Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

sopping raya....

bejembik dengan manusia..

sanggup ke berada dalam lautan manusia tu..

kata orang kalau tak pakai baju baru masa raya kira bukan raya la.... baik yg kecik mau pun yg besar baju baru di hari raya tu kira dah jadi wajib... satu kemestian... orang kaya ke orag kurang kaya ke... orang berada ke kurang berada ke.. semua ada hak utk memakai baju baru di hari raya... kemeriahan satu syawal akan terserlah bila berdondon berjalan beramai ramai ke rumah sanak sedara utk beraya....

maka sopping raya juga sudah jadi satu kewajipan .. ada yg awal2 lagi dah ready , kata nya tak mau bersesak dengan orang ramai kalau sopping last minit... tapi pada setengah orang kemeriahan sopping juga sudah menjadi satu pesta yang harus di lalui hehe... pergi la kemana saja shopping compleks , gedung besar ke gedung kecik ke.. bazaar ke .. semua nya di penuhi dengan pelanggan yg ingin mencari baju idaman masing masing... yg lelaki mencari baju melayu yg perempuan mencari baju kurung... dan yg remaja dengan fesyen idaman mereka... anak anak kecil biasa nya terima je apa yg mak ayah beli... kalau boria pun tak kisah hehe..

teringat masa kami kecik2 dulu... beberapa bulan sebelum raya ayah dah bawa kami ke pekan utk tempah baju raya... kami yg lelaki ni 4 beradik akan menempah baju melayu yg sama kaler, tempah seluar dan baju kemeja sekali.... mudah nya tempah ni ayah boleh bayar sikit2... tak perlu bayar sekali gus... ada duit ayah bayar sikit... kehidupan masa tu tak ada le semewah yg di lalui anak anak zaman sekarang.. yg penting seminggu sebelum raya sekali lagi kami ke pekan utk mengambil baju tempahan tu.. sebelum bawa balik kena test dulu kat kedai tu ok ke tak.. hehe

kalau nak tau kami adik beradik dulu pernah tempah kasut raya... !!! sape yg ada pengalaman ni? hehe masa tu ayah di Port Dickson... bertugas di kem Sunggala... kami adik beradik tempah kasut di tukang kasut yg buat boot askar hehe.. bayangkan la kasut apa yg kami dapat hehe sure kasut boot askhar hehe.. tiga kali raya zino tak perlu tukar kasut hehe.. zino ingat lagi apek tu minta zino berdiri tanpa kasut di atas sekeping kertas putih.. lepas tu dia lukis ikut kaki zino dengan pensel... tu je... bila datang balik kedai tu kasut boot dah ready hehe...

Wednesday, September 8, 2010

Salam aidil Fitri..

Kepada semua rakan blogger,

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin

dari kami sekeluarga...

Saturday, August 28, 2010

Duit raya...






salam semua,

Bagaimana agak nya persiapan anda untuk menyambut ketibaan syawal.. dah boleh la kan bercerita pasal raya.. hehe sekurang kurang nya sekarang ni masing masing dah menyiapkan berpasang pasang baju baru utk di pakai di hari lebaran nanti, atau masih tercari cari tema raya.. juga rasanya sekarang ni telah menyediakan berbekas bekas biskut raya , ada ramai yg menjadi pengedar di pejabat tu so ramai juga la yg meng oder nya.. cara mudah dan cepat untuk menyediakan juadah raya.. tak payah bersengkang mata utk membakar biskut raya.. bakar dengan RM hehe.... dan satu perkara lagi yg sudah sinonem dengan raya ialah duit raya..

Duit raya juga satu perkara penting di hari lebaran.. sebelum salam utk meninggalkan rumah tetamu di kanak kanak akan tertunggu2 bila agaknya tuan rumah nak hulur sampul yg ada duit.. sampul kosong tak mau.. telah menjadi satu kemestian utk memberi duit raya kepada kanak kanak.. kanak2 dewasa tak payah la kot.. hehe lagi banyak dapat lagi meriah la raya kepada anak anak ini..dan mereka akan berkira kira kalau ke rumah sedara ni akan dapat sekian RM , kalau bertandang ke rumah sedara yg tu pulak dapat duit bosi je hehe..

teringat zaman kanak kanak dulu, sebelum beraya kami akan berpakat sesama sedara, rumah mana yg nak di serang dulu hehe biasanya kami pergi ke rumah yg biasa bagi duit raya yg lebih.. masa tu mana ada sampul raya, sekarang ni ada pelbagai rekabentuk sampul raya ni....susah nak dapat duit kertas.. so semakin banyak rumah yg kami singgah semakin berat poket dengan siling, semakin kembung poket baju melayu.. semakin meriah bila kami berkumpul mengira duit raya..

berapa peruntukan duit raya kali ni??

Tuesday, August 17, 2010

shopping raya..

ahad lepas kami keluar shopping.. alang tak mau ikut, dia kata nak balik awal.. lagi pun dia boleh pegi beli bila bila je.. maklumla anak bujang tak perlu lah menyusahkan mak bapa.. bagi je bajet kat dia pandai le ngurus nanti hehe..so kami pun keluar berempat.. saya dengan adik di bahagian kanak2 sementara mem dan kakak di bahagian ladies.. ramai nya umat manusia sedang menyopping.. meriah sungguh..

adik tak banyak kerenah , apa saja yg abah belikan dia ok je.. belum lagi sampai peringkat macam angah dan along satu masa dulu.. berpuloh2 kedai kami masuk dia masih tak pekenan hehe.. last last dah tak larat nak ikut ragam kami bagi duit kat dia , minta dia cari sendiri dan kami duduk lepak kepenatan hehe.. dia org nak something yg mengikut selera sendiri.. tak mau dah apa yg abah dan mak tunjuk.. hehe..

so bagaimana dengan anda semua? dah beres ke?

Saturday, November 28, 2009

jadi juga....



pada perancangan awal memang dah set tak nak balik kampong.. konon nya nak bagi ruang kepada fizah utk belajar.. masa balik kampong sebelum tu pun dah beri tau mak tak balik.. mak kata ok je.. tapi entah macam mana berlaku perubahan plan di saat akhir akhir... semua nya gara gara nak makan rendang ayam mak yg enak tu hehe..

mem pakat dengan kakak utk beritau uwan di kampong kami akan balik raya... zino ok je maka nya selepas sembahyang raya di surau belakang rumah kami bertolak balik.. ingatkan perjalanan lancar.. tapi dari Nilai ke Seremban jem... di tambah pulak dengan hujan lebat di hiway..tu.. tapi alhamdullilah kami selamat sampai ke kampong.. dalam perjalanan tu adik zino talipon rupanya mereka ada beberapa minit di belakang kami sedang mengharungi jem yg sama hehe..

se sampai di kampong.. kelihatan ayah telah pun dalam perjalanan ke masjid utk sembahyang jumaat.. dah jam 12.30 rupanya.. aku terus menuju dapur.. mak sedang makan.. aku pun terus tarik kerusi untuk joint sama tapi utk menikmati lemang dengan rendang ayam yg di idam2kan tu hehe.. satu dua tiga... empat.. opps cukup dulu masa utk ke masjid balik nanti sambung makan hehe..

selepas sembahyang jumaat di masjid berhampiran .. majlis makan makan pun bermula.. ayam rendang kampong mak menjadi pilihan ramai.. memang berselera nampak nya semua makan.. lepas tu makan lemang lagi.... aduhhh tak tahan perut aku... hehe mengah kekenyangan.. selepas berehat di serambi rumah.. sorang adik aku nak pergi bercuti di A Famosa.. sorang lagi nak balik awal sebab ada urusan.. dan aku ambil kesempatan nak berehat dulu.. sempat juga tidur sebentar.. tapi tak boleh lama juga.. fizah kata dah beberapa jam dia tak usik buku.. sebelum balik terima jemputan dari ipar di shah alam... makna nya balik ni terus ke sana..

perjalanan balik ke KL di sambut dengan hujan yg amat lebat.. dari kampong aku ikut jalan lama.. sampai di Taman Tungku Jaafar sebahagian jalan di tengelami air.. pada mulanya tak berani nak harungi nya maklum la aku guna kereta along.. nampak macam dalam je.. ikut berhenti dulu kat tepi tu..sehingga sebiji demi sebiji kereta meredah banjir tu.. bila agak confident baru lah aku meredah nya sama hehe..

hujan lebat sehingga lah hampir sampai ke shah alam.. jamuan lagi ......tapi aku dah tak larat nak makan.. masih lagi kekenyangan.. bila sampai semula ke BTR dah pun masuk magrib... sekian aktiviti raya kami seharian.. nasib la kampong dekat boleh decide bila bila masa pun nak balik..

bagaimana anda??


Thursday, November 26, 2009

salam aidil adha

kepada semua muslimin dan muslimat, selamat hari raya korban.. dan kepada kawan kawan yg balik kampong selamat balik kampong.. inshaAllah kami akan beraya di KL je tahun ni.. sebab anak dara tu masih dalam mood periksa.. dan kalau makan rendang kobau tu ingat ingat kan lah kami di sini hehe..

kabar nya raya korban ni lebih meriah di sambut di pantai timur, dan kepada kawan kawan yg nak balik ke kelantan atau trengganu, rancang perjalanan anda dengan bijak takut nanti anda tersangkut di mana mana.. maklumlah sekarang ni kan musim tengkujuh.. ada kawasan kawasan yang tidak boleh di lalui akibat banjir.. masa meeting petang tadi ada juga bertanya kawan kawan yg berasal dari kelantan.. dia kata walaubagaimanapun keadaan nya dia tetap nak balik kampong juga hehe.. bersemangat sungguh.. hehe

yang berada di Kl jemput la datang beraya ke rumah kami..

Wednesday, October 7, 2009

1malaysia

hari ni kami makan makan lagi.. kali ni makan besar yg di adakan di Taman Tasik Titiwangsa.. memula majlis perhimpunan Kementerian, lepas tu di sambung dengan Majlis hari raya.. bila dah hari raya tu apa lagi makan je lah hehe

nak cerita panjang mata dah ngantuk.. kita layan gambar2 je lah ya..


ada tak ciri ciri 1malaysia? hehe

sebahagian yg hadir...

yang ini juga..

tengok macam biasa je tak payah sengetkan kepala tu hehe

satay pun ada.. sedap..

agak2 apa benda ni kan? tapi sodappp

selamat hari raya Dato'

apa apa pun sebelum tu kita nyanyi dulu..

tu je.. sebenar nya ada penyanyi jemputan.. si Izat tu.. tapi gambar yg di rakam tak berapa nak menjadi so bayangkan je lah budak tu nyanyi atas pentas tu dan berdoyon2 nak naik ke pentas nak tangkap gambar hehe..

Sunday, September 20, 2009

malam raya...

biasa nya malam raya zino dah berada di kampong... dua tiga hari sebelum raya pun dah ada di kampong,.. tapi kali ni malam raya kami masih di KL.. baru lepas ngajar fizah buat ketupat .. terkial kial je.. masa dulu zino belajar dengan memerhati kakak2 sepupu buat.. dok mengintai macam mana dia anyam daun kelapa tu..

alang di tugas kan menggosok baju melayu utk di pakai pagi esok , mula ingat nak sembahyang di masjid negara.. tapi rasanya kami akan bersembahyang di surau belakang rumah ni je.. tak payah nak susah susah bawa kereta , jalan kaki je..

mem dah masak rendang, ketupat ni entah bila nak masak.. rasanya macam tak sempat nak masak malam ni.. tadi pegi tunjuk lemang kat simpang depan tu.. tak bayak lima batang je.. masaalah juga bagi yg nak bakar lemang sebab sejak tengah hari tadi hujan.. merasa lah tadi makan lemang panas....

angah , kakngah dan baby qaisara ada bersama kami sekarang.. along pun dah sampai KL tapi tak sampai sini lagi.. pagi esok lah tu dia datang.. kata nya nak masak2 dulu kat rumah dia.. agaknya masing masing bzz di kampong halaman bersama keluarga dan sedara mara.. semuga hari raya anda semua meriah semeriah2nya...

sementara tu mari kita layan qaisara..... antara suka dan duka...hehe


Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya aidil fitri..


Zino dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua sahabat jauh dan dekat, yang pernah berjumpa dan yang masih berada di alam maya, mohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kesalahan zino semasa memberi ulasan dalam blog tuan/puan , senda gurau yang tidak di senangi, kata kata yang mungkin menyinggung perasaan ...

kepada yang akan memulakan perjalanan jauh balik ke kampong berhati hati semasa memandu, berhenti seketika di mana mana R&R untuk berehat sekiranya perlu.. semuga anda semua selamat dalam perjalanan, dapat berjumpa sanak sedara di kampong , beramah mesra dan berhari raya bersama sama, ziarah menziarahi , maaf bermaafan... bila makan tu kena kawal la ya...

kami akan balik kampong selepas sembahyang raya di KL.. dua hari di kampong lepas tu akan berada semula di KL.. kepada yang beraya di KL jemput datang ke rumah kami.. kueh tunjuk dah kami sediakan hehe..

dalam gambar tu tiada gambar penulis...

Monday, August 31, 2009

shopping .. round...1

salam semau,

cuti merdeka hari ni zino gunakan sepenuhnya utk shopping.. jalan pun tak berapa jem dan lancar.. dalam compleks biasa lah penuh sesak tapi di kaunter clear je.. alang di bahagian gent.. fizah di level ladies..ditemani mem.. zino dengan hazwan cari corner yg sesuai menanti hehe siapa siap dulu call abah,

alang masih ikut bajet.. selesai dulu.. baru lah fizah.. melampaui dua tahun punya bajet hehe.. lepas tu baru naik ke level children.. giliran adik pulak memilih.. adik yg baik ikut je cakap abah.. so dengan cepat selesai..

dalam compleks tu memang penuh sesak dengan manusia.. zino cuba elak sedaya upaya untuk tidak berada dalam kesesakan.. di kaunter nampak lega.. mudah dan pantas.. selesai shopping tak tunggu lama.. masing masing dah kepenatan.. terus balik..

tapi mem belum beli apa lagi.. makna nyha ada nanti round..2.. anda bagaimana dah setle ke shopping raya? hehe