Wednesday, September 13, 2023

DAH LAMA TAK BERSOKO Episod 8

MELAWAT KE BANDAR ZERMATT

Kami menginap dua malam di Hotel Panorama , Hasliberg. Kata nya ini antara hotel termahal kami duduk kata nya cerah RM 1000 satu malam.. Mahal di sebab kan view yang sangat cantik, lokasi yg strategi mudah sampai sama ada melalui kenderaan atau kereta kabel. terletak di lereng bukit. Kalau musim sejuk antara hotel yg menjadi rebutan bagi mereka yg ingin bermain ski.. 

Sebelum check out sempat lagi bergambar. 


View dari beranda hotel

View dari dewan makan

Kakak pun nak rakam di beranda bilik.

Mak hajjah beraksi di luar hotel sementara menunggu bas ready.

Ini lah nama hotel nya, semalam RM1000++

GLIMSEEPASS

Untuk ke Zermatt driver kami pilih laluan merentas banjaran. Laluan berliku mendaki dan menuruni gunong ini telah ujud sejak sekian lama dan masih di gunakan sehingga sekarang. Malah menjadi pilihan pelancong supaya dapat menikmati pemandangan indah alam sekitar. Lalauan ini di namakan Glimsepass.  Laluan ini melintas Bernese Alps pada ketinggian 2164 meter. Genting Highland Malaysia baru 1800 m . Manakala Cameron Highland setinggi 1603 m .. ( jika nak buat perbandingan) . Laluan lereng bukit ini menyajikan satu pemandangan yang sangat cantik dan memulau. Abah pilih untuk duduk sebelah driver di depan utk menikmati keindahan lanskap ciptaan Tuhan. Kadang kadang rasa seram juga bila bas nak ambil selekoh yg tajam dan terpaksa masuk ke laluan sebelah. Pengguna lain di laluan Glimsepass ini paham peranan masing masing bila ada kenderaan panjang nak ambil selekoh semua berhenti di jarak yang selamat untuk memberi laluan dan melancarkan perjalanan masing masing. 


Kami melalui jalan merentas banjaran yg di panggil glimsepass

Jalan berbukit menjadi kegemaraan pengayuh basikal tegar.. 
kalau abah yg kayuh abah cuba elakkan bukit bukau ni hehe

Sepanjang perjalanan mendaki ada je jumpa rider.

Sepanjang jalan laluan mendaki atau menuruni gunong abah nampak ramai pengayuh basikal berkayuh di sana.. Rekabentuk jalan di lereng bukit ini selesa untuk semua jenis kenderaan , tidak terlalu curam macam kat Genting, Memang sesuai sangat untuk rider menguji kekuatan kaki dan stamina. Driver kata mereka guna basikal bateri hehe, tapi bila abah perhatikan mereka ni memang menggunakan roadbike biasa yang memang sejenis yang suka  berkayuh di bukit. Serupa juga dengan sebahagian pengayuh di Malaysia, ramai yg tak boleh dengar bukit mesti nak di tawan. Ada rider yg setiap minggu kayuh naik Gunong Jerai.. laluan dia lagi teruk dari kat sini.. Frazer hill , Cameron Highland , Genting sempah dan banyak lagi laluan berbukit selamba je dia orang naik.. Kalau rider Malaysia datang sini sudah tentu mereka juga akan kayuh hari2 naik gunong ni.. Tak ada la tinggi mana 2 kali Genting je lebih kurang hehe.. 

Bila sampai di atas puncak gunong bas berhenti untuk memberi peluang untuk kami menikmati keindahan alam. Tapi yang lebih penting masing masing mencari tandas hehe.. Tandas di Swiss ni ada yg berbayar dan ada yg percuma.. tapi dua dua pun dapat permintaan tinggi. Satu perkara yg perlu tau tandas dia orang tak apa paip dalam tandas. Mereka ni jenis tak cebok kot hehe.. Sebelum masuk tandas pastikan bawa botol air , Kita tak selesa nak guna tisu je. Di atas puncak ni juga abah sempat menegur seorang rider. Memula dia buat tak layan je. Maklum la atok mana pulak yg nak menyebuk ni .. Tapi abah sebut la abah juga seorang rider di Malaysia ( mesti dia ingat abah ni pernah wakil Malaysia hehe) Baru la dia nak layan.

Dia tanya abah di Malaysia ada ke laluan gunong macam ni utk ride. Abah kata ada banyak .. Rider Malaysia pun suka kayuh naik gunong ganang ni.. Baru lah dia respek sikit. Bila abah sebut Kuala Lumpur dia kata pernah singgah ( transit ka kot) di akhir perbualan abah ajak bergambar dia ON je.. maklumlah nak bergambar dengan rider Malaysia. 

Jalan macam ular di palu..

Pilot professional, tenang dan sabar je mengambil selekoh tajam.. 

Merakam dengan background view yg cantik

Kakak

Bergambar bersama bakal doktor.. yg masih study

Background gunong ganang yg canril


Sempat berkenalan dengan rider Swiss.. 

Rumah papan yg cantik

Satu perkara yang abah perhatikan di sepanjang jalan kita akan di sajikan dengan pemandangan cantik rumah rumah kayu yg di bina di lereng bukit. Rekabentuk rumah hampir serupa ada yg besar ada yg sederhana terletak di lereng lereng bukit saperti sebuah hamparan lukisan. Tambah menarik bila di bina mengunakan kayu. Bertiang kayu berdinding papan. Katanya ada di antara rumah ni telah di bina ratusan tahun dan masih kekal cantik. Mereka yang melancong cara DIY boleh cari homestay rumah kayu macam ni.. mesti seronok. 

ZERMATT

Satelah melalui jalan berliku akhirmya kami sampai ke stesyen keretapi untuk ke Zermatt. Bandar Zermatt terletak di bahagian selatan Switzerland di daerah Canton, ianya merupakan sebuah resort atas gunong yang di terkenal di kalangan mereka yg bermain sukan ski , pendaki gunong dan hiking. Oleh kerana kedudukan nya pada altitude yg tinggi kawasan pergunongan sekitar Zermatt sentiasa bersalji Ada empat kawasan bergunong bagi pemain ski di Zermatt, Sunnega, Gornergrat, Klein Matterhorn dan Schwarzsee. Bandar ini terletak pada ketinggian 1600 meter. ( lebih kurang tinggi Cameron highland) Gunong ikonik berbentuk piramid yang terkenal, Matterhorn terletak berhampiran bandar ini. Di sini terdapat banyak hotel , resort dan homestay . Bandar Zermatt adalah sebuah bandar pelancongan yg terkenal, Sesiapa yg melancong ke Switzerland mesti datang ke Zermatt. 

Separuh dari pekerjaan yg terdapat di Zermatt adalah dalam bidang perhotelan dan restoren. Satu perkara yang unik abah perhatikan kenderaan yg di benarkan  beroperasi di bandar ini adalah kenderaan berkuasa elektrik, menggunakan bateri. Teksi berkuasa elektrik, pickup lori pun berkuasa elektrik menggunakan bateri. Comel2 je semua. Untuk sampai ke Zermatt kami naik train. Keretapi ni boleh muatkan seramai 80 orang serentak. Sepanjang perjalanan kita di hidangan pemandangan yang indah , gunong ganang yang memukau. Siapa yg duduk ke arah kawasan lapang dapat la melihat pemandangan indah.. tapi di sebelah lagi nampak tebing gunong je la hehe. 


Stesyen keretapi

Dalam train, yang ada tempat duduk penuh 

Kalau naik bawa basikal ke kat sini la hehe

Zermatt antara resort pelancongan yang termahal di eropah. Bayaran utk memasuki tempat bermain ski juga antara yang termahal. Walaupun mahal ia tetap menjadi pilihan kerana pemandangan yg sangat cantik. Zermatt ni berada di kawasan di mana ramai penduduk nya menggunakan bahasa German dan juga bersempadan dengan Perancis dan Itali. Di Zermatt ramai yg bertutor dalam basa German. Masa yang di katakan sesuai utk pelancong datang ke Zermatt ialah antara bulan Jun dan September.. musim panas.. tepat masa kami sampai. 

Teksi 

Bangunan yg unik.

Bandar Zermatt

Kami ada beberapa jam utk meronda bandar Zermat. Sama ada berjalan kaki atau menaiki teksi, tekdi di Zermatt ni boleh muat 6 orang duduk mengadap2.. Firstime merasa naik teksi elektrik. Bila guna elektrik ni tak dengar la bunyi injin.. Lupa pulak tambang teksi masa kami naik tu .. hehe.. Driver teksi bawa kami naik ke atas bukit melalui jalan yg sempit di celah celah bangunan kayu yg cantik cantik.  Tujuan nya utk sampai ke satu lokasi stretagi utk bergambar berlatar belakangkan gunong Matterhorn. Kalau nak naik sampai ke kaki gunong pun boleh tapi ada bayaran.. Dapat bergambar dari jauh pun jadi lah. Kenapa agak nya gunong Matterhorn ni di kata gunong yang paling popular ya? 

Dalam teksi

Ngam ngam muat 6 orang.. 

View dari atas bukit.

Pot yg stretegik bergambar membelakangkan gunong Matterhorn. 

Perasan tak ada satu coklat guna gambar gunong ni. 
Yang selalu shopping coklat kat Langkawi mesti tau .

Semua group yg datang Zermatt mesti datang bergambar sini. 
Bukti dah nampak Matterhorn hehe

Matterhorn Hotel

Restoren halal

Satu satu nya restoren yang menjual makanan halal. Kat Zermatt ni tak sampai 100 orang penduduk islam nya , tapi ramai pelancong dari pelbagai negara islam datang melancong ke sini. Kali ni tak oder kebab, abah oder burger. Besar juga burger nya cukup utk mengenyangkan abah seharian. Lunch memang tak termasuk dalam pekej. Sama ada masing bawa bekal atau makan di restoren yang menjual makanan halal. Kat mana mana kita pergi pun insyaallah boleh dapat restoren halal. Cuma nak cari asam podeh ko, masak lemak ke memang tak jumpa la. Menu arab atau menu mat salleh yg halal.































No comments: