Wednesday, December 28, 2016

Hari keluarga Hj Omar Ngah dan Hjh Zainab Hj Wahab

Assalamualaikum..

kita beri laluan kisah perjumpaan keluarga ni dulu ya..

1.0 Perancangan kami utk mengadakan hari keluarga keluarga Hj Omar Ngah dan Hjh Zainab Hj Wahab akhir nya tercapai juga dengan izin Allah.. pada 24 & 25 Dis 2016.. Perancangan di buat sejak awal tahun utk menentukan tarikh tempat dan program utk hari keluarga pertama ini.

2.0 Ayah dan Mak bagitu teruja dan berharap majlis perhimpunan secara formal ini menjadi realiti.. Sebelum ini ada banyak kali perjumpaan berlaku seperti semasa musim perayaan dan kenduri kahwin tetapi utk berkumpul dengan korum yg penuh adalah sukar berlaku serentak.. 

3.0 Perancangan dan usaha yg bersungguh2 banyak di lakukan oleh adik zino dan anak anak beliau. Dia yg berusaha mencari tempat membuat tempahan dan merancang pengisian program. Adik adik yang lain memberi sepenuh sokongan dan support.

4.0 Ahli keluarga Hj Omar Ngah dan Hjh Zainab telah berkembang dari 5 orang adik beradik ke 60 orang termasuk anak cucu cicit dan menantu . Bilangan ini terus berkembang dari tahun ke tahun. Alhamdulilah.

5.0 biar gambar2 bercerita seterusnya...















































































sekian..

Tuesday, December 27, 2016

Bersara wajib dalam perkhidmatan awam.. episod 3

Assalamualaikum... 

kisah engineer garang dan tegas..

1.0 Apabila mendapat task utk melaksanakan sesuatu projek satu pasukan bangunan akan di bentuk . Ahli dalam pasukan ini terdiri dari akitek , Jurutera Struktur , Jurutera awam, Jurutera Elektrik ,Jurutera Mekanikal dan Juruukur Bahan. Masing2 melaksanakan tugas mengikut bidang dan kemahiran masing2. Mesyuarat koordinasi di ada kan selalu bagi menyelaras fungsi dan tugas dan projek dapat di siapkan mengikut jadual. 

2.0 Jurutera struktur selalu kelihatan jadi "budak jahat" dalam pasukan terutama semasa pembinaan kerana ketegasan untuk memastikan kontraktor patuh dan melasanakan kerja pembinaan mengikut perincian dalam lukisan dan spesifikasi.. tanpa kompromi. Biasa la kontraktor akan berusaha utk mendapat keuntungan maksimum manakala jurutera struktur perlu memastikan bangunan yg di bina selamat utk di diami orang awam.  Yg di bina tu rumah pangsa dewan masjid surau dan pelbagai kemudahan awam yg lain. 

3.0 Ada beberapa projek dulu yg saya perlu bertegas dengan kontraktor dan kerani tapak , pertama nak bagi amaran dengan kontraktor dont play play.. kedua nak bagi amaran dengan kerani tapak juga jangan buat kerja sambil lewa.. Beberapa kes utk menjadi rujukan dan pengajaran. (tak ikut turutan masa berlaku) 

3.10 Kes ini berlaku kepada projek saya yg terakhir sebelum pindah jabatan. Sebelum saya memberi kebenaran utk menjalankan kerja kerja konkrit beberapa siri pemeriksaan kerja persediaan perlu di jalankan di tapak.. oleh jurutera tapak kontraktor oleh kerani penyelia tapak kami dan last baru maklum kan enginer ((saya la tu ) utk buat pemeriksaan akhir sebelum lulus utk kerja seterusnya. Dan ada beberapa borang yg perlu di isi dan di tandatangai pihak2 berkaitan. 

Bila saya sampai masing masing buat perakuan semua nya teratur dan sedia utk kerja konkrit. Pekerja pun dah ramai standby ada dalam 20 orang rasanya, truck konkrit pun dah mula sampai ke tapak. Bila saya hampir ke kawasan kerja saya notice satu kesalahan yg sangat besar berlaku dan tiada siapa pun perasan. Dengan pandangan mata kasar saya percaya ketebalan lantai yg nak di konkrit tidak mencukupi. Saya terus arah kontraktor merentang benang secara melintang di kawasan yg hendak di tuang konkrit saya nak ukur berapa ketebalan yg di sediakan. Kontraktor tersentak jurutera tapak juga kelihatan gelisah.. kerani tapak senyap.... Kawasan yg nak di konkrit juga luas.. bila di ukur sah apa yg saya ragu tadi ternyata berasas.. dan kontraktor sendiri akhirnya mengaku kesilapan. 

Saya terus keluar arahan kerja konkrit hari ni batal. segala besi yg telah di pasang di bongkar semula lantai di sediakan semula mengikut ketebalan dalam pelan.. kerani tapak dan jurutera menerima teguran dan amaran keras.. kena lecture kau kau dengan engineer.

Entah berapa puloh ribu kontraktor rugi pada hari tu nak bayar konkrit yg telah di tempah tapi tak boleh di guna nak bayar kong pekerja nak bongkar dan pasang semula besi BRC lantai nak korek semula dan buat persediaan semula lantai Ketegasan ini memberi amaran keras kepada kontraktor jangan main main bila buat kerja saya. Kontraktor mengambil masa 2 minggu utk membuat kerja baikpulih sebelum di benarkan membuat kerja konkrit. 

Projek yg saya maksudkan ialah masjid Wangsa Maju yg tersergam indah di atas bukit berhampiran JJ .. cantikkan masjid tu.. hehe.. 

3.20 kes kedua juga berkait kerja konkrit utk projek panggong DBKL bertempat di bangunan mahkamah.. Projek ni sangat unik kerana di bina di dalam bangunan sedia ada. dinding dan bumbung adalah dinding dan lantai bangunan mahkamah. kerja kerja pembinaan agak sukar dan sangat mencabar. Kalau ada sesiapa yg pernah masuk panggung ni menonton teater mungkin boleh hargai sumbangan kami semasa membina nya.

Seperti biasa sebelum kerja kerja konkrit kelulusan jurutera struktur di perlukan. Bila saya sampai perkara pertama yg saya tanya sama ada persedian telah di buat dan pemeriksaan telah dijalankan. Konfiden je kerani tapak kata semua in order kontraktor pun dah sedia pekerja pun dah sedia dan truck konkrit dah mula sampai. Bila saya masuk keadaan sangat gelap dan bila tanya mana lampu kata nya sekejap lagi di sediakan.. saya tanya lagi macam mana buat pemeriksaan ?? masing masing dah mula gelabah.. ok minta torch light saya nak tengok.. 10 minit 20 minit lampu picit yg saya minta tak juga ada.. sah dia orang ni nak cari pasal.. saya pun terus batalkan kerja konkrit.. dan balik.. sepanjang perjalanan balik tu berpuloh kali hp berbunyi tapi saya saja tak jawab. sampai opis berpuloh kali lagi hp berbunyi.. ini pengajaran ini peringatan dengan saya jangan main main.. tengah hari tu main kontraktor datang opis mohon maaf dengan kesilapan yg mereka dah buat.. dan akhir nya sub con yg buat kerja konkrit di tamatkan . 

4.0 Ada beberapa kes lagi saya terpaksa bertegas dengan kontraktor terutama di peringkat awal pembinaan supaya mereka faham standard saya bekerja dan mereka lebih berhati2 jika tidak mahu menanggong kerugian. Main kontraktor bagus tapi sub con yg buat hal.. ada juga kes sub con nya bagus tapi main con tak ambil berat.. Ada juga beberapa kes kerani tapak saya pulak yg buat hal.. tapi saya bernasib baik tak ada sub con yg mengambil tindakan balas akibat kerugian yg di tanggong.. Engineer sebelum saya pernah di kejar dengan kayu oleh pekerja sub con apabila dia membuat teguran.. hehe.. 

Ada juga beberapa kes kerani saya bawa ke jawatankuasa tindakan displin kerana melanggar peraturan dan pihak pengurusan mengarahkan mereka membuat pilihan nak bekerja dengan kerajaan ke nak buat business sendiri.


bersambung... 





ini lah masjid Wangsa Maju tu


gambar dari google.. nak cari gambar masa pembinaan kena buka arkib hehe


ini bangunan panggung DBKL. 
Bangunan ni dulu adalah sebahagian dari mahkamah.
panggung di bina di dalam bangunan sedia ada..
gambar bawah pandangan dari dalam.. abaikan model yg interframe tu.. gambar dari google.. 

Monday, December 26, 2016

Bersara wajib dalam perkhidmatan awam... episod 2..

Assalamualaikum.. 

1.0 Sebaik menamatkan pengajian saya di panggil berkhidmat.. makna nya tak ada masa rehat . tak ada cuti panjang.. tak ada nak relak relak dulu selepas grade.. budak2 zaman sekarang ada yg terpaksa menganggur berbulan2 dan ada yg makan tahun sebelum mendapat kerja.. bertuah nya zaman dulu.. itu tahun 1984...

2.0 Saya di tempatkan di jabatan yg sama sebelum cuti belajar bergaji penuh.. dan bergelar jurutera Struktur.. itu satu kelebihan Jurutera Awam.. ada pelbagai bidang utk meneruskan  kerjaya.. Kejuruteraan Struktur dan Bangunan , Kejuruteraan jalan raya dan perparitan , Kejuruteraan tanah dan cerun, sistem bekalan air dan retikulasi , kejuruteraan sungai dan saliran dan kejuruteraan kesihatan awam..(sistem pembetungan dan sanitari..)  Adakala nya kita perlu bertindak sebagai jurutera dalam pelbagai bidang serentak.. macam hebat kan.? hehe

3.0 Kejuruteraan struktur ini adalah bidang yg paling mencabar dan tak ramai yg berminat utk terjun ke profession ini.. Kerja tak glamur.. tapi risiko amat tinggi dan perlu di tanggong sepanjang hayat !!.. dan saya salah seorang yg berminat dalam bidang ini dan bersedia menyahut cabaran.. Yg tak minat jika masuk sini cepat pitam.. hehe.. teringat kata kata seorang sahabat yg di pindahkan ke jabatan kami dulu... katanya 

" i don't know where to start? , when i start i got stuck.!!"

4.0 Sebaik memulakan tugas.. kami terus di anggap telah mengetahui segala2nya.. tak ada bantuan tak ada tunjuk ajar tak ada bimbingan tak ada checker untuk memandu kerjaya kami. segala nya perlu kan kreativiti dan inisiatif sendiri.. memang lah ada bos bak kata pepatah "segan bertanya sesat jalan" . "terlajak perahu boleh gostan.. tersilap design boleh roboh bangunan.. Kena rajin bertanya kawan2 .. bertanya jurutera yg senior dan selalu buat rujukan.. zaman nak manja2 dah habis.. zaman nak main2 dah habis.. Tapi bila kita sendiri minat dengan apa yg kita lakukan segala2 nya ada jalan utk kita melaksana kan tugas..

5.0 Teringat satu kes saya cuba bertanya dengan seorang jurutera struktur yg senior yg konon nya lebih awal makan garam dari saya. Dengan penuh gaya dan lagak yg "sombong" dia memperkecil2kan kemampuan junior engineer depan dia ni.. bersandar kat kerusi dengan kaki di atas meja.. sampai bila pun saya tak lupa.. dia tak nak bantu pun tak apa ada ramai engineer lain yg bersedia berkongsi ilmu dan pengalaman masing masing.. 

6.0 Pengalaman saya timba dengan setiap tugas yg di berikan. Tugas rekabentuk yg pertama adalah membina sebuah tandas awam di Taman Tasik Titiwangsa.. ada juga kawan2 senior yg buat joke.. alah tandas je pun kalau roboh pun tak pe hehe.. dan sampai sekarang bangunan pertama yg saya terlibat pembinaan nya masih tersergam di tempat nya tanpa cacat cela dan masih beroperasi setelah lebih 30 tahun.. so kalau ke Titiwangsa tu ucap terima kasih kat zino ya.. kerana terlalu berhati2 masa merekabentuk dulu.. menyebabkan bangunan itu masih di situ dan beroperasi.. hehe..  

7.0 Apa sebenarnya kerja seorang jurutera struktur ni?? seorang jurutera struktur bertanggungjawab kepada perkara2 berikut:-

a. Menyediakan rekabentuk struktur utk asas bangunan.. sama ada asas pad atau cerucuk bergantung pada saiz bangunan dan kekuatan tanah.

b. Menyediakan rekabentuk tetulang utk struktur bangunan seperti rasuk tiang dan lantai serta bumbung. 

c. Menyediakan sistem bekalan air dan retikulasi bangunan berkaitan.. 

d. Menyediakan sistem perparitan dan jalan utk kawasan bangunan ke jalan utama. 

e. Menyediakan sistem pembetungan 

f. Menyediakan lukisan lukisan struktur utk semua perkara di atas dari a hingga e. 

g. Mengawasi kerja kerja pembinaan dari asas sehingga ke bumbung.. pendek kata sampai siap la.. dan sedia utk di gunakan. 

pening kan.. ?? hanya yg berkecimpung dalam bidang ni je yg mudah faham.. pendek kata kalau tiada imput jurutera struktur sesebuah bangunan tidak akan berjaya di dirikan.. setakat bangsal dan pndok pengawal tu boleh la.. 

ok la kalau dah pening kita stop dulu.. nanti saya kongsikan cabaran cabaran semasa pembinaan.. dan beberapa contoh bangunan yg saya bangga terlibat sama dalam pembinaan nya.. 

.... bersambung..




Friday, December 23, 2016

bersara wajib dalam perkhidmatan awam.

assalamualaikum...

1.0 Alhamdulilah akhirnya tiba giliran saya untuk bersara wajib dari perkhidmatan awam setelah berkhidmatan selama 38 tahun 7 bulan 15 hari. Satu tempuh perkhidmatan yg agak panjang.

2.0 Saya mula memasuki perkhidmata awam pada 2hb Mei 1978 sebagai seorang pembantu teknik setelah menamatkan pengajian di UTM dengan kelulusan Diploma Kejuruteraan awam dengan gaji ketika itu RM 560.00. Pada mula nya saya sendiri tak tau apa itu Kejuruteraan awam. Apakah kerja yg perlu di buat seorang graduan Kejuruteraan Awam. 

3.0 Pilihan untuk mengikuti bidang kejuruteraan awam tercetus bila bertanya kawan kawan semasa memasuki FORM SIX di SDAR Seremban. Dia kata nak pilih kejuruteraan awam.. bunyi macam best je saya pun ikut sama..hehe maklum lah sebelum tu sekolah kampong mana ada pendedahan pasal kerjaya ni.

4.0 Bila di terima belajar di UTM yg sebelum tu di kenalai sebagai MAKTAB TEKNIK.. kami di tawarkan beberapa biasiswa.. dan akhirnya saya pilih biasiswa DATUK BANDAR..masa tu berlambak biasiswa di tawarkan .. boleh buat pilihan yg mana nak..  kerana nilai nya agak tinggi dan konon nya nak kerja di KUALA LUMPUR. Sekarang ni agak sukar utk mendapat biasiswa dan yg ada cuma pinjaman PTPTN. 

5.0 Setelah tamat pengajian saya terus di panggil utk berkhidmat.. tak ada sangat interview.. yg di tanya nak kerja di pejabat ke atau di tapak bina. Bukan macam graduan sekarang terpaksa melalui sesi temuduga utk mendapatkan pekerjaan. Pemegang biasiswa pun tiada jaminan utk mendapat tempat dalam perkhidmatan awam. kalau setelah 6 bulan selepas graduate tak di tawarkan kerja.. masing2 boleh mencari kerja di tempat lain. 

6.0 Mula mula saya di tugaskan utk mengawasi projek pembinaan sebagai kerani tapak bersama seorang kerani tapak yg senior.. (clerk of work) FLAT 17 TINGKAT  di jalan Kenanga iaitu di belakang Balai bomba Jalan Hang Tuah. Tugas saya untuk memastikan kontraktor yg di lantik melaksanakan kerja kerja pembinaan mengikut lukisan dan spesifikasi yg di sediakan. Bekerja sebagai kerani tapak perlukan intergriti yg tinggi bersikap tegas , berani berpengetahuan dan tidak mudah terpengaruh dengan alasan alasan pihak kontraktor apabila mereka di tegur membuat kesilapan dan perlukan tindakan pembetulan. 

7.0 Selang beberapa bulan saya di pindahkan utk mengawasi projek baru di SENTUL UTARA juga pembinaan flat 17 tingkat. Pengalaman beberapa bulan di Jalan Kenanga di katakan mencukupi utk saya handle sendiri projek pembinaan tiga blok bangunan 17 tingkat di Sentul Utara. Bermula dari penanaman cerucuk sehingga ke bumbung saya perlu pastikan kontraktor patuh dengan arahan dan melaksanakan pembinaan sebaik mungkin. 

8.0 Kerja kerja saya pula di awasi oleh jurutera awam, akitek , Juruukur Bahan dan sebagainya. Setiap hari saya perlu merekodkan kerja kerja yg di jalankan . setiap minggu menyediakan lapuran . membuat ujian terhadap bahan binaan yg di gunakan.. dan setiap bulan perlu menghadiri mesyuarat tapak dan melapurkan status pembinaan dan isu isu yg berlaku. dan tugas yg paling mencabar adalah utk memastikan kontraktor menggunakan bancuhan konkrit yg sesuai di setiap peringkat binaan di sepanjang tempuh membinaan. Zaman tu belum ada batching plant.. konkrit di bancuh secara manual di tapak. dan sangat mudah utk kontraktor mengelat dari menggunakan bancuhan yg tepat setiap masa. 

9.0 Untuk membina bangunan 17 tingkat mengambil masa agak panjang. biasa nya sekitar 1 1/2 tahun ke 2 tahun. saya di bantu dua orang juruteknik awam dalam mengurus pembinaan masa tu. Setelah hampir 3 tahun di situ dan pembinaan hampir siap.. saya mendapat tawaran utk menyambung pelajaran di UTM. jalan SEMARAK sebelum tu di panggil JALAN GURNEY. 

10.0 Tahun 1981 Saya mendapat cuti belajar bergaji penuh. Bermula lah episod saya menjadi student semula datang belajar dengan berkereta.. kawan kawan student yg lain nampak saya agak mewah la... dan saya berterima kasih dengan mereka kerana telah banyak membantu saya dalam mentelaah pelajaran.. apa tidak nya masa term break iaitu setelah lebih kurang 4 bulan bergelar student saya mendirikan rumah tangga.. hehe.. Nikah hari sabtu hari isnin dah masuk kelas.. hehe..

11.0 Saya menamatkan pengajian pada tahun 1984 dengan memperolehi IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN KELAS KEDUA TINGGI ( mengalahkan student2 bujang hehe)  .. Alhamdulilah.. 

bersambung......


Sunday, December 11, 2016

percutian ke Pulau Mutiara.. episod ke empat...

assalamualaikum...

apa beza KL dengan PP.. pandangan sepintas lalu.. dari kaca mata pelancong..

1.0 Di KL terdapat ramai gelandangan pengemis dan sebagainya.. tapi di PP saya tak jumpa kehadiran ketara mereka ni.. ada lah sorang dua je..

2.0 Tandas awam percuma di tengah bandar dan bersih.. jauh berbeza dengan tandas yg saya masuk di satu lokasi di KL ..(tempat rahsia)  walaupun perut meronta2 .. tapi keadaan tandas yg sedemikian rupa membuat kan operasi terbantut.. hehe

3.0 badan penggalak  pelancongan mempunyai banyak idea .. supaya PP sentiasa di kunjongi pelancong luar dan dalam. sehingga roti canai pun masuk dalam kelender pelancongan..  cendol pun terkenal ke seluruh dunia.. KL ada ke benda2 ni atau jenama makanan yg menjadi sebutan yg boleh di banggakan. entah saya tak tau

4.0 satu lapuran yg di baca kadar pengangguran paling rendah di PP.. di mana ada usaha di situ ada rezeki.. bagaimana statistik di KL.. bilangan gelandangan yg tinggi di KL boleh tak di kait dengan isu pengganguran.

5.0 pemuliharaan dan pemulihan bangunan lama giat di lakukan. satu bandar di istiharkan sebagai bandar warisan. premis di urus dan diguna dengan pelbagai kegiatan ekonomi. seperti  hotel restoren kedai jualan dan pelbagai kegunaan lain. KL pun sedang giat memelihara bangunan lama. tapi bilangan mungkin berbezz

6.0 di PP banyak peluang pekerjaan utk penduduk tempatan. penarik beca pun sudah menjanjikan satu sumber pendapatan. jika rajin berusaha. di KL mereka ada aktiviti yg berbeza...

7.0 dll.. kalau ada yg nak tambah silakan.. mungkin ada di KL tak ada di PP..

roti canai terbaik ada di sini... memula saya ingat mesti restoren besar yg berhawa dingin. 

penarik beca bersedia utk berkhidmat kepada pelancong.

katanya cendol terbaik di PP.. ia di masukkan dalam peta pelancong membuatkan semua yg datang ke PP mencari nya..

aktiviti melancong menggunakan basikal atau beca yg boleh di kayuh berempat sekali hanya ada di PP.

beratur panjang semata2 nak merasa cendol yg di kata terbaik di PP.. benda2 macam ni menjadi agenda setiap pengunjung yg datang.. datang PP mesti makan cendol di sini.. 

tempat ni secara kebetulan kami jumpa. hajat hati nak ke jetty utk mengambil gambar.. tetiba kami sampai ke satu jetty yg meriah dengan jualan cenderahati kepada pengunjung.. 

kalau rajin berusaha... 
rezeki tetap ada 


SEKIAN


Saturday, December 10, 2016

percutian ke Pulau Mutiara.. episod ketiga

assalamualaikum...

street art dan wall painting..

1. Terlalu lama zino berhajat utk melihat sendiri lukisan2 dinding yg telah sekian lama terpampang di dinding bangunan di merata lokasi di Penang.  Tapi tak kesampaian sehingga Nurul Nadia memberi cadangan.

2. Selalu baca dari kisah kisah percutian kawan kawan bergambar dari satu lukisan ke satu lukisan.. dah rasa macam treasure hunt pulak. street art ini telah menjadi daya tarikan pelancong sejak sekian lama. 

3. Untuk keluar berjalan di sekitar pusat bandar mencari lukisan ini perlu di lakukan awal pagi sebelum matahari mula memancarkan sinarnya. kalau lewat harus rentung hangus terbakar... ada juga di sediakan kemudahan basikal skuter atau basikal yg boleh di naikki 4 orang.. utk di sewa. tapi kami memilih option berjalan kaki je.. 

4. selepas bersarapan di warung yg di katakan the best roti canai in town berpandukan peta yg di ambil dari hotel kami mula mengatur langkah bergerak dari satu tempat ke satu tempat mencari lokasi lukisan lukisan dinding.. sebenar nya bukan kami saja yg meneroka pada hari tu tetapi.. ramai pelancong lain samaada tempatan atau luar melakukan aktiviti yg sama..

5. jom kita teroka satu satu apa yg kami jumpa..... mungkin ada lagi lukisan dinding yg kami tak taubdan belum di jumpai.. 

ini lukisan budak bermainan.. di lukis di dinding dalam keadaan asal.. tanpa di baikki atau di cat semula. 

lukisan di belakang ni bukan di lukis di dinding tapi di bentuk menggunakan besi atau bahan lain dan di letak di sini.. kalau dari dekat sukar di fahami gambar apa yg cuba di tunjukkan.
 
ini satu lagi karektor yg di bentuk dan di letak di dinding.

lukisan seorang tua menjual susu kepada seorang pelanggan.. yg baju hitam tu pelakon tambahan je.. hehe

zoom bagi clear.. bila mengambil gambar tu perlu berhati2 di lorong2 yg sama juga kereta masih lalu lalang menjalankan aktiviti masing2.

dua kanak kanak dan dua dewasa nak bermain buaian hehe. yg unik nya lukisan ni ia nya di buat dengan menyediakan komponen yg real.. saperti buaian ini tiang buaian ada lah real buaian juga ada lah real. interaksi pelawat dengan lukisan nampak macam real .. 

adik sedang bermain volleyball kat belakang tu.. 

ini gambar sebenar nya.. ia lebih unik bila dinding di biar dalam keadaan asal.. tidak di cuci tidak di cat semula. 

wah lompat la dik... hehe

comel meow tu.. 
lukisan ni menunjukkan dua orang budak dalam rumah tak sabar nak beli kueh yg di jaja menggunakan basikal . dan dalam keadaan sebenar pun memang ada restoren di sebelah menjual benda yg sama. 

ini sekumpulan pelancong tempatan dari Batu Pahat sedang merakam gambar bersama lukisan di atas. saya pulak berselfie bersama mereka.. hehe

comel kan

kombinasi lukisan dengan objek sebenar menjadikan lukisan ini lebih unik dan menarik. 

di sini ada jual roti bai... yg baju biru menjual dan yg baju putih pelanggan.. dan yg baju hitam interframe je

kena selfie juga...

dua orang nak tutup sorang nak buka hehe

ni baru betul... tapi tak membantu juga hehe

amoi ke nyonya ni..

lukisan ni di tiang rumah kedai.. kalau lalu terus je kat jln raya mungkin tak perasan 

lukisan ni di dinding kedai di kakilima.. 

budak ni kononnya nak skodeng tapi tak sampai... budak lagi dah pandai ya..

lukisan ni pun di tiang kedai . gambar budak memegang alat kueh sepit.. dan di sebelah dia ada kedai menjual kueh yg sama
 
comel je kucing ni bergayut..

satu hasil seni kah.. hehe

avatar pun ada 
lukisan ni kami terjumpa secara kebetulan sebelum balik.. memula tercari2 juga kat mana letak nya.. tak ada di tunjuk dalam peta.. semasa lalu situ berkereta terlihat ada pelancong sedang merakam gambar.. apa lagi tak lepas peluang singgah sekejap.

motor tu real... 

nak tumpang boleh? 

lukisan nelayan sedang mendatung ini juga kami terjumpa secara tak sengaja bila tersesat jalan.. mungkin ada banyak lagi street art ini di merata2 tempat yg belum di jumpai.

lukisan ni sebenar nya kecik je.. apa kah motif? 

bersambung.....