Friday, September 16, 2011

Filem Nasi Lemak 2.0: Kemuka bantahan jika tidak puas hati

KLANG 16 Sept – Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukakan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda. Presidennya, Faizal Affendi Hashim berkata, pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku” yang menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum

soalan nya... kenapa mamat sekor ni mendapat keistimewaan sedangkan dia telah menyakitkan hati seluroh rakyat malaysia satu hari dulu... dia telah menghina Malaysia, membuat vedio klip yg sangat menyakitkan hati.... bila dia balik dia terlepas dari sebarang hukuman... sekarang nak bagi muka lagi tu.... kalau film tersebut di tayang dan kalau anda hendak menunjuk bantahan... jangan keluar menonton.... boleh???

SAYA BANTAH....

7 comments:

azi said...

Zino..
Saya sokong..sangat - sangat sokong..jangan tonton filem ni...

hairan!..sangat2 hairan..macam mana le boleh "terlepas" filem ni...

zino said...

azi
yg lagi tak paham dia ada peluang jumpa PM lagi tu..

ckLah @xiiinam said...

Budak yang macam ni diangkat-angkat. Hairan betullah... Bimbang nanti jadi ikutan; kalau nak terkenal, kena jadi kurang ajar; kalau nak jumpa PM, kena timbukan kontroversi melampau; kalau nak dijulang, kena jadi namwee....

:(

azieazah said...

Alahhh.... pelakon-pelakon terkenal negara kta pun dok berlakun sama. Dok sokong jugak.. Sebab tu filem tu menjadi jugak.

Btw, sapa produser yang banyak duit dok terbitkan filem dia tuh?

zino said...

cklah
sangat menyakitkan hati..

zino said...

aziezah..
boikot jangan tonton je...

Kengkawan said...

perghhhh jangan harap!!!
siap2 pelakon yg sibuk nak berlakon dalam pilem tu pun saya pangkah sekali..
very insensitive!