Friday, August 14, 2009

sampan wap.....

baru baru ni kami satu opis pegi naik sampan wap... oops tidak pegi makan sampan wap.. hehe.. orang putih cakap steam boat hehe.. tah kenapa di panggil macam tu tak tau le pulak.. memula ingat tak dapat sambutan maklumlah masing masing kena bayar hehe bajet pun kecik.. tapi bila zino sampai..(biasa la lewat) suasana sungguh meriah..

tak payah cerita panjang la.. kita tengok sebahagian gambar yg sempat zino rakam.. itu pun meja yg dekat2 je.. tak larat nak jalan perut kenyang hehe..tapi gambar2 tak berapa terang pasal terlupa kamera.. nak cepat punya pasal.. tapi lambat juga hehe..guna HP je.. jadi lah kan hehe









Wednesday, August 12, 2009

Nasihat Pak menteri...

Belum tahap 'darurat kesihatan'

Oleh HELMI MOHD.FOAD
pengarang@utusan.com.my

SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Tuesday, August 11, 2009

tetap manis tanpa gula..

Sejak seminggu ni kami tak jumpa lagi gula..
di kedai runcit tak ada gula,
di pasaraya tak ada gula
di hipermarket pun tak ada..

kemana pergi nya gula?
kenapa tetiba kekurangan gula?
sape yg simpan?
sape yg sorok?
sape yg guna?

restoren2 tak dengar pulak merungut tak ada gula
kedai kek tak ada pulak yg bising..
lain lain industri yg guna gula pun senyap je..

setiap tahun benda ni berulang..
setiap tahun cerita yg sama kita dengar..
siapa yg lebih berkuasa sebenar nya?
siapa yg kawal siapa ni?

tapi biar la..
anda tetap manis tanpa gula..
percaya tak? hehe

Sunday, August 9, 2009

anniversary

Salam semua..

semalam 8bh Ogos merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami, tapi sambutan nya tertangguh sehari .. dan baru selesai sebenta tadi..mem nak tunggu semua korum cukup baru nak sambut. sambutan biasa nya keluar makan makan beramai ramai..anak beranak kali ni mem teringin nak makan kat Marce movenpick resraurant, di the curve mutiara damansara..selepas perjumpaan dengan makcik blogger tepuh hari dia dah bercadang nak bawa anak anak makan kat sana..dia nak bawa je zino le yg nak kena bayau nya hehe..

semasa kami keluar, along masih kat rumah letih sangat baru sampai dari JB.. angah pulak masih di putrajaya..tapi akhirnya semua datang berkumpul..cuma kak long dan arifah je tak dapat joint sebab masih di JB..seronok je dia org mengoder dari satu menu ke satu menu.. hehe.. tapi nampak masing masing enjoy oder dan makan..

puas la hati mem dapat mengumpulkan semua anak anak dalam satu majlis, along berada di JB pun berjaya di pujuk utk balik awal.. bila mem talipon sorang sorang di tanya apa makna 8hb Ogos.. hehe angah je yg ingat.. yg lain tu fail hehe.. tapi tak ada hadiah apa apa pun.. semuga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. amin..

Thursday, August 6, 2009

jangan panik..??

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos - Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

mari lah kita mengambil langkah yg perlu untuk mengelak dari di jangkiti penyakit ini , dan cepat cepat berjumpa Doktor sekira mendapat simpton berkenaan..

Wednesday, August 5, 2009

Bos besar Bos kecik..

Kat mana mana organisasi mesti ada bos besar ada bos kecik .. dan ada juga bos paling besar dan bos paling kecik.. dalam organisasi tempat zino kerja ni semua tu ada dari yang paling besar sehingga yang paling kecik.. yg paling besar ada cerita yg paling kecik pun ada cerita ...nak cerita semua tu tiga hari tiga malam tak akan habis...

nak cerita sikit pasal bos kecik.. kat dept zino ni ada satu bos besar dan dua bos kecik. hehe.. tapi bos kecik tu pun sebenarnya dah besar pun bukan lagi kecik macam budak sekolah tadika hehe.. dua watak bos kecik ni berbeza , berbeza dari segi penampilan, gaya kepimpinan, budibahasa, tutor kata, keperibadian dan sebagainya.. tapi yg menarik nya itulah kombinasi yang paling sesuai di tempat kami ni..

dalam satu jawatankuasa tindakan displin jabatan baru2 ni, bos besar jadi neutral la makna nya tak pihak mana mana , tak garang, tak berat ke kiri atau ke kanan, ambil jalan tengah... tapi dua bos kecik ni bawa dua peranan yg berbeza.. sorang penuh dengan nasihat, lemah lembut, saikologi, dakwah dan sebagainya.. dan sorang lagi bos kecik ni tegas, direct, ikut peraturan 100% ,garang, kasar, tiada maaf bagi mu dan sebagainya...denda denda denda sehingga yg di panggil mengadap kecut perut , menangis dan macam macam lagi... (entah2 berlakon je kot hehe)

so timbul la cerita cerita di luar sana, masing masing takut nak mengadu dengan bos kecil yg sorang ni, takut kena marah, takut kena tegur , takut itu takut ini.. hehe.. patut ke ada watak tu dalam organisasi anda? hehe

Tuesday, August 4, 2009

salam semua....

Salam semua...

Apa kabar pagi ni.. semuga anda semua dapat tidur nyenyak malam tadi dan pagi ni bersemangat untuk memulakan tugasan yang di pertanggungjawabkan.. sama ada di pejabat atau pun di rumah..

semalam kami berkampong di pejabat.. ada satu penilaian perlu di buat dan di siapkan malam tadi juga.. memula ingatkan sejam dua boleh ready.. tapi tugasan terlajak sampai jam 12.00 malam. teruk nya kerja...!!! abis tu nak buat macam mana , nak biarkan anak buah bertungkus lumus bersendirian tak boleh juga.. mereka maukan kepastian dan keputusan supaya segala kerja boleh terus di muktamadkan malam itu juga.. alhamdullilah siap juga la akhirnya..

bila nak keluar dari parking dibasemen kedua2 gate telah di tutup, kami tepaksa mencari pak guard utk membuka laluan supaya kami boleh pulang.. Sementar tadi telah di bentangkan untuk penilaian dan persetujuan .. dan telah pun di sesesaikan.. dan sekarang sedang di sediakan untuk di hantar hari ni juga ke pihak lebih atasan utk kelulusan seterusnya.. kerja kerja perlu di mulakan dengan segera.. harap harap syarikat yg di lantik berwibawa sepertimana maklumat yg di kemukakan.. kalau tak ada yg tak boleh raya nanti hehe..

kepada anda semua teruskan tugas cemerlang.. jangan di harap sangat balasan dunia.. bekerjalah kerana untuk mendapat keredhaan Allah.. semuga anda semua berjaya...inshaAllah..

Sunday, August 2, 2009

esok kerja ya...

Cuti hujung minggu berakhir lagi.. so bagaimana tuan puan menghabiskan cuti bersama keluarga.. dapat ke merehatkan badan??.. atau terasa macam nak sambung cuti lagi?? belum pun hari minggu berakhir bos dah hantar sms, esok ada lawatan timbalan menteri ke satu kawasan dan minta zino hadir sama.. mmm itu lah kerja dalam masa cuti pun dapat arahan hehe..

at least apa yg patut kami lakukan hujung minggu ni tercapai juga.. terutama nak memenuhi jemputan ke Jelebu semalam.. walaupun berkejaran tapi semuanya berjalan lancar.. memula ingat fizah harus ponteng tusyen.. tapi alhamdullilah perancangan di restuiNya.... masa balik terpaksa memecut melebihi had laju biasa..

petang tadi ke shah Alam.. ke Bukit kayangan..mem ada perbincangan keluarga ,kakak dia yg set utk berjumpa adik beradik yg ada di KL ni.. zino tak masuk campur la masa dia orang bincang tu..duduk mengadap TV kat bilik lain dengan hazwan.. si hazwan ni pulak asyik2 ceria ceria ceria.. naik mengantuk zino di buat nya hehe.. yang bermeeting pun zino tengok ceria juga .. bagus la macam tu. segala hal di bincang dengan baik.. tak perlu nak masam2 muka..tak tau la apa yg di rumuskan..

Sebentar tadi layan hazwan makan di Mc D .. balik dari shsh alam sibuk kata lapar..ajak makan nasi tak selera katanya.. McD je ok adik ni.... biasa la si hazwan tu bila demam sikit tak selera la.. itu la ini la..hehe.. abah makan fillet-o-fish je.. dia dengan mem Mc ciken dengan ayam seketul sorang.. dan sekarang melayan dia tidur pulak... tak habis lagi bercerita sorang2 tu.. tah bila pulak nak lelap tu...sekali abah dia bertempik baru nak lelap....

kak elle, malam ni tak payah gosok baju seperti biasa.. alang yg baik tu kesian tengok abah dia yg penat ni so dia volentier gosokkan tanpa di suruh.. terima kasih alang... ada sesiapa nak jadikan calon menantu ke? hehe

Saturday, August 1, 2009

jemputan....

Akhirnya dapat juga kami memenuhi jemputan kawan lama di Jelebu.. menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.. kedua dua mak dan bapak pengantin ni memang dah macam keluarga kami, mak pengantin juga rakan sekelas mem masa sekolah dulu.. selain kami sedara mara lain juga hadir termasuk mak dan ayah zino.. datang bersama adik .. mulanya kami cadang nak konvoi tapi tak terlaksana sebab fizah ada kelas ..

fizah habis kelas jam 10.00 pagi lepas jemput fizah balik sari SAB, baru kami bersiap utk ke sana sedangkan konvoi dari seremban bertolak jam 10.00 .. hampir jam 11 baru kami mula bertolak.. bila kami sampai ke seremban, adik sms kan arah menuju ke rumah pengantin.. bapa pengantin buat jemputan dengan talipon je.. hehe agaknya mereka yg konvoi dah sampai la tu.. dan sedang menikmati hidangan..sepanjang perjalanan jalan agak sesak.. di tambah pula jalan di selubungi seakan akan berkabus... sehingga kebanyakkan kereta perlu memasang lampu.. ingatkan ada kebakaran ke apa ke tapi sampai seremban keadaan serupa..jam 1.00 lebih baru kami sampai..dapat la jumpa ayah bonda dan sedara lain dah dah bersiap sedia utk pulang..hehe

lepas makan kami pula terpaksa bergegas pulang.. Fizah ada tusyen jam 3.00 .. tidak seperti waktu datang tadi, keadaan jalan agak lengang dan tidak berkabus ..walaupun lewat hampir 1/2 jam fizah tetap nak hadir kelas tusyen..









qiasara pulak....

bila zino letak gambar arifah.. ada yg tanya mana qaisara...
ok nah tengok qaisara pulak.. susah betul nak senyum hehe
dia buat selamba he....

kalau tak silap.. Arifah tak jumpa Qaisara lagi hehe