Monday, September 22, 2014

Padang Bukit Tinggi payaKumbuh...episod LIMA

Assalamualaikum....

Balik dari Danau meninjau kami masuk semula ke kota Bukit Tinggi... kali ni shopping time.. adalah tidak lengkap kalau sampai ke Bukit Tinggi tidak datang ke sini.. tempat yg kami tuju adalah Jam gadang... 

Jam gadang merupakan landmark Bukit Tinggi , terletak di tengah bandar. berhampiran pasar atas dan merupakan satu tarikkan pelancong. strukur jam di bina pada tahun 1926 oleh pihak penjajah Belanda. rekabentuk asal nya ada patung rooster di atas nya. kemudian bertukar jinja-like ornament masa penjajahan jepun.. tapi selepas merdeka di tukar kepada bentuk bumbung melambangkan traditional Minangkabau..

kisah seterusnya biarlah gambar gambar ini bercerita..

jalan jalan saja kata nya..

ecah juga ada tangkapan hehe

luar restoren pun boleh shopping hehe

jam gadang

close up

merakam kehadiran



aiman suka 

ecah takut

berbayar


beramai2..





selfie


ecah dengan kisah nya hehe





dah penat ke? hehe

dah 4.10 memasing dah penat

kereta kuda pun ada


pendek kata.. jam gadang telah menjadi daya tarikan pelancong.. dan tempat membeli belah yg utama di Bukit Tinggi.. nak nari telekung ke kain sulam ke baju batik ke apa saja ada di jual di sini..

esok kita akan ke Paya Kumbuh... berjumpa orang kampong hehe...

tunggu episod ENAM

Sunday, September 21, 2014

Padang Bukit Tinggi Paya Kumbuh.. episod EMPAT

Assalamualaikum....

Anda masih di bukit Tinggi..? hehe jom kita teruskan pengembaraan.. hari ini kami di bawa ke Kota Gadang Silver works, Sg Landir Panoramic dan Panoramic Lake Meninjau dari keluk 37 .. 

Kota Gadang adalah sebuah nagari (setingkat desa) di kacamatan IV koto, Kabupatin Agam, Sumatra Barat. Nagari ini terkenal dengan kerajinan perak dan melahirkan ramai tokoh di Indonesia.. di sini lah zino nampak satu papan tanda unik.. pandai sikek.. 

singgah shopping dulu 

ingat sikat rambut hehe

sawah luas terbentang

belakang tu gunung merapi

rasa macam sawah kat kampong

gunung merapi

kena lah letak landmark
merakam kehadiran

cak !!




tertarik dengan masjid ni

shoot dari jauh..

tak banyak gambar yg di rakam di sini.. kami di bawa melawat ke satu kedai menjual peralatan Silver dan sebuah kedai tenunan kain.. harga barangan di sini agak mahal.. maka kami datang utk melawat saja lah.. ada juga yg membeli cincin .. silver.. sempat bergambar berlatarbelakangkan gunung merapi yg masih aktif..

Dalam perjalanan ke Danau meninjau kami singgah di Sungai Landir Panoramic.. satu lagi penandangan lembah yg sangat menarik.. dan mempesonakan.. sayup sayup kelihatan satu perkampongan di satu lembah di tengah hutan.. malah kemana saja kami pergi akan kelihatan rumah rumah dan masyarakat yg tinggal di kawasan itu.. kepada yg suka kepada alam sekitar pasti menyukai nya.. jom lihat..

posing dulu

gunung ganang



sayup2 ada perkamponga di bawah sana

close up sikit..

satu perkampongan 

kg Sungai Landir ke

it's me hehe




perjalanan ke danau meninjau di teruskan.. dengan jalan yg berliku liku.. macam ular kena palu.. laluan ini di kenali dengan keluk 44 .. bermaana 44 selekoh tajam yg perlu di tempuh apabila melalui kawasan ini.. tetapi kami berhenti di keluk 37 utk melihat pemandangan yg indah di Danau meninjau.. indah sungguh ciptaan Allah.. jom kita tengok..
























pemandangan yg sangat menarik..

sungguh mempesonakan.....kita berehat dulu... jumpa di episod ke LIMA di mana kita akan kembali ke Bukit Tinggi dan shopping di jam Gadang.. 

Saturday, September 20, 2014

Padang Bukit Tinggi PayaKumbuh.. episod TIGA

Assalamualaikum... 

banyak nya episod.. hehe.. nak tulis sekali panjang sangat dan takut baca hujung pangkal lupa hehe.. so kita baca sikit2 dan boleh hazam.. selepas melalui Anai Valley waterfall kami di bawa utk melawat satu tempat yg mesti di lawati setiap pengunjung ke Padang .. 

Rumah Gadang bermaksud rumah besar atau rumah bagonjong.. dalam bahasa minangkabau.. merupakan rumah adat Minangkabau yg berfungsi sebagai kediaman ruang utk perjumpaan keluarga dan aktiviti2 upacara tertentu. rekabentuk yang unik dan bumbung yg lentik.. rumah gadang di miliki oleh ibu kepada sesuatu keluarga dan di pindahkan kepada anak perempuan secara turun menurun.. lebih kurang macam adat pepatih di NS. 

rekabentuk bumbung yg melentik itu merupakan symbol bagi minangkabau.. sekarang traditional itu juga terdapat pada bangunan yg moden seperti bangunan kerajaan dan Minangkabau International Airport.. ok lah jom tengok gambar2 pulak..
































bila berkunjung ke rumah gadang adalah tidak lengkapa kalau tidak mengenakan pakaian pengantin traditional Minangkabau . Bukan semua yg berani atau sanggup menyahut cabaran ni.. puas juga lah pujuk mem utk mengenakan pakaian walaupun sekejap.. hehe yang lain tak berani sambut cabaran hehe.. zino mem dan iyra yg mengenakan pakaian traditional ni dengan bayaran 10 inggit utk seorang.. terinagt zaman dolu dolu di kampong ini lah pakaian pengantin masa tu.. rasa nya masa zino kawin dulu pun mem mengenakan pakaian yg lebih kurang sama.. tapi tak seberat ni la atas kepala tu hehe.. 

selain tempat menarik ni kami singgah juga di beberapa kedai menjual kain tenun sebelum sampai ke Hotel.. tapi tak ada gambar nak di tunjuk dan tak ingat nama kedai hehe.. orang pempuan ingat kot hehe

perjalanan kami berakhir utk hari pertama di hotel penginapan Royal Denai Hotel.. lepas tu masing2 pengsan.. hehe maklum lah tak cukup tidu malam.. jam 3.00 pagi dah k airport.. 

bersambung ke episod EMPAT..