Wednesday, November 22, 2017

Kembara ICELAND...

Assalamualaikum...

Bila iklan Mufid lalu di wall abah mengajak siapa yg nak ke ICELAND tanpa ragu ragu dan tanpa segan abah sahut nak ikut..!! setelah berbual dengan Mufid terus confirm abah dengan mak nak ikut.. dari situ tak toleh belakang dah.. sedikit demi sedikit persiapan di buat.. lengkap dah kot.. hehe

Pernah dengar orang kata pemandangan kat sana sangat cantik.. dan menakjubkan .. bila di google subhanAllah.. ada banyak tempat menarik  ciptaan Allah sebelah sana. ICELAND juga menjadi tumpuan producer film utk membuat film berlatar belakangkan lanskap yg sangat indah ini ... katanya film Diwali pun ada shoot kat sana.. ehhh mana abah tau ni.. orang bagi tau la hehe

Bila terima senarai itinari tempat tempat yg bakal kami lawat... SubhanAllah.. hati terus terpikat dan terpaku melihat keindahan bumi ICELAND yg sentiasa melambai2 para pelancong kesana. Abah membuat keputusan yg tepat.. sangat teruja utk melihat negara orang.. ini lah tempat paling jauh bakal abah sampai.. doa kan kami semua selamat sepanjang masa .. bermula di bumi Malaysia yg bertuah ini dan kembali dengan selamat di sini.. semoga segala urusan juga di permudahkan Nya.. aminn

semoga semua tempat2 yg abah google ini bakal dapat abah dan mak lihat sendiri menikmati sendiri merasai sendiri melalui sendiri menyentuh sendiri sambil menghirup udara nyaman bumi ICELAND. Insyaallah..

ini gambar2 yg di rakam mereka yg lebih dahulu sampai...














dan ini adalah sebahagian tempat yg telah di senaraikan...

sangat menakjubkan..

Monday, November 13, 2017

Fun Ride Tangkak 7.0

Assalamualaikum...

Alhamdulilah.. 

sekali lagi dapat bersama kawan kawan utk menyertai kayuhan Kali ini kayuhan Tangkak 7.0 . Penyertaan abah pun di saat2 akhir kerana tak register sebelum ni. itu pun Fadli kata ada no plate extra utk abah.. Program kayuhan Tangkak ni merupakan kayuhan tahunan dan ini kali ke tujuh.. melibatkan dua kategori 30km dan 84km.. tentu lah abah pilih yg dekat.. hehe..

8
dari homestay kami kayuh je ke dataran tempat bermula kayuhan. lepas register dan dapatkan no plate kami cari kedai utk bersarapan dulu. sebelum kayuh kena lah sarapan terutama yg nak kayuh jauh.. 

selfie sebelum kayuh tu penting.. bila dah start kayuh nanti dah tak jumpa dah hehe masing masing berdesup ke depan.. tambahan kali ni kayuh dengan kategori berbeza abah 30km yg lain kayuh 84 km. dia  orang start 1/ jam awal.. baru yg 30km di lepaskan. so nampak gaya nya abah kayuh sorang je lah ni... alah biasa pun sorang juga.. hehe.. nak kayuh 84 belum berani lagi... 

ini sebahagian kawan2 yg akan berkayuh 84km.. semua ni power ranjers.. kayuh pun laju .. av. 50km/ hr.. bedebut kata orang tu.. 

dah tinggal sorang tu kita selfie dulu.. perasan tak menara jam tu ? banyak tempat yg guna design menara jam yg sama.. kat mana2 dataran pun ada menara seumpana ni.. copy paste ke? 


bukan la abah sorang yg kayuh 30km ni ada ramai kat belakang tu... mungkin 3 kali ganda lebih ramai dari yg kayuh 84 tadi. kayuh 84 tu kira group elit la hehe.. yg lain semua berlonggok kat sini.. 

kat depan tu pun ramai.. abah follow je.. ramai kawan baru kat sini.. kena ringan mulut la bertegur sapa.. semua mereka ni sangat spotting.. yg sombong tak boleh kayuh beskal hehe.. ada masa kita perlukan bantuan kawan rider yg lain atau kita beri bantuan kepada mereka yg perlukan bantuan....



ini dah sampai water station.. kira nya tempat berehat sekejap la.. ada minum ada pisang dan yg best tu cendol pun ada.. 

memang tepat la abah pilih utk berkayuh 30km je. tak ada lah seteruk yg berkayuh 84km.. katanya mereka berjumpa gunung ganang silih berganti... hehe kesian .. tapi yg gagah tu selamba je kayuh .. yg tak kuat tu berungut sepanjang jalan hehe
masih di water station.. minum sikit je.. banyak2 kang tak larat nak kayuh dah..berehat sekejap lepas tu sambung kayuh.

dah tamat... teringat mula2 join program kayuh dulu nak habis kan 10km pun perit.. hehe.. sekarang dah mampu habiskan 30km. biasa nya pingat di serah kat garisan penamat bawah gerbang tu.. tapi kat sini pingat kena ambil di bawah kemah nun.. 


bertambah koleksi medal. ini medal terakhir kot utk tahun ni.. koleksi tahun ni merosot sikit berbanding tahun lepas.. kurang sikit join program kayuh ni.. 

lepas kayuh pi mana pulak?  
kami tak guna pun baucer makanan 5 inggit yg di berikan.. masing masing pakat nak makan mee bandung muar .. so kami pun berkonvoi ke muar .. Tangkak Muar tak jauh pun 

mee bandung central ni memang terbaik.. dah beberapa kali makan kat sini bila2 datang ke Muar.. Tahun lepas kan kakak di Manipal Muar ni.. Kalau nak tau mee bandung Muar ni tak jauh dari sekolah sain muar.. sekolah along dulu. 
lepas makan masing2 ikut haluan yg berbeza.. abah dan Ezuan meneruskan perjalanan ke Melaka ikut lebuhraya AMJ

sebelum tu singgah dulu di Masjid Selat Pulau Melaka ni utk solat.. biasanya bila datang sini tak ramai orang.. tapi kali ni macam ada aktiviti yg berlangsung di sini. ramai murid sekolah ada jualan dan macam2.. kabarnya ada perhimpunan jamaah haji 2017 yg lalu.

masjid ni unik.. mesti nak selfi..

seolah2 terapong kan.. 

i like

minerat..

lagi pandangan masjid..

selesai urusan di masjid singgah pulak di pantai Klebang.. tanah di Klebang ni dah semakin luas.. kalau dulu jalan Klebang ni betul2 di gigi air.. sekarang laut nun jauh di sana.. projek tambakkan laut telah berjaya menambah keluasan tanah di Klebang.. Bangunan mula di dirikan.. bila siap sepenuh nya nanti Klebang bakal menjadi sebuah bandar baru. 

bermacam xtiviti berlaku di sini. rasanya kalau datang malam pun meriah kot. banyak food truck menjual pelbagai juadah.. 

kami datang nak cari coconut shake je.. membasahkan tekak katanya... ada lagi satu misi tapi kami tangguhkan . masuk semula ke hiway di simpang ampat dan terus balik KL. 

....SEKIAN....

ini gambar terkini dari juruphoto yg di lantik pihak penganjur.. di petik dari fb MD Tangkak.. tq


.



terima kasih

Jalan jalan ke Trengganu kita episod akhir

Assalamualaikum...

Ok nak sambung cerita ... episod dua dan akhir... alaaa pendek je..  ya pendek sebab berjalan nya pun sekejap hehe...

esoknya pagi2 kami kluar ambik angin kat RIVER SIDE dekat je dari hotel menginap... jalan kaki je..


ini no bertuah bilik yg kami tempah
..
menghirup udara pagi katanya..

mata kecik.. mengantuk lagi ke tu hehe.. seronok berjalan2 bila ada lanskap menarik di sepanjang jalan.. berkilo2 meter pun sanggup...

parit besar seberang sana dah sungai dah..

mengabadikan cinta di bumi Kuala Trengganu katanya.. hehe

pemandangan yg menyejukkan mata di pagi hari.. 

agaknya apa lah yg dua orang ni bincangkan.. macam pakat2 pulak pakai baju merah.. spiderman ajak selfie kot.. kok ia pun turun la ke tanah.. hehe

kat KT pun ada O Bike ? tapi kenapa signage tu ada tulis Kuala Lumpur.. gunasama ke ? 

cinatown katanya..

mem kata abah ni asyik nak ambik gambar je.. nak buat cam mana kan dah jadi hobby .. layan je lah.. hehe


balik dari bercanda di tepi sungai tengok2 kat kereta dah ada hadiah MBKT bagi.. wah awal nya mulakan tugas.. baru 8.00 pagi bang..  tapi tak pe kita beri tepukan gemuruh kepada pegawai bertugas.. CEPAT CEKAP PEKA BERDIDIKASI .. yg best tu kat notis kompaun tu ada di tulis 3 tempuh bayaran dengan kadar yg berbeza.. bayar awal 1 3 hari cuma 5.00 inggit 4 7 hari 10.00 inggit lepas 7 hari jadi 40 inggit.. pilih bila nak bayar.. 

agenda pertama pagi tu sarapan di rumah mama.. daerah mana lupa pulak tapi on the way dalam perjalanan balik. sebenar nya tak terbaca mesej yg Farhan hantar.. mama dah sediakan sarapan awal.. bila Farhan call baru perasan.. Terima kasih mama sediakan breakfast yg enak utk kami. Che Da pun ada utk bersarapan sama. insyaallah lain kali kami singgah lagi .

sempat bergambar depan rumah mama.. alamak plastik apa yg mem pegang tu.. hehe..


selfie lagi sebelum berpisah..lawa t shirt Farhan hehe.  saya akan bergerak menuju KERTIH ezuan katanya masih nak ronda2 di KT.. sebelum ke Kuantan . Terima kasih daun keladi di lain kesempatan kita jumpa lagi.

Kertih tu nak jumpa siapa? 

Setiap kali bila balik dari Trengganu mesti nak singgah KERTIH rumah MAKLANG.. kali pertama singgah dulu satu famili balik dari Kota Bahru selepas majlis kenduri kawin Angah. Lepas tu bila ke Trengganu balik singgah lagi. dan ini kali ke empat kami singgah tanpa segan silu.. hehe.. 

terima kasih banyak2 Paklang dan Maklang yg masih sudi menerima kunjungan ke empat kami. hehe.. makanan pun enak.. alhamdulilah.

lepas tu kemana pulak..



Dari Kertih kami meneruskan perjalanan ke KEMAMAN. ok sebelum tu si Mariam anak sedara abah ni kata dia ada di Kemaman rumah abang dia Muhammad . balik nanti pakngah singgah la..

Pendekkan cerita sampai la ke rumah Muhammad .. ini firstime singgah rumah dia.. anak buah yg lama menghilang diri.. terima kasih Facebook yg temukan abah dengan Mariam beberapa tahun lepas.. sehingga siratulrahim erat semula... ehh panjang cerita ni kalau nak di ceritakan.. hehe

oops sebelum terlupa bila masuk kawasan perumahan ni terus teringat ehh dulu kan dah pernah masuk sini . rumah   FA Atip.. tanya Muhammad kenal ke Pak Atip.. jiran sesurau katanya.. hantar juga mesej kot2 ada rezeki nak jumpa sekejap.. tapi tak ada rezeki..

lepas tu kami teruskan perjalanan pulang .. nak singgah kuantan tak jadi dah lewat. mesej kat Zetty abah tak jadi singgah nak terus balik... singgah RnR dua kali.. satu Temerloh satu Genting sempah.. sekejap nak gerak dari Genting Sempah tetiba Ezuan muncul... ehh kata nak tidu kuantan hehe.. ??


SEKIAN .. 
.