Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

subsidi...

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. “Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

terangkan lah macam mana sekali pun rakyat memang tak akan paham... kalau paham pun buat2 tak paham.... kalau naik saja semua akan bercakap.. semua bising ... semua marah.... so cari lah cara lain utk mengatasi masaalah ni... kalau ada la...