Sunday, July 4, 2010

satu peristiwa...

pagi tadi kami plan nak menziarah mak sedara yg sedang di rawat di hospital Seremban.. saya dapat mesej dua hari lepas, memaklumkan mak sedara di masuk kan ke spital kerana masaalha jantung.. baru tadi berkesempatan balik.. sebelum tu dah call mak, kalau dia nak pegi sama.. bila mak kata balik la dulu kami pun terus balik kampong sebelum ke seremban semula..

jangkaan awal, waktu melawat jam 4.00 so dari kampong set supaya sampai spital jam 4.00 petang.. bila sampai le kawasan lobby spital , gate masih bertutup rupanya waktu melawat jam 4.30.. kena lah berehat kat luar tu dulu.. bila masuk ke wad yg di maklumkan.. kami terus mencari di mana katil mak sedara tu.. wad tu ramai pesakit.. rasa nya semua katil ada orang.. macam macam jenios penyakit la agaknya.. kelihatan nurse mundar mandir menjalankan tugas.. kebanyakkan nya anak gadis yg muda muda.. Doktor yg lelawat juga kelihatan sangat muda..

mak sedara zino ok.. masih dalam rawatan, esok dah boleh discaj tapi dah set appointment perlu ke IJN.. doktor memberi ubat supaya darah di cairkan.. semuga dia sembuh dari penyakit yang di idap nya.. inshaallah..

semasa zino masuk ke wad tersebut.. zino lihat ramai yg sedang menangis mengelilingi satu katil.. tak berapa jauh dari katil mak sedara tu.. lelaki perempuan semua nya mengalirkan air mata.. yang besar yang kecil turut menangis.. yg tua cuba menteteramkan keadaan.. sambil bercakap di dalam talipon, agaknya memberitau sedara mara yg lain, sesaorang yg di sayangi telah kembali menemui penciptaNya.. suasana kelihatan sungguh sedih.. sungguh sedu.. tangisan berterusan.. peristiwa seumpama itu pernah kami lalui sebelum ini.. sesaorang yg kami sayang menghembus nafas terakhir dihadapan kami..

semasa kami balik, jenazah masih di katil.. mereka mengunggu arahan lanjut pihak hospital sebelum urusan selanjut nya.. al fatihah...

7 comments:

Zareda Norman said...

Bila orang yang disayang, pergi menemui penciptaNya memanglah rasa sedih dan sebak kerana tak dapat bertemu lagi.. hanya doa aje lah yang menjadi penghubung

zino said...

zar betul tu..

Pok Li said...

alfatihah

pB said...

hmmm ....

ciK LyndaWawa said...

al fatihah...semoga mak sedara pakcik cepat sembuh.

anymz said...

dah beberapa kematian berlaku depan mata...memaaaang sedih:(

zino said...

zar
betul tu..

pok li..
amin

pB

wawa..
tq

aznim..
ada satu dulu tu abang tak sanggup tunggu kat situ sebak sangat..abang terpaksa lari keluar..