Wednesday, September 28, 2011

bunga telor

Kalau di kampong kampong dulu dulu, bunga telor sudah menjadi satu kewajipan sebagai hadiah kepada setiap tetamu yg hadir... bilangan bunga telur yg akan di bawa pulang oleh tetamu bergantung kepada berapa banyak RM dia hadiah kepada tuan rumah.. betul kalau di kampong2 tu "mangkeh" atau wang yg di beri kepada tuan rumah akan di catit... macam bayar yuran la kaedah nya..

masa tu "mangkeh" mana ada letak dalam sampul dan di beri kepada tuan rumah masa salam kaut... dulu RM tu di beri secara terang dan nyata... tuan rumah akan bagi RM tu kepada petugas yg akan mencatat nama yg memberi dan tuan rumah akan decide berapa bunga telur yg bakal di beri kepada tetamu tersebut.. kalau banyak dia bawa telur tu maka banyak le RM yg dia ulur.. hehe

sejajar dengan peredaran zaman, hadiah utk tetamu yg datang ni pun ikut berubah... sekarang ni macam2 bentuk kreativiti yg di hasilkan utk menyediakan hadiah ni.. telur masih ada yg menyediakan nya tapi kadang kala di tambah dengan item lain seperti coklat, gula2 ,kek, bahulu dan sebagainya... bekas utk menyimpan hadiah tu pun pelbagai...dan cantik cantik..

mungkin juga hadiah2 ni sebagai satu lambang kekuatan ekonomi tuan rumah.. kadang kala kita boleh nilai berapa yg telah di belanja utk menyediakan semua tu.. itu terpulang kepada kemampuan masing masing... dan tak perlu di pertikaikan.. cuma ada kalanya hadiah yg di berikan lain dari yg lain.. sehingga sekarang ni telah menjadi satu sumber pendapatan kepada yg rajin mengusahakan bahan2 hadiah ni...

gambar gambar di atas adalah hadiah yg kami dapat dari satu majlis kahwin baru baru ni.. kelainan yg zino nampak ialah menghadiahkan buku sebagai buah tangan kepada setiap tetamu yg datang... rasanya ini kali kedua.. yg pertama dulu senaskah surat yasin.. dan yg menarik nya kalau ada kanak2 yg ikut sama ada buku utk mereka juga...

kepada yg bercadang nak mengadakan majlis kenduri kawin tu boleh le jadikan satu idea utk menyediakan hadiah utk tetamu datang nanti... hehe... atau ada hadiah yg lebih menarik pernah di teima di mana2 majlis... kongsi la...

9 comments:

Acik Erna said...

kalau yassin tu dah selalu dapek..buku lom ponah pulak laie..
apa2 pun se totap suko telur rebus gak..

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
MOKCIK AZWA said...

Wah idea yang bagus jugak tu..beri buku hehehe..

Kengkawan said...

buku lagi best.

Zareda Norman said...

dulu BIL kawin kami bagi surah yassin, air mineral dan sweet.

Ini adik zarkawin, belum ada perancangan lagi nak bagi apa...?

ibundo said...

cenderahati untuk majlis perkahwinan ni biarlah berpada-pada jangan sampai membazir kan zino..

Mulan said...

macam2 gaya pemberian kan.. seronok jugak dapat..

azieazah said...

Sekarang ni goodie bag dah dipelbagaikan, sungguh kreatif. Dapat buku ilmah atau surah yassin pun baik juga.

ciK LyndaWawa said...

buku bestla.=]