Tuesday, September 12, 2023

DAH LAMO TAK POI BOSOKO Episod 5

MELANCONG DI GERMAN.

Selesai lawatan di Tasik Titisee , kami terus ke hotel Lebertas elementpure  di bandar Freiburg. Tak di sangka pulak percutian kami ke Switzerland termasuk sehari di German.. Bila tinjau semula pekej KS dan lain lain pekej memang ada di selitkan melancong ke satu tempat di German ni. Kiranya bonus la kot. 
Sebelum check out kita sarap dulu. 


Sarapan mat salleh

Isi lebih sikit ya hehe

Lunch nanti kita makan kebab lagi hehe


Sarapan pertama kami di perantauan, nak cari nasi lemak ke roti canai ke lontong ke memang tak ada la. Kena la jadi mat salleh dalam seminggu ni.. makan roti , telor scrable dan bijiran ( jadi kanak2 ).. Boleh ke bertahan dengan perubahan menu ni.. hehe.. Kita tengok la nanti. Memang kami tak ada bawa bekalan extra pun selain beberapa bungkus megi dan biskut2 dan coklat utk kudapan.. Bak kata orang kampong masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau kena ngap la jawab nya .. 


Siap utk meronda di German.

Semangat masih membara ini.. hari pertama kan hehe
Sebenarnya nak adjust bagi nampak nama hotel hehe.


Pemandu pelancong maklumkan bila kita dah keluar dari Switzerland , kita hanya di benarkan masuk semula ke sana selepas 24 jam. Tak tau lah peraturan ni terpakai kepada bas pelancong sahaja atau menyeluruh. Bila abah sebut dengan kawan kawan yg pernah datang ke sini mengguna kenderaan sendiri ( sewa kereta) mereka kata tak ada pulak di kenakan apa apa sekatan. Mungkin terpakai utk bas pelancong saja. Pemandu pelancong, Nina kata telah ada kes sebelum ni ada syarikat yang telah di denda kerana melanggar peraturan ni. So kami pun melancong dulu di Freiburg. Kami ok je .. 

BANDAR FREIBURG

Freiburg ada lah sebuah bandar university terletak di Southwest Germany’s black forrest. Ia sebuah bandar lama yang telah di bangunkan semula. Abah memang seronok bila tengok bangunan lama ni. Teringat bandar Bath di UK.. sebuah bandar lama yg menjadi daya tarikan pelancong. Mula mula kami berjalan kesebuah pasar pagi, kalau kat tempat kita macam pasar tani la kot.. wah!! Terpesona dengan pelbagai jualan buah2 an segar , bunga bunga segar bermacam jenis barangan lain. Nasib la kat tempat orang , kalau tak harus ada yg beli sayur segar kat sini. Puas meronda di pasar kami meronda keliling bandar. 


Ini bangunan baru

Pengasingan jenis sampah. Kat tempat kita lama dah ura ura nak buat tapi payah 
nak jumpa tong macam ni di sediakan. 

Abah nampak basikal sensitif sikit hehe

Bunga matahari ?

Geram tak ? Hehe

Rasa macam nak borong semua sekali hehe. 

Konsep dia macam pasar tani la kot.. 

Ini sebahagian dari bandar Freiburg yang di moden kan.. Bangunan lama tapi kemudahan pengangkutan terkini. Bila ada pengangkutan awam yg cekap orang ramai tidak perlu lagi membawa kenderaan masuk ke pusat bandar. Memang abah tak tak nampak sangat kenderaan persendirian di atas jalan.. Sebuah bandar yang tenang sesuai untuk di diami.. Ada ke yg nak pindah sini ?  

Penduduk bandar ni tak ramai sekitar 230,241 ( 2019) . Di bandar ni terdapat sebuah university of Freiburg , a public research university. dan katanya taraf kehidupan di sini tinggi. Terletak di tengah tengah Baden Wine growing region. Kebanyakkan penduduk di sini berbahasa German , Inggeris dan Swiss. Perlu di ingat orang German ni berbangga menggunakan bahasa dia sendiri. Tapi di sini pelbagai bahasa di gunakan oleh sebab ramai orang luar menginap di sini. 

Bila agaknya KL nak ada tramp? 

Kombinasi lama dan baru ini gerbang Freiburg.

Sunyi tak ada kenderaan persendirian yg menghuruharakan jalan raya. 
Ini rail tramp

Papaya ni bahasa German ke bahasa melayu ? 
Siapa tiru siapa ni? Hehe

Bukti kami dah berpijak di bumi Freiburg

Besar juga bandar ni kalau nak di teroka dari hujung ke hujung, mak hajjah dan kakak dah serender awal jumpa tempat duduk terus landing, abah je yg merayap sorang sorang. Geng yang lain entah kemana arah tujuan nya , hilang tak nampak bayang.. nasib tak ada yg sosek hehe. Kalau sosek Nina la yg pening nak cari. Ahkirnya kami jumpa kedai arab, jual kebab , terus landing situ.. hajat hati mula tu nak mengopi sambil menghilang lelah.. last last ter oder kebab juga utk lunch. Tak lama lepas tu makin ramai geng yg singgah macam dah janji2 nak berkumpul semula kat situ. Kat sini kena guna Euro.. 

Kopi mahal hehe

Kebab pun mahal hehe

Sejak awal masuk ke bandar ni abah perhatikan longkang dia sentiasa ada air bersih yg mengalir.. pelik juga , mana datang air tu ? Bertambah pelik bila ibu bapa membiarkan anak anak bermain air dalam longkang tu. Dan yg mengejutkan ada pekerja restoren basuh tangan dengan air longkang!!! Kan pelik tu. Kalau kat tempat kita bila ada air mengalir dalam longkang, bermaana ada paip air pecah di mana mana , atau air kumbahan melimpah di mana mana. Mesti kita fikir benda yg kotor. 

Abah sempat merakam video kanak2 bermain air longkang dan mak dia relak je tak marah pun. Why? Bila tanya pakcik google dia kata air yg mengalir tu air sungai , yang sengaja di alirkan utk menyejukkan bandar . Katanya bandar Freiburg antara bandar yg terpanas di German di musim panas. Dengan mengalirkan air di seluruh bandar ia dapat menurunkan sedikit suhu dalam bandar.. bijak bijak. Maka terjawab semua persoalan. 



Jom masuk semula ke Swiss.

BERSAMBUNG.



























No comments: