Monday, September 19, 2011

Biadab, kurang ajar hina Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.

Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.

Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.

"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini. "Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang. Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.

lepas satu satu hal dia orang ni buat.. sangat biadap, menyakitkan hati, makin mengada ngada.. , besar kepala , menggabarkan langsung tidak hormat kepada segala apa yg ada dalam negara ni.. tidak petriotik langsung.. politik yg sangat jijik dan memualkan... kalau nak bangkang bangkang lah tapi jangan hancurkan negara sendiri... ambik kau...


3 comments:

Zareda Norman said...

apa apa ajelah.. malas dah dengar pasal politik ni.. sama jer.. kalau nak kata kurang hajar, byk lagi perlakuan kuang hajar yang mencabar iman dan agama.. Wallahualam

Mulan said...

apa la nak jade ni... baik le pikir camna nak recycle timbonan sampah kt malaysia ni.. and also educate rakyat utk belajar recycle.. utk anak cucu hidup sihat jugak..

kasihibu said...

dekat sini dah ada yg menconteng jalur gemilang dan mengibarkanya