Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

demi sesuap nasi....

salam semua....
Semasa jogging di Tasik titiwangsa pagi tadi zino terserempak dengan Pakcik ni... dengan gigih zino tengok dia menolak kereta sorong yg sarat dengan jualan.. ada air minuman ada pelbagai jenis makanan ringan dan senagai nya... tersentuh hati bila melihat Pakcik ni.. berpeluh peluh menolak kereta sorong nya di sekitar taman utk mencari rezeki.. bila penat dia berenti.. di mana ada pengunjung yg ramai di situ dia membawa jualan nya...

Ramai yg memerhati... ramai yg hanya melihat tak ramai yg membeli.. pak cik terus menolak kereta sorong nya sambil mulut nya menyebut.. air air air... sambil memandang dengan penuh harap setiap orang yg lalu di hadapan nya... dia tak memaksa sesiapa membeli.. dia tidak mengharap sesiapa bersimpati... dia mencari rezeki dengan menjaja... bila tiada yg membeli dia terus menolak lagi.. mungkin berat mugkin penat tapi pakcik tak putus ada...

Rezeki nya ada di taman itu.. dia yakin itu.. dia terus menjaja.... air air air....

Sunday, August 14, 2011

PARAM.....di mana mana....

setiap kali masuk bulan ramadhan, maka bazaar ramadhan akan tumbuh di merata tempat.. business di bazaar ramadhan merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga atau kepada sesiapa saja yg berhajat nak mencari pendapat tambahan..

pada kebiasaan nya pihak berkuasa tempatan akan mengatur mengawal dan menyediakan tempat tempat bazaar ramadhan di tempat tempat tertentu dengan mengambil kira lokasi yg stretegik, keluasan tapak, kesesakan lalulintas dan sebagainya...

dari tahun ke tahun bilangan bazaar ramadhan akan bertambah , ada juga yg berpindah ke lokasi baru apabila keujudkan bazaar ramadhan menumbulkan keresahan dan kesulitan kepada pihak lain... di situ perlu ada kompromi di mana tempat tempat yg sesuai dan selesa utk orang ramai berurusan..

salah satu tapak bazaar ramadhan yg di kenali ramai adalah di Taman tasik Permaisuri... Bandar Tun Razak.. katanya bazaar ini di kunjungi oleh pelanggan di kawasan sekitar dan di luar dari kawasan tersebut.. setiap petang keadaan perniagaan amat meriah dan di penuhi orang ramai.. peniaga pendapat untung dan pembeli mendapat apa yg di cari utk di jadikan juadah berbuka... kedudukan bazaar juga strategik dan berhampiran tempat letak kereta stadium bola sepak...

cuma malang nya tiada siapa yg mengatur di mana patut di letak kereta dan sebagainya dan pada kebiasaan juga orag ramai paling suka meletak kereta berhampiran dengan bazaar tempat mereka berurusan... maka akan terjadi lah seperti mana gambar gambar yg anda lihat.. jalan yg ada tiga lorong telah menjadi satu lorong kerana sikap tidak bertimbang rasa setengah dari pelanggan sendiri..

sebenar nya zino tak perlu lalu jalan ni utk pulang setelah ke bazaar ramadhan tetapi sengaja ajak alang ikut jalan ni utk merakam keadaan sebenar dan boleh di kongsi di sini... rasanya keadaan serupa berlaku di mana mana bazaar ramadhan.. keselesaan setengah pihak menjadi kesulitan kepada pihak yg lain... kadang kala kita lupa dan hanya mementingkan diri sendiri dan suka mengambil sikap tidak apa dan tidak kisah.. kalau orang lain boleh letak kenapa saya tak boleh??

fenomina ini berlaku setiap tahun, akan banyak la aduan dan rungutan yg bakal di terima di analisa dan di rumuskan setiap kali selesai bulan puasa... penambah baikkan pastinya akan di lakukan utk tahun tahun berikutnya tetapi keadaan ada kala nya sukar di kawal dan di bendung... budaya rakyat malaysia sudah bagitu dan amat sukar utk di trafomasi kan kecuali dengan paksaan.. maka kita kena terima hakikat nya bagitu..

ini belum lagi kita selami keadaan perniagaan itu sendiri..... walauapapun terpulang lah kepada kita sendiri sama ada utk menyokong atau berkecuali dalam isu bazaar ramadhan ini... selagi ada perasaan bertolak ansur toleransi dan bersabar segalanya akan berjalan lancar walaupun pergerakkan kereta tidak bagitu lancar......


renung2kan dan selamat beramal. hehe

Friday, June 10, 2011

kisah semalam...

memula ingat tak nak share kat blog ni.. tak ada lah apa sangat.. tapi rasa nya tak ada salahnya berkongsi peristiwa ni pun.. ..saja nak dengan apa pendapat rakan blog... kisahnya semalam.. masa lalu di hiway mahameru masa nak balik kerja.. terpandang kat kereta sebelah.. ada sorang gadis melayu drive sensorang pakai baju kurung... muda .. cantik tapi tidak bertudung...

itu bukan isu.... bila zino lalu sebelah dia kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangan sambil drive... dengan cermin kereta di turunkan jelas kelihatan rupanya dia sedang memegang rokok... sesekali nampak dia menyedut rokok yg di tangan.. alahai... trend orang bandar macam tu ke.. dah beberapa kali sebenarnya zino jumpa peristiwa macam ni gadis menghisap rokok... biasa nya jumpa tu bangsa asing... tapi bila ternampak gadis melayu berbaju kurung... rasa macam tak berapa pekenan di hati...

apa pendapat anda...???

Sunday, May 15, 2011

subsidi...

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. “Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

terangkan lah macam mana sekali pun rakyat memang tak akan paham... kalau paham pun buat2 tak paham.... kalau naik saja semua akan bercakap.. semua bising ... semua marah.... so cari lah cara lain utk mengatasi masaalah ni... kalau ada la...

Monday, April 11, 2011

Down town...

Uptown atau Downtown satu jenama yang di kenali di kalangan penduduk kota.. salah satu Downtown yg di ketahui ramai terletak di padang letak kereta Veledrom, Bandar Tun Razak.. jangan tak tau mereka ni ada lawan web sendiri .. http://www.kldowntown.com/ juga di kenali sebagai bazaar larut malam...

qaisara dengan papa...

asal usul Uptown ni bermula di Damansara dengan menjalankan kegiatan jualan car boot sale secara haram.. dan menjual barangan lama termasuk pakaian ... apabila ia nya mendapat sambutan ramai ianya di legalize kan dan berpindah ke Wangsa Maju.. maka bermula lah era Uptown dan Downtown...

Hazwan dengan muka sedih yg di minta tak dapat hehe

terdapat sebuah lagi Downtown yang terkenal di Danau Kota, Setapak.. juga menjadi tumpuan warga kota untuk membeli belah dan bersiar2 di waktu malam.. oleh kerana sambutan yg menggalakkan dari warga kota sehingga tempat tersebut selalu menjadi masaalah kepada penduduk setempat kerana masaalah trafik jem..

pancaran lazer...

DownTown Bandar Tun Razak juga tidak kurang terkenal dari kalangan warga kota.... operasi perniagaan bermula jam 10.00 malam sehingga entah jam berapa.. setiap kali bila lalu di kawasan tu waktu tengah malam penuh sesak dengan kenderaan.. kadang kala dari Veledrom sehingga ke sekolah teknik orang terpaksa memakir kereta... tertanya tanya juga apa sebenar tarikan di DT ni..
kasut pun ada...

Hari sabtu lepas kebetulan Angah nak berjalan2 ke DT zino pun turun meninjau apa sebenar nya yg menjadi daya penarik kepada warga kota... nak kata barangan yg di jual murah .. zino peratikan harga nya sama yg di jual di tempat lain.. nak kata banyak pilihan tak juga rata rata kebanyakkan menjual benda yg sama.. pakaian kasut beg dan sebagainya... so apa yg sebenarnya menjadi daya tarikan...??

Sara nak ball

kebanyakkan peniaga adalah melayu tapi ada juga cina dan india.. sebilangan besar pengunjung ada lah Melayu, besar kecil tuan dan muda... malah kanak2 pun ramai yg di bawa sana oleh keluarga masing masing... kenapa tengah malam?? agaknya berjalan waktu malam ni sejuk sikit kot... selepas dinner di mana mana sesaja datang sini utk mencuci mata atau mengempiskan dompet...

apa nak cari ni...

Adakah yang berkunjung ke sini pelanggan yg sama atau setiap kali nya pelanggan yg berbeza.. kalau sama apa kah jadah nya mereka datang ke sini selalu.. kalau pelanggan berbeza.. dari mana kah mereka semua ni... agaknya beribu dah yg datang ke sini.. kalau di hitung dari bilangan kereta yg di pakir.. angka itu tidak mustahil....

buah2an tempatan...

tapi tidak di nafikan kegiatan perniagaan larut malam ini menjadi sumber pendapatan lumayan kepada yang rajin mencari rezeki... perniagaan makanan juga tidak melepas peluang utk meraih keuntungan berniaga di pinggir kawasan downtown ini.. dan ini telah menjadi satu budaya baru kepada sebahagian warga kota....
pelbagai jenis air minuman..

jawapan kepada persoalan kenapa ramai pengunjung ke bazaar larut malam ni masih belum terjawab.. tak tau la ada ke sebarang analisa dan kaji selidik telah di jalankan untuk mencari jawapan kepada persoalan ini... kunjunga kali pertama zino ke tempat tu berakhir dengan kepenatan , keletihan kerana meninjau dari satu lorong ke satu lorong cuba mencari apa
ke istimewaan tempat ini... itu pun banyak lorong yg kami tak sempat teroka....

pelbagai pilihan...

mungkin anda ada teori berkaitan kegiatan perniagaan tengah malam ni... menagapa tempat bagini menjadi tumpuan warga kota terutama sekali Melayu.. tak perasan pulak berapa % di kalangan pengunjung tu yg membeli belah.. atau datang sekadar untuk mundar mandir di kawasan tersebut...sesambil cuci mata.. hehe

dalam lori pun jadi...

walauapapun kepada yg berniaga , teruskan lah kerana itu yg di kehendaki warga kota... dan kepada pengunjung terus lah menyokong industri perniagaan seumpama ini.. dan kepada penduduk setempat rancanglah perjalanan anda supaya tidak terperangkap dalam kesesakan sekiranya terpaksa masuk ke kawasan sebegini... ok sila komen....

Saturday, February 12, 2011

sangat releven...

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun M

12/02/2011 12:35pm

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan. Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. ''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan


sangat setuju dengan statement ini.. bangsa lain telah semakin berani mempertkaikan hak melayu.. dan membuat tuntutan yg bukan bukan.. dan org melayu seolah2 takut utk mempertahankan nya.. kerana terlampau nak menjaga hati orang lain....

di persimpangan.....


kadang kala kita menghadapi satu situasi...
kita berada di persimpangan..
terpaksa membuat pilihan..
dan ada banyak pilihan...
kita kena memilih
salah satu
dari nya..

bagaimana
anda

melakukan nya..??

Wednesday, January 26, 2011

Facebook, Twitter melekakan


MASSACHUSETTS - Kajian mendapati laman sosial Facebook dan Twitter mampu membuat manusia cende-rung mengasingkan diri daripada dunia nyata.

Penyelidik Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), Sherry Turkle mendakwa, laman sosial itu mampu mendominasi kehidupan harian, membuat seseorang itu terpencil dan tidak bersikap seperti seorang manusia.

Menurutnya, teknologi itu sebenarnya mengasingkan individu daripada berkomunikasi dengan manusia sesama manusia melalui alam maya adalah sesuatu yang buruk untuk dunia nyata. "Laman sosial ini memberi kesan kepada manusia, termasuk membuat seseorang itu gila dan memberi impak buruk kepada kelakuan mereka seperti dilakukan Simone Back, bulan lalu," katanya.

Back, 42, seorang pekerja badan kebajikan Britain, dijumpai mati selepas mengambil ubat berlebihan dos akibat tertekan di rumahnya di Brighton, bulan lalu. Namun, penyokong Facebook dan Twitter menuntut media sosial memberi manfaat kepada kehidupan seharian, misalnya, mampu berkomunikasi dengan lebih baik untuk hubungan jarak jauh.

itu bukan den yg cakap yo.... what say you??




kesempatan ini den nak ucap tahniah kepada pasukan lumba basikal Malaysia...makno e dah boleh bersaing dengan pelumbo Mat Salleh tu..

Thursday, January 13, 2011

biar betul...

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

biar betul........!!!

Saturday, December 25, 2010

Drama yg tak mau di tuntun....

Watak : dua wanita dewasa bertudung..
Tempat : pusat komuniti..
masa: sekitar jam 10 pagi..

Wanita A memandu masuk ke kawasan bangunan dan memberhentikan kereta utk satu urusan, laluan sehala yg sempit, wanita B sampai terus hon bertalu2 tanpa menunggu wanita A menyelesaikan urusan, kemungkinan nak menurunkan anak atau sebagainya, bengang agaknya dengan sikap pemandu B, dia terus buat tak tau tanpa meneruskan niat urusan nya.. wanita B semakin tidak sabar terus hon tanpa henti, menarik perhatian orang ramai, kami hanya mampu menggelengkan kepala.

wanita A yg mungkin sakit hati dengan sikap driver di belakang tu terus buat bodoh tidak menggerakkan kereta, sengaja menambah api kemarahan kereta di belakang.. masa berlalu beberapa minit.. suasana hingar bingar dengan bunyi hon yg kuat dan bertalu talu.... lama selepas tu baru dia bergerak perlahan ke depan, wanita B memecut laju bila terdapat ruang dengan memekik BODOHHHHHHH dengan nada yg paling kuat ..

kami memerhati kemana dia nak pergi, tergesa gesa tidak sabar langsung menyakitkan hati pemandu didepan nya ..menyakitkan hati orang lain... last last park berhampiran pasaraya di depan.. ingatkan jauh sangat urusan dia tadi.... sekali lagi kami menggeleng kepala.....wanita A terus berlalu tanpa membuat sebarang urusan... hati dia juga terbakar agaknya...

ada komen?

Thursday, September 30, 2010

di mana maruah islam??

KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini. Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

musuh islam akan melakukan perbagai cara utk merosakan keimanan umat nya.. banyak perkara lain lagi yg telah mereka lakukan.. sehingga ada yg mengguris perasaan.. masih kah kita mau berpeluk tubuh.?? fikir2kan lah..

Sunday, August 15, 2010

talian hayat

Melaka wujud talian remaja hamil 06-2333333

MELAKA 13 Ogos – Mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi. Menurut beliau, remaja yang menghadapi masalah tersebut tidak perlu malu untuk menghubungi talian khas itu.

“Saya amat berharap remaja yang menghadapi masalah hamil luar nikah dan ingin melahirkan anak agar menghubungi talian bebas tol yang disediakan. “Saya minta mereka tidak membuang bayi sebaliknya jika ada masalah, hubungi talian bebas tol yang disediakan. Segala maklumat remaja akan dirahsiakan,” katanya.

orang luar boleh ke hantar kesana? kesian baby yg tak berdosa.. setakat ni saya nak nampak apakah langkah2 yg di ambil mana mana pihak utk membendung gejala buang bayi ni yang semakin membimbangkan ini.. tak ada pihak pun yg berminat nak menangani punca masaalah..cuba di kaji apa yg berlaku 9 atau 10 bulan lepas.. apa yg berlaku sekarang adalah perlakuan yg berlaku 9 bulan lepas.. pesta apa yg di adakan masa itu, majlis apa yg mendorong remaja bergaul bebas.. bukan seorang bukan dua orang.. angka yg menakutkan...

Tuesday, August 3, 2010

manusia dua alam..

Sebelum zino bercerita lebih lanjut, zino nak minta maaf dulu kalau tulisan ni menyinggung perasaan sesiapa... tak ada niat untuk langsung ke arah itu.. tujuan zino hanya nak menyampaikan pendapat dan membuat teguran secara umum.. manusia dua alam yg zino maksudkan mungkin tak seperti yg anda cuba bayangkan..

Perkara ni telah zino peratikan sejak dulu.. ada beberapa kes telah berlaku tetapi kes terbaru membuat kan zino tergerak untuk menulis di blog ni.. cerita nya bagini.. baru baru ni bila zino bertugas di lapangan , zino agak terkejut di datangi oleh seorang wanita yang zino kenal tetapi datang dengan penampilan berbeza.. apa yg berbeza? pada kebiasaan nya apa yg zino nampak dia selalu bertudung bila ke pejabat.. sopan, manis dan sebagainya.. sesuai dengan kedudukan dan keadaan nya.. tetapi bila zino jumpa dia di lapangan pada malam tu , zino hampir terkejut, hampir tak perasan , sehingga terdetik di dalam hati, siapa pulak cik mek molek yg datang menghampiri zino sambil tersenyum..

lama zino peratikan, baru jelas dan nyata, dia ada lah orang yg sama yg zino kenal tetapi datang dengan penampilan yg berbeza.. tanpa tudung, datang bersama pasangan nya.. hampir hampir zino nak menegur keadaan dia pada malam tu.. tetapi tak jadi.. kenapa pulak zino yg perlu kisah sedangkan pasangan dia ada bersama yang sepatutnya lebih sesuai memberi teguran..rakan yang lain juga tertanya.. tanya.. agak nya bagitu lah penampilan sebenar dia, waktu pejabat bertudung , di luar waktu pejabat bebas dengan gaya sedemikian rupa...dan ini bukan kes pertama yg zino jumpa tetapi kes yg ke tiga yg zino tau..orang yg zino kenal..

kenapa jadi bagitu?? apa tujuan dia bertudung waktu pejabat dan menanggalkan tudung bila di waktu lain..? zino tak ada jawapan nya... dan zino tak ada kekuatan utk menegur dia...

Sunday, July 4, 2010

satu peristiwa...

pagi tadi kami plan nak menziarah mak sedara yg sedang di rawat di hospital Seremban.. saya dapat mesej dua hari lepas, memaklumkan mak sedara di masuk kan ke spital kerana masaalha jantung.. baru tadi berkesempatan balik.. sebelum tu dah call mak, kalau dia nak pegi sama.. bila mak kata balik la dulu kami pun terus balik kampong sebelum ke seremban semula..

jangkaan awal, waktu melawat jam 4.00 so dari kampong set supaya sampai spital jam 4.00 petang.. bila sampai le kawasan lobby spital , gate masih bertutup rupanya waktu melawat jam 4.30.. kena lah berehat kat luar tu dulu.. bila masuk ke wad yg di maklumkan.. kami terus mencari di mana katil mak sedara tu.. wad tu ramai pesakit.. rasa nya semua katil ada orang.. macam macam jenios penyakit la agaknya.. kelihatan nurse mundar mandir menjalankan tugas.. kebanyakkan nya anak gadis yg muda muda.. Doktor yg lelawat juga kelihatan sangat muda..

mak sedara zino ok.. masih dalam rawatan, esok dah boleh discaj tapi dah set appointment perlu ke IJN.. doktor memberi ubat supaya darah di cairkan.. semuga dia sembuh dari penyakit yang di idap nya.. inshaallah..

semasa zino masuk ke wad tersebut.. zino lihat ramai yg sedang menangis mengelilingi satu katil.. tak berapa jauh dari katil mak sedara tu.. lelaki perempuan semua nya mengalirkan air mata.. yang besar yang kecil turut menangis.. yg tua cuba menteteramkan keadaan.. sambil bercakap di dalam talipon, agaknya memberitau sedara mara yg lain, sesaorang yg di sayangi telah kembali menemui penciptaNya.. suasana kelihatan sungguh sedih.. sungguh sedu.. tangisan berterusan.. peristiwa seumpama itu pernah kami lalui sebelum ini.. sesaorang yg kami sayang menghembus nafas terakhir dihadapan kami..

semasa kami balik, jenazah masih di katil.. mereka mengunggu arahan lanjut pihak hospital sebelum urusan selanjut nya.. al fatihah...

Tuesday, June 29, 2010

di mana punca nya??

Tadi zino hadiri satu mensyuarat berprofile tinggi.. so tak payah le tanya apa meeting nya, cuma zino nak cerita pengajaran yang di perolehi dari perbincangan tadi.. oleh kerana ianya mesyuarat susulan dan organisasi zino baru di jemput utk hadir buat kali pertama maka banyak le yg telah di bincang sebelum ni.. dan mesyuarat tadi menambah ahli mesyuarat supaya dapat merangkum kesegenap lapisan dan organisasi..

satu perkara yg zino lihat pendekatan yang di ambil untuk menyelesaikan satu satu masaalah adalah terus kepada kaedah menyelesaikan masaalah sedia ada, langkah2 pencegahan, langkah pemantauan da sebagainya.. langsung tidak di sentuh bagaimana menangani punca masaalah.. tak ada kajian di buat untuk menilai keberkesanan . menyelesaikan masaalah di punca..

atau mungkin dia org dah bincangkan perkara pokok ni di perjumpaan sebelum ni.. walau apa pun respond dan feedback dari setiap agensi dan syarikat koporat yg di jemput amat positif dan di harapkan akhirnya nanti dapat di terjemahkan sebagai satu langkah yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat jelata..


Sunday, June 13, 2010

kreatif dan inovatif

syarikat ni kreatif mencipta selipar
tapi ada syarikat lain lebih berinovatif meniru..hehe

bagi pemiliknya cara yg berinovatif utk mengelak dari di curi..
tapi tidak cukup kreatif memikir apa yg pencuri fikir.

adakah anda rasa kreativiti syarikat ini mampu melonjakkan jualan? hehe


kata nya untuk menjadi sebuah negara maju dan mampu bersaing di pesada dunia, kita perlu kreatif dan inovatif.. sentiasa kreatif untuk mencari pendekatan baru untuk menghasilkan sesuatu produk atau servis.. dan setiap ciptaan perlu berinovatif supaya mampu mengatasi produk pesaing.. jemana Malaysia perlu menjadi jemana dunia.. ada banyak contoh barangan luar negara menembusi pasaran di seluruh dunia.. bila lag jemana Malaysia mampu bersaing..

bagaimana dengan anda.. adakah sentiasa kreatif dan inovatif..? hehe

Wednesday, June 9, 2010

kisah nya..

ini bukan plus punya..

ni pun bukan hehe

anda pernah mengalamni perkara ni. benda ni nampak remeh je tapi kadang tu menyakit kan hati juga hehe.. sebelum nak sampai ke tol booth tu memasing bukan main pecut lagi semua nak cepat ke depan....

tetiba bila sampai masa nak bayar tol terhegeh2 terbelek2 mencari duit.. terbongkok bongkok.. agaknya mengutip duit siling atas lantai kereta tu hehe.. ada pulak yg lama tu.. dah tau nak lalu tol siap kan duit tu awal2 sikit.. tadi kan main lagi memotong..

rasa rasa macam nak cakap... " jalan je lah nanti biar saya bayar kan" hehe geram betul.. hehe

Monday, May 24, 2010

anak siapa kah?

kisah berlaku masa menjemput adik tadi..
zino hanya memerhati.. sambil tertanya tanya..


anak siapa agaknya dia..
harum semerbak cantik jelita
masih muda sungguh bergaya
hendak kemana memalam buta
bukan gaya nak pergi kerja
tiada beg di bawa bbersama
bukan juga gaya nak gerai di bawah sana..
pakaian sopan tak menjolok mata
tapi regi dan up todate gaya nya

anak siapa kah agaknya..
harunan di guna menusuk deria
one drop perfume ke punya angkara
atau tertumpah tidak sengaja
sehingga bau nya di kesan beberapa meter
kalau tak pandang pasti menjeling jua
seluruh lift semerbak jadi nya..

anak siapa kah agaknya..
lebih baik bersangka baik saja padanya
agaknya ibu bapa menunggu di kereta
terlewat turun kelabkabut jadi nya
pakaian sopan petanda baik orang nya
gaya terkini pilihan orang muda..

berjalan sorang cuma itu yg tak pekenan di mata
memalam pulak lagi le timbul syak wasangka
kalau anak kita tentu tak kasi can punya
kemana pergi dalam kawalan sentiasa
bila malam kefiew le jadi nya
duduk di rumah ada lah lebih baik utk nya..

dan apa pula komen anda ? hehe

Friday, May 7, 2010

bila akan berakhir????

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.

sedih, sayu, geram, marah, benci...simpati, ....

bila akan berakhir ????

Monday, May 3, 2010

don't leave home without it..

setiap kali keluar rumah apakah barang yg perlu di bawa bersama ?? kalau tertinggal makna nya anda sanggup patah balik untuk mendapatkan nya.. sangat berguna utk ke mana saja..contoh macam org dalam kereta tu.. kemana pergi akan di angkut bersama hehe

bagaimana anda??