Thursday, February 28, 2013

Manifesto

Bila tanya mak cik google dia kata manifesto tu

"is a published verbal declaration of intensions, motives, or view of issuer, be it individual, group, political party or government."

Zino tanya pulak pak cik dictionary dia kata manifesto tu

"a public declaration of intention , opinion, objectives, or motives as one issued by a government , sovereign, or organization..."


Oooo baru la faham manifesto tu bukan janji ....

Sunday, February 24, 2013

berbasikal..anda suka tak??

Assalamualaikum semua...

kalau kat KL ada kemudahan basikal FREE 

1. ingat ada orang nak guna tak?
2. boleh bertahan lama tak?
3. berapa jauh anda sanggup berkayuh?
4. berapa inggit anda sanggup bayar kalau di kenakan bayaran?
5. ke mana distinasi anda nak bawa basikal ni kalau dari transit.? 
6. siapa yg patut sediakan kerajaan atau pihak swasta?
7. apa kemudahan lain yg perlu di sediakan sama? selain beskal
8. perlu lorong khas ke baru anda nak bawa beskal?
9. perlu kurangkan kenderaan persendirian dulu ke?
10. agak2 selamat ke kalau anda berbasikal dalam KL?

11. Berapa jauh opis anda dari stesyen transit?
12. adakah anda pengguna pengangkutan awam..?


sila jawab dalam tempuh 10 minit hehe 
sebelum nak cuba jawab tu 
baca yg kat bawah ni duu.. 
fahamkan konsep yg cuba di laksanakan..tu 

contoh ni saya jumpa di tempat orang
saya jumpa ni di LONDON 


1.0 Beskal di sediakan utk kemudahan orang awam, 
di letakkan di tempat2 tertentu di sekitar bandaraya dan di sumbangkan oleh pihak bank.. tengok ada lambang BANK tu.. kalau kita buat boleh la minta BANK tempatan buat CSR


2.0 Beskal ditempatkan di stesyen transit, pusat membeli belah, pejabat2 taman rekreasi stesyen bas dan sebagai nya di tempat2 yg mudah utk orang ramai mencapai nya.di tepi laluan pejalan kaki ndan kakilima .



3.0 Ini mesin nak ambil beskal tu, menggunakan kad tertentu , sama ada kredit card ke kad Touch n GO ke kad tambah nilai ke atau2 mycard ke anda boleh mengambil beskal dari tempat kunci, 

4.0 bawa lah kemana suka dan park semula ditempat di mana anda sampai , tak semestinya di tempat yg sama, contoh ambil beskal di Masjid Jamik park di Dataran Merdeka ..

5.0 jika anda guna hanya 1/2 jam atau kurang FREE kalau lebih baru di caj.. katalah 10 sen utk 10 minit.. 

6.0 kalau anda tak letak balik beskal tu melebihi 24 jam atau satu tempuh tertentu di anggap anda dah beli beskal tu.. so tak perlu bimbang polis tak akan cari anda.. 

7.0 Bayaran akan di potong dari kad kredit anda atau deposit yg anda di kenakan utk menggunakan kemudahan ini..kalau guna dalam tempuh tertentu tadi tiada caj

 OK tak cara tu.


Minah ni ambil beskal utk ke tempat kerja 
( zino agak je segan nak tanya..) 


dan kayuh.. mudah nyaaaaaaa


Saturday, February 23, 2013

kereta apa ?

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.. dalam pada nak mencari idea apa bahan yg nak di muatkan dalam blog kali ni.. teringat perbualan (dalam Facebook) dengan kakak... dia hint kan abah dia minta belikan kereta bila dia balik nanti.. ( macam minta nak beli baju je..) bila habis belajar di India sambung pulak belajar di Melaka.. tu yg bagi alasan perlu ada kereta tu...

Faktor utama kalau nak belikan pun atas dasar kos..termasuk ansuran yg mudah dan murah  (cash? di luar jangkauan) penjimatan minyak , kemudahan penyelenggaraan, tahan lasak, performance, last sekali baru cantik.....

so nampak macam tak banyak pilihan hehe.. apa apa pun kita tengok la macam mana rezeki pada masa tu kan...apa pendapat anda ??  


mampu tengok je


antara yg termahal di dunia


tak tercapai angan


ni pun cantik..


yang ni pun ok..


boleh di senaraikan ? 

ok juga ke 



ada yg minat? 

Saturday, February 16, 2013

ole ole Bandung.. kisah 6

Assalamualaikum....

tak habis lagi ke kisah bandung ni? .. kalau nak di ikutkan memang tak akan habis.. hehe ada je yg boleh di kongsi kan,.. dan kali ni zino nak kongsi tempat yg tak sempat kami lawat walaupn dah sampai ... kisah nya macam ni..

1.0 Hari nak balik tu .. dah janji dengan Pak Supir lepas lunch nak pegi sembahyang di masjid agong.. kami lihat masjid ni masa kapal terbang nak landing.. kalau anda nak tau airport Bandung ni terletak dalam bandar.. macam airport Sg Besi tu la.. keliling tu dah kira Bandar Bandung.. bila kapal terbang tu dah terbang rendah nampak la masjid yg ada dua menara yg tinggi tu ..

2.0 Lepas makan kami pun bertolak ke masjid agong yg tak berapa jauh dari tempat kami lunch.. masa tu hujan dah mula turun.. memula pak Supir ikut sebelah kanan masjid tapi tak ada tempat letak kereta , lepas dia pun masuk ke sebelah kiri , kena bayar parking dan terus menuju berhampiran masjid.. masa tu hujan dah mula lebat... sebaik kami sampai hujan semakin lebat dengan angin yg kuat.. kami relak dulu sementara mengharapkan sebentar lagi hujan akan reda.. tapi hujan makin lebat dan angin makin kencang..

3.0 Di perkarangan masjid kami lihat banyak gerai peniaga, bila angin kencang peniaga kelihatan melakukan sesuatu utk mengelakkan kemah gerai mereka di tiup angin.. tapi bila angin bertambah kencang ada beberapa kemah bumbung gerai di terbangkan.. ada juga peniaga dengan segera menurunkan kemah utk mengelak keadaan makin buruk.. habis semua baranga basah.. kami masih terperangkap dalam kereta.. Pak Supir kata biasa nya ada ke orang akan datang ke kereta bawakan payung.. tapi kali ni tak ada sorang pun datang.. agaknya payung pun susah di tegakkan kalau angin kencang macam ni.. 

4.0 jam dah pukul 3.00 hujan masih lebat.. akhir nya kami terpaksa batalkan niat utk solat di masjid agong, kami terpaksa ke airport.. takut lewat pulak di jalanan nanti kami cadang solat di airport je.. perjalanan ke airport kami tempuh satu kawasan banjir kilat.. keadaan di situ agak sesak... mujur la Pak supir memilih jalan lencongan melalui kawasan perumahan utk ke airport... bila nampak gerbang airport tu baru lega rasanya... Pak Supir terus membawa kami ke tempat letak kereta sebab kat sana ada sebuah surau.. nak ke surau kami terpaksa mengharung air sebab sekitar kawasan tu di genangi air ..  lepas solat kami terus ke Airport sebelah.. 

5.0 Lepas hantar bag kat dalam saya keluar semula berbual dengan Pak Supir.. tapi dia kata terpaksa pergi dahulu sebab kereta dia park tadi betul2 sebelah laluan sebab nak hantar kami paling hampir ke airport dan takut mengganggu laluan .. maka khidmat dia berakhir di situ...sebelum tu Pak Sagi dah pesan jangan lupa tips utk pak supir.... terima kasih daun keladi..


masjid agong yg katanya 
boleh memuatkan 12000 jamaah


banjir masa dalam perjalanan ke airport 


lega bila nampak gerbang ke airport


tunggu masa utk check in


alang menghabiskan kredit Indon..


adik la kendid ni hehe



ole ole Bandung... kisah 5

Assalamualaikum...


kata orang jauh berjalan banyak pengalaman..banyak perkara yg boleh kita belajar dari apa yg kita lihat di sekeliling kita.. Dalam kehidupan yg sukar pelbagai perkara yg mereka lakukan utk mendapatkan upah.. zino suka memerhati dan membuat perbandingan.. menjadikan kita insaf dan rasa bersyukur dengan apa yg kita ada...

1.0 Penjaja jalanan menggunakan pelbagai kreativiti mereka utk memujuk kita utk membeli.. bila kita renung2kan berapa sangat yg mereka akan dapat sebab semua produk yg di jual bukan di hasilkan sendiri .

2.0 Peniaga tidak putus putus dan berulangkali memujuk supaya kita membeli , biasa la harga muka di letak tinggi dan akhirnya turun berkali ganda bila kita tidak berminat utk membeli.

3.0 Di simpang2 jalan berlampu isyarat kita akan berjumpa orang2 yg berniaga kereta ke kereta dengan pelbagai barangan termasuk kueh mueh..

4.0 Di Persimpangan lampu isyarat juga kita berjumpa orang membuat persembahan secara bersendirian, menggunakan monyet yg sudah di didik atau bergerak secara berkumpulan menyanyi sambil memetik gitar dengan mengharapkan mendapat sedikit upah.

5.0 Di laluan laluan keluar di mana mana gedung perniagaan , restoren dan sebagai nya ada sesaorang yg akan membantu menahan trafik untuk memudahkan kereta keluar dengan di beri sedikit upah oleh pemandu.

6.0 Ada yg mengecat (atau pewarna) silver dan bergerak seperti robot utk menarik perhatian pemandu yg berhenti di persimpangan jalan berlampu isyarat dengan membawa bekas memohon simpati.

7.0 yg paling menyedihkan bila zino melihat orang tua duduk di tepi jalan dengan menadah bekas di dalam kesibukan lalulintas .. keadaan yg sangat berbahaya bila bila masa boleh di langgar sekiranya ada kereta yg terbabas..

ada yg sempat di rakam....dan ada yg sempat di pandang sahaja..


gaya akrobatik


selamba je monyet tu berjalan..


close up..


aksi lain di tempat lain.


ada yg tanya kenapa pakai baju amerika 


kereta kuda di di kawasan luar bandar 
di tanah tinggi menuju gunung Tangkuban perahu


aglong..adik heran dengar 
bila dia orang mainkan..


hasil seni guna kelapa..


penjaja air minuman 
entah berapa kali lalu depan kami
akhirnya beli air mineral..


Friday, February 15, 2013

Ole ole Bandung .. kisah 4

Assalamualaikum...

jom kita teruskan pengembaraan ke Bandung... Kali ni mari kita panjat gunung... bukan jalan kaki tapi naik kereta sehingga ke puncak gunung.. sesiapa yg datang ke Bandung mesti datang ke sini kalau tak macam lawatan yg tak berapa lengkap la...

1.0 Gunung yang zino maksudkan ialah Tangkuban Perahu.. kenapa di panggil Tangkuban perahu?? gunung tu kalau di lihat dari jauh seolah olah sebuah perahu yg terbalik.. 

2.0 Utk sampai ke Tangkuban perahu kita perlu keluar awal utk mengelakkan kesesakkan, maklum la jalan raya ke tangkuban perahu ni tak ada hiway hanya melalui jalan raya biasa yg memang dah selalu sesak.. perjalanan lebih kurang satu jam..

3.0 Sepanjang jalan ke Tangkuban perahu, kita akan mendaki sedikit demi sedikit.. maklum la nak naik gunung la katakan.. sepanjang jalan tu kita akan lihat banyak gerai gerai penjaja dan terdapat juga banyak rumah rehat dan hotel.. ada sebiji dua yg besar tetapi kebanyakkan nya sederhana je.. makna nya kalau nak duduk di hotel tanah tinggi boleh la tinggal di situ.

4.0 kereta , MPV dan Van boleh sampai ke puncak gunung tapi kalau datang dengan bas terpaksa park di kawasan yg di sediakan dan meneruskan perjalanan dengan van yg di sediakan.. tak cukup ruang kalau bas naik sampai ke puncak.

5.0 Untuk masuk ke kawasan tersebut di kenakan bayaran satu kepala 50,000.00 dan sebuah kenderaan di kenakan caj parking 25,000.00 Bayaran di buat di pintu gerbang kedua sebelum di benarkan meneruskan perjalanan.

6.0 Pak US memandu terus MPV sehingga ke tempat kereta paling hujung iaiatu paling hampir ke kawasan melihat kawah gunung berapi..

7.0 Sebaik turun dari kereta kita akan di terpa dengan peniaga yg membawa pelbagai cenderahati utk kita beli.. sepanjang masa mereka akan mengekori kita sama ada kita beli atau sebalik nya... kenalah banyak bersabar hehe

8.0 Kawah gunung berapi ada lah sesuatu yg tak pernah zino lihat sebelum ni.. kalau ada pun melalui buku2 geography atau rencana dalam national discovery atau seumpama nya.. tapi kali ini dapat melihat sendiri secara life.. 

9.0 Kelihatan asap masih keluar dari gunung berapi tu.. dan bau belerang yg kadang2 kuat apabila di bawa angin.. katanya gunung berapi ni pernah aktif dalam tahun 1959 dulu... nak tau kisah nya tanya cik google

10. terdapat banyak gerai menjual pelbagai cenderahati utk di beli pengunjung yg datang kesana.. singgah la dan beli la yg mana pekenan.. rata rata yg zino jumpa di atas tu rombongan dari Malaysia, (tengok dari rupa paras la) tak ada la nak pegi tanya sorang sorang hehe

11. suhu kat atas tu agak nyaman.. lebih kurang tinggi Genting Highland je.. kalau cuaca sejuk suhu boleh mencecah 17C dan malam di katakan lagi sejuk... boleh turun sehingga 2C..(maklumat google)

12. Berbalik kepada mamat yg menjual tadi... mereka akan berusaha utk menyakinkan kita utk membeli dengan pelbagai tektik dan teknik.. menggunakan ayat ayat yg kadangkala merudum perasaan kita hehe.. menagih simpati dan sebagai nya.. maka terpulang kepada kita utk membeli apa dan dengan siapa.. 


gerbang selamat datang


bayar di sini



ini nama sebenar Taman tu


melalui jalan yg sempit utk ke puncak


pemandangan pertama 
yg menarik perhatian


Peserta pertama yg interframe



ini lah dia


kawah gunung berapi yg masih mengeluarkan asap bercampur sulfer


kena juga interframe utk kenang2an


gerai gerai peniaga dengan pelbagai jualan..
beli jangan tak beli bukan senang 
nak sampai sana lagi hehe


adik tak tahan bau sulfer


sebahagian dari pengunjung dan peniaga 
yg bersedia mengekor anda hehe


Mcgyver Zino hehe


kat sini hanya 1830 m je dari aras laut
Genting Highland 1860 m
Cameron Highland 1500 m 


gambar ni tak perlu cerita la kan..


antara produk yg banyak di jual..
rasanya sesuai di musim salji ni hehe

Thursday, February 14, 2013

Ole ole Bandung .. Kisah 3

Assalamualaikum...

kepada yg ternanti nantikan kisah ole ole Bandung seterusnya... jom baca kisah makan makan di Bandung.. dulu sebelum ke sana ada cerita cerita yg zino dengar cara masak orang Indon ni tak sama dengan Malaysia katanya tak sama dengan selera kita.. so utk mengelakkan keadaan yg tak di ingini terutama takut adik tak berselera utk makan kami pun standby beberapa bungkus megi.. adik tu kan memilih  bila bab makan ni...

Dibandung ada dua jenis masakan yg di syorkan.. ke dua2 ni famous di kalangan pelancong Malaysia,ia itu  Masakan Sunda dan Padang.. kat Malaysia pun mudah nak cari nasi Padang ni.. agaknya kalau ke Padang Sumatra sana lebih meriah dengan masakan ni.. Dalam lawatan singkat kami ke Bandung kami berpeluang untuk merasa kedua dua jenis masakan ni.. di Restoren berlainan.. semua nya atas cadangan Supir, kalau nak harap kami cari sendiri alamat tak jumpa la.. makan je di mana mana gerai yg kami jumpa tu.. Oleh kerana 80% penduduk Bandung ni Muslim maka senang nak dapat makanan halal..

ada satu restoren tu siap makan bersila lagi macam kita makan kat rumah tu.. menambah selera.. apa saja yg di hidang licin.. ikan kaloi merupakan menu utama di Restoren Sunda kat sana di kenali sebagai ikan Gurame.. sama ada di goreng atau apa2 jenis masakan yg kita nak.. ikan Patin pula yg paling murah kat sini... cuma keliru sikit bila membaca nama2 dalam menu tu.. ada nama2 yg membuat adik ketawa bila membaca nya..  

cerita banyak pun tak guna jom kita tengok gambar2 nya.. rasa nya gambar2 ni tak ikut turutan.. dan ada juga gambar yg tak nampak hidangan pun.. hehe



masakan pertama yg kami rasa semasa breakfirst di Pasar baru.. menu yg di sediakan beserta dengan nasi...alang yg oder mee soto pun dapat nasi.. mem nak makan sup tulang je dapat juga nasi.. yg betul2 oder nasi zino dengan adik je.. minta nasi goreng

.


supir syorkan kami sarapan di sini.. masa sarapan tak banyak gerai yg buka dia orang sedang buat persiapan utk hidangan lunch.. orang sini tak ambil breakfirst ke? atau masa ni kedai2 di pasar Baru belum buka so masih tak ada pelanggan utk di hidang breskfirst..


masa kami makan tu kami nampak peniaga tu membawa satu hidangan panas yg berasap.. kata nya ikan bakar tapi asap yg kluar tu berkepol kepol...


ini hidangan nasi Padang, masa kami lunch di hari kedua selepas turun dari kawah gunung berapi tu... tred nasi padang ni tak payah nak oder oder dia akan letak makanan penuh satu meja.. makan je apa yg kita nak yg tak nak makan tak perlu usik.. kalau tak nanti di kira kita dah makan dan akan di kira.. kat KL pun ada nasi Padang ni kan so tak le pelik sangat .. cuma masakan Padang ni dah sejuk la tapi bila dah lapar tu licin juga..


lagi gambar nasi Padang..yg bukan di padang..


gambar ni masa kami menunggu dinner di sebuah restoren Sunda, nama pun menggerunkan kedai belacan.. bila cari2 gambar lain rupanya gambar hidangan kami tak tangkap gambar pun leka berbual dengan Pak Sagi yg kebetulan datang ke kedai sama membawa keluarga lain juga dari Malaysia.. masa kami sampai tu masih kosong lagi mudah utk parking kereta , tapi sekejap tu satu2 group yg masuk sekejap je restoren tu dah penuh.. 


yg sempat di tangkap gambar adik menunjukkan kambing gulai yg di oder nya.. adik oder nasi kambing gulai so dia dapat semangkuk gulai kambing dan nasi putih.. utk dia sorang je hehe


tempat ni kami lunch hari pertama.. nama restoren tak ingat hehe yg di tulis tu makna nya selamat datang dalam bahasa sunda.. kalau tak pasti cer buka kamus Sunda.. hehe tapi lunch kami agak lewat dah jam 3.00 baru nak lunch.. belum check in lagi masa ni.. tapi gambar makanan tak tangkap , gambar duduk bersila pun tak tangkap.. nak tau kenapa cer tengok gambar kat bawah ni...


budak ni mengamuk sakan bila di kejut dari tidu masa sampai ke restoren ni.. maklum la semalaman tak tidu2.. jam 1.00 pagi ke rumah along, nak minta along hantar sampai ke  airport, lepas tu terus tak tidu sampai ke Bandung.. ada peluang je dia terus lelap.. kemuncak kemengantukkan bila kami sampai ke restoren tu.. dari turun tu mengamuk sakan hehe terus lupa nak tangkap gambar hehe


gerun tak bila tengok kedai belacan ni hehe..



ini Restoren ahkir kami singgah sebelum balik , sebelum makan adik dah kata bagus.. hehe dan memang sedap pun dengan harga berpatutan.. kali ni bila kami jemput Pak supir makan sekali dia kata kenyang lagi.. maklum la kami lunch awal.. ada ikan ada itik ada ayam...


dalam menu tak jumpa itek pun dia orang panggil bebek.. kalau sup ekor dia orang panggil sup buntut .. buat adik ketawa bila baca...


lepas makan semua tu licin hehe


keadaan di dalam restoren alang panggil restoren bambu.. nama sebenar sorang pun tak ingat hehe

pendek kata masakan Sunda dan Padang boleh di terima tekak orang Malaysia, di mana saja restoren yg kami masuk di penuhi oleh rakyat Malaysia...