan tempat ini menjadi distinasi pelancongan yang di minati. Tetapi hotel yg telah berusia ratusan tahun ini tidak lagi beroperasi. Tiada lagi view cantik macam dulu dulu. Agaknya masa tu mereka datang ke tempat percutian ni naik kuda kot.. 



berada di puncak gunong.

sebuah kedai masih beroperasi

bergambar dari aras kedai membelakangkan hotel

kemana2 pergi jumpa basikal

James Bond Malaysia

jejaka hensom

bergambar beramai2 

pasangan bahagia

jumpa air terjun mini 

GUNONG TITLIS

Alhamdulilah akhirnya kami sampai juga ke puncak gunong Titlis, Gunong Titlis terletak di banjaran Url, di sempadan Cantons , Obwalden dengan Bern. Terletak pada ketinggian 3238m merupakan puncak tertinggi di laluan Susten pass antara Bernese Oberland dan Central Switzerland. 

Nak sampai ke Gunong Titlis ni kami menaikidua kereta kabel. Memula kereta kabel yg boleh memuat 6 orang, lebih kurang kereta kabel di Langkawi tu. Kemudian nak pulak kereta kabel berputar yang boleh memuatkan 80 orang. Di namakan kereta kabel berputar sebab semasa bergerak penumpang boleh mendapat view 360 darjah. Sempat la kalau nak ambil gambar view gunong ganang yg cantik tu. Kalau musim salji nampak keliling putih dengan salji dan mereka yg sedang berlain ski. Nak naik kereta kabel ni ada bayaran nya. 



View dari dalam kereta kabel

Itu la rupa kereta kabel tu

Sebaik sampai ke puncak gunong kami di bawa melalui gua air batu.. Kena berjalqn macam pengantin , jalan perlahan lahan takut tergolek hehe.. maklumlah yang di pijak ais, dinding ais bumbung pun ais. Ada pemegang di sediakan tapi besi pemegang tu pun sejuk beku hehe.. 0 C la kot dalam tu.. tak ada la panjang sangat gua ni sempat juga la bergambar.. Katanya ada option bagi mereka yg tak nak masuk gua ni. Terutama kepada pesakit astma yg kronik.. sesak nafas dalam tu bahaya juga. Laluan pun tak besar mana.
Kat hujung terowong dua air batu tu ada kedai dan restoren.. Boleh la singgah mengopi. Tapi kami terus ke kawasan lapang di tingkat 3 ( kalau tak silap) 

Macam orang eskimo lak rasanya

Kecik je gua ni bumbung pun boleh capai. 

Duduk di atas ais.. tak boleh lama beku nanti. 

Bagus katanya. 

Bila sampai ke puncak gunong apa lagi nak buat ? Bergambar sakan la masing masing bukan senang nak sampai sini kan? Memula landing di satu kawasan lapang yg di sediakan banyak tempat duduk, yang bawa bekal boleh la makan makan dulu, kami pun buka megi.. makan megi kat atas ni memang terlebih sedap jadi nya.. View dari atas ni memang cantik.. Di sini lah pilihan utama mereka yg nak bermain salji.. Walaupun sekarang ni musim panas tapi tetap ada salji . Boleh la buat rasa rasa nak tunjuk skill main ski tak boleh la.. Cuaca memang sejuk , masing masing memnag dah standby dengan baju sejuk.. Abah bila sejuk macam ni kena lebih berhati hati.. kena sedar diri la.. 

Sempat la berjalan di atas kawasan yg bersalji tu sambil menikmati keindahan alam, tapi bila kakak ajak je jambatan besi nun atas puncak tu , abah tak pergi.. biar je kakak ikut rakan rakan yg lain sampai kesana dan menaiki kerusi kabel yang biasa nya di gunakan pemain ski.. (gambar yg last tu.) 

Memahat memori

Masing masing bawa bekal hehe

Mak hajjah pun happy

Bayangkan je lah belakang tu penuh salji

Selfie satu

View panoramik. 

Kakak

Menikmati megi di puncak gunong.

Dapat la rasa2 main salji

Aksi kakak

Nak bawa balik buat kenang2an hehe

Ramai yg komen suusah nak tengk mak hajjah senyum.

Satelah beberapa jam di atas gunong, semua axtiviti dah di lakukan, badan pun dah penat jom la kita turun. Sebenarnya ada tempoh tertentu untuk kita berada di atas puncak gunong ni. Sampai masa nya semua kena turun, kalau tak silap sampai jam 5.00 petang.. Tak ada hotel kat puncak gunong ni.. Sebelum nak turun tu ingat sempat la mengopi, boleh juga panaskan badan.. tapi restoren pun dah mula tutup, terus je lah turun menuju ke kereta kabel.

Saperti masa naik tadi , nak turun pun kena guna kereta kabel memula kereta kabel berputar kemudian kereta kabel biasa..  Sampai kat bawah baru cari kedai kopi. 

Masa turun

Bersama kakak

Sekali satu kereta dengan kami. 

Ada dalam 20 minit kot nak sampai bawah.. 

Bergambar lagi.. 

Ini kerusi kabel yg kakak naik beramai2

BERSAMBONG




No comments: