Thursday, August 7, 2014

selamat hari ulang tahun yg ke..................

Assalamualaikum...

Tarikh 8.8.1981 adalah tarikh bersejarah buat kami berdua.. dan sekarang 8.8.2014 berarti telah 33 tahun kami hidup bersama .. menempuh suka duka dan pahit manis kehidupan berkeluarga..dan membesarkan 5 cahaya mata... Alhamdulilah syukur kepada mu Ilahi.. kerana telah menyatukan dua hati.. dalam satu kehidupan yg penuh warna warni..berkatilah hidup kami.. ampunkan lah segala dosa dan kesalahan kami.. murah kan lah rezeki kami kurniakan lah kami kesihatan yg baik.. peliharalah kehidupan kami .. dan permudahkan lah segala urusan kami... amin 

































selamat hari ulang tahun yg ke..32.. 
semoga kekal bahagia.. 
sehingga 
ke 
akhir hayat....








Tuesday, August 5, 2014

Gosan

Assalamualaikum....
Bila baca tajuk tu jangan keliru pulak... dan tak payah pening memikirkan nya.. sat lagi saya akan bagi tau.. so macam mana beraya di kampong masing? Mesti la best kan.. tambah lagi bila berjumpa ayah bonda dan sanak sedara.. masa ni la boleh berkumpul.. makan bersama bergurau senda bersama bermaafan bersama.


Tambah manis bila nak balik mak bekalkan dengan masakan kegemaran kita... tak banyak pun tapi sungguh bermakna.. baru2 ni. Mak bekalkan rendang ayat yg merupakan feberet zino hehe.. special nya rendang omak ni dah seminggu pun masih elok lagi masih sedap lagi.. tak ada lauk lain pun tak pe..

Bila tinggal sikit ni lagi la sedap.. kalau boleh nak makan sikit sikit gaul dengan nasi dan makan...mak aii sodap e.. benda ni la yg di panggil gosan.. sebulan boleh tahan rasanya dan tak basi.

Gosan ni rendang yg dah kering tu. Cedok sikit gaul dengan nasi dan makan tak ada lauk lain pun tak pe.. lauk lain yg mem masak tak bergusik.. tapi hari ni last gosan dah habis.. tak pe.. balik kg nanti boleh minta mak masak lagi.. hehe..

Sunday, August 3, 2014

riang ria hari raya..

Assalamualaikum...
Masih mood raya kan... jom kita beraya di kampong.....