Wednesday, September 6, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO Episod 2

2.0 EKAU NAK POI MANO JANG

Selepas bersara dulu ada dua program melancong yg abah join.. Kedua2 nya pergi bersama orang yg belum kenal rapat.. hanya berkawan di facebook.  Yang mula2 tu lagi best kenal tak sampai seminggu terus setuju nak ikut rombongan mereka. ( Terima kasih kepada yg kenalkan abah kepada group ni )  Ahli rombongan lain tu kebanyakan nya ada pertalian persaudaraan antara satu sama lain, atau saling mengenali, berasal dari Trengganu.. kami berdua je di anggap orang luar.. Pelancongan kami ke Turki masa tu sangat menarik, ahli rombongan pun cepat mesra dan kami di anggap sebahagian dari mereka. Walaupun kadang2 tak boleh masuk apa yg mereka bualkan.. ( sleng Ganu kita hehe) 

Program kedua lagi menarik  bersama satu pasangan yg belum pernah jumpa hanya berkawan di fb.. momen bersejarah ini telah di rakamkan dalam sebuah buku.. ABAH DAN MAK POI ICELAND DAN UK. Nak tau kisah nya kena lah baca.. ( promosi ke ?) 

Sebelum PKP abah dah ada dua program pelancongan yg di rancang tapi sedihnya dua2nya terbengkalai.. Pertama ke Pakistan dan kedua ke New Zealand. 

Program ke Pakistan tu dah bayar deposit dah bawa duit tiket kapal terbang dengan koodinator.. tetiba datang covid !! datang PKP.. Tapi kami masih bernasib baik koodinator belum submit payment ke agen pelancongan.. Bila keadaan tak menentu dia ambil keputusan untuk tunggu dan lihat.. Akhirnya kami setuju batalkan  dan  duit di kembalikan. SELAMAT

Program kedua yg lagi sedih untuk di ceritakan.. Sedih dan sakit hati kerana tak di sangka2 perkara sedemikian boleh berlaku.. Sangat mengejutkan. Tapi semua nya telah jadi sejarah.. Di telan mati omak di luah mati bapa  bagitu lah keadaan nya ketika itu.  Lebih lebih lagi abah terkilan sebab ia melibatkan 3 orang sahabat yg abah ajak sama untuk menyertai rombongan  ke New Zealand . 

Segala perancangan awal dan perbincangan sesama ahli rombongan berjalan lancar. Segala kos yg terlibat telah di lunaskan dan masing bersemangat bercerita tentang tempat tempat menarik yg bakal di lawat.. Tiba tiba kami di maklumkan berlaku masaalah teknikal yang pada fikiran abah tak masuk akal.. tak kan lah.. tapi berlaku.. Segala galanya berkecai.. hancur musnah !!! lebur

Sebahagian wang telah di kembalikan tapi ada banyak lagi yg perlu di lunaskan. Kami dah beri tempuh masa yg cukup panjang utk dia mencari jalan penyelesaian  yg tuntas. Kami tidak lupa cuma bagi masa. Kita tinggalkan dulu kes ni.. Jika tak ada penyelesaian nanti abah tak ada pilihan terpakda juga bertindak.. ( serious betul bunyi nya ? )

Bila keadaan telah kembali tenang abah mula merancang untuk melqncong lagi.. kali ni nak pergi kemana pulak ? dan nak masuk negara orang di musim apa ? dan yang lebih penting nak pergi dengan siapa ? nak buat travel cara DIY tak penureh dan tak kompiden hehe . Kalau ada yg nak bawa abah ON je. semua tu berlegar di fikiran abah dan bila di bincangkan dengan kawan kawan perbagai idea keluar macam2 negara yg di cadangkan. 

akhirnya masuk shortlisted Balkan, Switzerland dan sebuah negara Timur Tengah.. Mak pilih Balkan Kakak pilih Switzerland. 

Dalam percarian nak pergi dengan siapa , syarikat pelancongan mana ? akhirnya abah tertarik dengan syarikat Kembara Sufi ni.. Abah follow fb dia.. abah bertanya pekej2 pelancongan  yg dia tawarkan dan bandingkan harga pekej berbanding syarikat lain.. Ada juga bertegur sapa dengan tokei syarikat di facebook. Yang lebih menarik perhatian abah almost setiap hari/ minggu  ada je rombongan yang di urus KS bergambar di KLIA sebeleum berlepas ke pelbagai distinasi. Bila ramai yg menggunakan khidmat nya tentu syarikat ni di percayai ramai.. 

Bila kakak kata nak ikut , tapi nak ke Switzerland.. abah dan mak pun setuju ke situ dulu.. Mulanya cadangan tu Bulan Sept atau dah masuk autumn tapi kakak pulak kena ikut bila dia di benarkan cuti.  Bila konfom je kakak boleh cuti abah pun terus book.. Bermaana kami travel in summer.. 

Bersambung... 


No comments: